Monday, June 15, 2020

Kerjaya Engineering



Salam readers.

Viral dua tiga harini statement twitter berkenaan gaji engineer Rm2600 yg dikatakan underpaid. 


For the record, aku sudah bekerja as engineer selama hampir 10 tahun. Mula pada umur 23 tahun di kilang Sheet Metal Forming dengan gaji sebanyak Rm2000. Lepas 2 bulan, bertukar ke kilang pemprosesan tepung dengan gaji Rm2500. 3 bulan kemudian, aku terima tawaran kerja dalam construction dengan gaji Rm1800 serta elaun tapak Rm200. So aku maintain dalam bidang construction (sebab aku tak rasa terkongkong macam dalam kilang) smpai la sekarang (baru sahaja tukar bidang ke highway maintenance). So, since 2011 aku dah bekerja dalam 5 buah syarikat (termasuk yang paling terkini). Dengan perubahan gaji setiap kali tukar syarikat sebanyak 20-30% peningkatan.

So, adakah gaji fresh Rm2600 bersifat underpaid? It depends...

1.Ya, ia bersifat underpaid untuk segala technical problem yang need for solution. Kebanyakan engineer (eksekutif) tidak layak claim OT dan bergantung pada elaun (kalau ade) utk kerja lebih masa. Selalu berlaku dalam syarikat kecil yang tak banyak staff dan engineer terpaksa buat kerja 'multi tasking'.

2. Tidak, ia tidak bersifat underpaid untuk kerja yang tidak stress, tidak memenatkan, balik kerja on time. Selalu berlaku pada syarikat besar yang punyai ramai staff dengan kerja yang lebih tertumpu pada tugasan yang tidak pelbagai. Selalunya fresh engineer tidak akan dipertanggungjawabkan dengan task yang susah/besar.

Untuk gaji bagi fresh degree engineering pada 2012 is around Rm2500 - Rm2700 (average). Namun, secara logiknya 8 tahun kemudian, ia sepatutnya meningkat. Tetapi, ia tidak berlaku. Kenapa? It's a very good question. Pada pendapat aku, ini kerana terdapat lambakan graduan engineering yang tiap tahun dilahirkan universiti tempatan mahupun luar negara. Jadi, fresh grad cannot choose gaji yang ditawarkan memandangkan semua graduan adalah fresh dan tiada pengalaman dan mereka boleh pilih which one yang eager to work for them. 

Untuk demand gaji, graduan perlulah punyai pengalaman sekurang2 nya 2 tahun dalam pekerjaan, which, pada aku semua bidang kerja bersifat sedemikian. Kerja dalam syarikat swasta, nak gaji naik cepat, kena selalu lompat company.

Aku faham yang living cost sekarang sangat tak munasabah yang menyebabkan isu ini timbul. Tapi, untuk expect gaji 3-4 ribu untuk first job as engineer adalah amat susah (kecuali oil &  gas atau syarikat besar yang well establish). Kita tak boleh ubah keadaan semasa, tapi kita kena adapt supaya kita boleh survive dalam kondisi financial terkini. Aku antara batch yang tak merungut kerja gaji rendah during our first job sebab kita tau kita fresh. So, terpulang pada individu utk terus maintain sebagai engineer atau bertukar bidang (mostly bisnes). 

P/s: Aku dulu tidak mendapat pendedahan seperti budak2 sekarang. Ini yang menyebabkan aku just follow the flow sampai la sekarang.. kahkah

P/s: Umum tau, kalau keje makan gaji ni tak kaya. Kalau nak kaya kena la bisnes. So, jangan pelik kalau tgk engineer tu buat part time insurans. Its normal.

8 comments:

Syaz Rahim said...

Kinda agree, budak zaman sekarang ni banyak input di hujung jari, sebab tu berani raise macam2 isu, tak macam zaman kita dulu.

anakHajiMuaai said...

Betul. Semua org pilih utk complaint via media social sekarang ni. Klau nk cita underpaid ni dh lama dah. Tp kita ok ja

ewanthology said...

dulu xde sgt fb dan ig ...so gaya hidup x terikut sgt dgn gaya hidup org lain. sekarang ni semua nak up to date sebab tu gaji terasa kecik kerana mcm nak kena follow the trend. daripada handphone, kereta, pemakaian, minum stabak...ehh.. mcm2 la.

anakHajiMuaai said...

Sangat setuju. Tu sebab kite kne pandai adapt dgn keadaan semasa. Kalau kehendak dah lebih de keperluan tu yg susah

Diana Rashid said...

Setuju la jugak. Semuanya bergantung pada cara kerja kita. Kalau kerja berat rasalah macam underpaid.

Tapi kalau kerja rilek, mudah nak cuti, tak ketat sangat undang2 kerja, ada orang lain boleh backup kerja kita, tak boleh la nak anggap gaji underpaid.

Hans Hanis said...

betul tu
itu yang Hans selalu perli balik jer bos bila diorang cakap gaji diorang dulu kecil
hahahaa

Semut Senyum said...

Assalamualaikum .Semoga Allah permudahkan segala urusan, diberkati dan cemerlang. amiin.

daud said...

nak jadi engineer tu yg mahal.
gaji bila dah dapat tak setimpal dengan modal.

lepas ni akan nasihat generasi muda untuk mengelakkan kerjaya jurutera