Tuesday, January 4, 2011

wikileaks: antara ketelusan dan kebimbangan






Pada penghujung tahun 2010, dunia dikejutkan dengan lembaran yang disebarkan oleh Wikileaks; mengenai penyeksaan rakyat Iraq dan Afghanistan semasa US menakluki benua tersebut.

"kami adalah polis dunia, kami memang paling power. Sape lawan, kami serang"
"korang tak ade hak nak buat nuklear, nuklear adalah hak mutlak kami selaku polis dunia"


Keangkuhan AS ditundukkan oleh Wikileaks dengan terdedahnya segala tindakan kejam askar AS terhadap tahanan perang hasil dari kempen memerangi keganasan mereka. Ratusan malah ribuan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa peperangan tersebut. Video tahanan yang diseksa tersebar luas ke seluruh dunia, menambah lagi kepedihan AS dalam menangani tohmahan dunia.

Sebelum aku bersembang lebih panjang, tahu tak apa tu Wikileaks? Wikileaks merupakan laman sesawang yang bertindak seumpama Wikipedia, ensiklopedia dalam bentuk maya. Tetapi yang membezakan Wikileaks dengan Wikipedia ialah Wikileaks mendedahkan agenda sulit yang menjadi rahsia sesebuah negara sama ada baik atau buruk, sehinggakan pertahanan sekebal Pentagon pun mampu ditembusi Wikileaks.

Dengan slogan "we open government", Wikileaks ternyata berjaya dalam menjalankan kempennya untuk mempastikan ketelusan dalam sesebuah negara.

Sebagai contoh; kantoinya Singapura dalam mengeluarkan kenyataan...


"Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," kata setiausaha kekal di Kementerian Hal Ehwal Asing Singapura, Bilahari Kausikan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney.


Singapura dengan nyata menunjukkan sikap talam dua muka yang memperlekehkan usaha pemimpin negara dalam mengukuhkan hubungan antara dua negara. Bila tersebarnya kenyataan ini, maka terhegeh-hegehlah pemimpin Singapura menghadap pemimpin negara.

Dalam keghairahan warga dunia mengorek isi rahsia kotor AS dalam pasca perang di Irag dan Afghanistan, muncul suatu kebimbangan yang merunsingkan. Adakah relevan tindakan Jullian Assange selaku pengasas Wikileaks mengorek segala rahsia peribadi sesebuah negara bagi merealisasikan negara dunia yang bebas persengketaan? Bagaimana sekiranya rahsia sesebuah negara tersebut dengan sewenang-wenangnya disebarkan menjadi punca pertelingkahan antara negara.

Bagaimana sekiranya rahsia ketenteraan negara kita diperoleh oleh pihak musuh? Bagaimana pula dengan kewangan, pentadbiran dan segala yang menjadi 'sulit' bagi sesebuah kerajaan menjadi tatapan umum dengan sewenangnya. 

Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku sekiranya dasar "negara telus" ini mampu menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat ataupun sebaliknya. Namun yang pasti, kewujudan Wikileaks bukanlah sesuatu yang patut diteruskan meskipun ia mendatangkan kebaikan, namun, masih besar keburukan yang dibawa bersamanya.











Renung-renungkan dan selamat beramal...


8 comments:

iPai said...

wah .. dasat2 .. masuk kat dalam berita tempatan kan pasal menda ni ..

hmm, pendapat aku laa, aku setuju pasal effek kalo telus2 ni berlaku .. hopefully, jgn laa banyak sgt effek negatif, tp banyakkan effek positif.

Anak Pak Muin said...

yup..boleh jatuh klau byk rahsia negare bocor..

-apis- said...

3rd!! haha

lan sudah pandai mengolah isu2 semasa..smoga 1 hari nnt lan menjadi wakil rakyat sungkai!

haha....

Anak Pak Muin said...

kite kene berubah pit..takkan nk sembang pasal hujan kat usm, mkn megi, mlm td tido lmbt, sok nk tgk wyg ngn b je..it's time to think further..mcm ahli falsafah x aku? hehe

iPai said...

boleh like comment ni tak?

ite kene berubah pit..takkan nk sembang pasal hujan kat usm, mkn megi, mlm td tido lmbt, sok nk tgk wyg ngn b je

dulu sama laa cam ni, tp sekarang dah berubah .. hahha .. berubah laa sngat

-apis- said...

"kite kene berubah pit..takkan nk sembang pasal hujan kat usm, mkn megi, mlm td tido lmbt, sok nk tgk wyg ngn b je..it's time to think further" i like sgt2...


tapi report fyp bru page 4 apa cer??

hahaha....

En Jay said...

teruja baca!

kalau kau hentam panjang lagi pun aku layan, ada masa lapang aku buat kesinambungan dari pos ko!

sgt nice aku rasa

Anak Pak Muin said...

tq..hehe