Tuesday, January 4, 2011

movie review: hantu kak limah balik rumah





 Brader Idham pernah berpesan..

"ade dua sebab untuk kita buat movie; yang pertama-nak untuk untung juta-juta, yang kedua-nak menang anugerah.."

Ternyata Brader Idham pilih pilihan yang pertama, dan ternyata filem-filemnya kering, takdak isi, tengok sekali taknak tengok lagi, cerita terlalu tipikal, skrip "saye" "awak",  stereotaip, hawo dan bosan. 2 X 5 dengan Brader Ajak, cerita buat tangkap muat, jalan cerita hancus, lawak takde modal, muke belakon nak sama..ok, cukup la komen setakat tu.

Sepanjang pengalaman aku dalam penontonan filem melayu, hanya beberapa pengarah yang menjadi feveret aku antaranya Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Afdlin Syauki, Shuhaimi Baba, Khabir Bhatia dan one and only, Brader Mamat Khalid.

Karya-karya Brader Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah, semuanya terisi dengan lawak-lawak yang bukan sekadar lawak kosong yang memualkan.

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengambil latar yang sama seperti dalam Zombie Kampung Pisang yakni Kampung Pisang. Segalanya bermula sewaktu Hussin (Awie) yang baru pulang dari Singapura mendapati sesuatu yang tak kena pada jiran beliau, Kak Limah.  Kak Limah tidak bercakap, orang tegur die buat dek je, rambut panjang mengurai dan muke penuh dengan bedak sejuk (muke kaler2 putih).

Kemudian, penduduk Kampung Pisang beramai-ramai pergi melawat Kak Limah di rumahnya. Apa yang memeranjatkan ialah; penemuan rangka mayat yang pada mulanya dipercayai milik Kak Limah. Lintang-pukang mereka cabut dari rumah Kak Limah. Tak cukup tanah dibuatnya.

Mereka sangkakan dengan penemuan mayat tersebut, maka berakhirlah masalah hantu Kak Limah, tetapi sangkaan mereka meleset, hantu Kak Limah masih berlegaran mengganggu penduduk kampung. Bermula dari situ, berbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk Kampung Pisang untuk menyelesaikan masalah hantu Kak Limah seperti menggunakan bomoh.

Nak tau lagi?? tengok sendiri r woi..haha. Naskah Brader Mamat Khalid kali ni sarat dengan mesej-mesej yang mendalam. Sebagai contoh, sikap sesetengah dari kita yang tidak mengambil tahu hal orang sekeliling, hidup ke mati ke sakit ke. Selain dari itu, sindiran padu beliau pada penggiat filem negara yang menghasilkan filem tangkap muat je; fahaman kolot sesetengah masyarakat yang mempercayai segala tahyul mahyul serta hantu; dan kepentingan English Education..haha

"tak nampak depan mata ada pembangunan"
"jangan salahkan pengarah aje, salahkan penulis skrip sekali"
"tu la, dulu tak nak belajar English Education, sekarang nak sebut wheel chair pon tak reti"
"ce citer"
"kite bako je, lotnye kite ratekan buat taman cili"

Antara dialog-dialog yang menarik dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah...


*Turut memuatkan lagu-lagu old skool yang meruntun jiwa seperti Cinta Kristal nyanyian asal dari Rahim Maarof, dan yang len tak tau tajuk..hehe




rating: 7.3/10

7 comments:

-apis- said...

aku rasa tahun dpn anugerah skrin boleh jemput hg ar lan..ataupon pilih kasih kt tv2 tu..komen2 pon sedap di dgr...hahaha

iPai said...

setuju utk certain2 point .. my review
http://ipai-ans.blogspot.com/2010/12/tontonan-umum-hantu-kak-limah-balik.html

Unknown said...

kahkah~ lawak2

me suya said...

Saya setuju sama pandangan en lan..
review Gulliver's Travel plop.. Saya dgr kamu sdh tengok :p

Aieda Adnan said...

apit: komen kongkang2 je pon pit..haha

ipai: mungkin ang peminat cerite cuti-cuti cinta kot..:P

suna: lawak ker??..haha

suya: mls r, citer bosan, citer kebudak-budakan, mengarut, tapi naseb bek Jack Black ade..Die sememangnya aktor yang cool..sekian.hehe

Amanie Khairunnisa said...

mmg best pun cite neh. lawak die tu sape yg phm tu phm la. yg x phm mmg x dpt tangkap la ape yg mamat khalid cube sampaikan :)

hana hambali said...

leh jd pengkritik bebas la ni... satu2nya citer yg aku ulang2 tgk byk kali!!!!!!!!
thumbs up to mamat khalid

heee...d=D