Saturday, September 25, 2010

24 songs on road



       Malam tadi telah berlangsungnya event yang dinanti2kan oleh kebanyakan student Skool Mekanik tidak kire Mekanik ataupun Manufact, The K Project, sebelum ini lebih dikenali dengan The KK Project. Tapi oleh kerana restoran kerang Sungai Acheh ditutup ekoran pembukaan cawangan mereka di Kuala Lumpur disebabkan permintaan hangat, KK Project bertukar kepada K Project.
       Disamping pengasas event, Paod (bukan nama sebenar), event tersebut juga berjaya mengumpul barisan artis yang bukan calang2 hebatnya seperti En Jay, Mat Jahar, Faris, Juwe, Syukue, Paklah, dan Wak Jeli selaku penyanyi latar.
       Tanpa segan silu, masing2 cuba menunjukkan bakat nyanyian yang lama terpendam, dan yang paling mencuri tumpuan adalah tak lain dan tak bukan: Mat Jahar dengan 'Cinta Sate' nya.
       Berikut merupakan antara senarai lagu yang hebat dinyanyikan malam tadi:
  • Cinta Sate_Senario
  • Dipenjara Janji_Awie
  • Taman Rashidah Utama_Wings (merupakan *duel antara Juwe dan Shukue, pemenangnya dirahsiakan di atas sebab2 tertentu)
  • Salam Dunia_M Nasir
  • Seragam Hitam_Kristal
  • Mengintai Dari Tirai Kamar_Exists
        Diharapkan K Project dapat dijalankan pada masa2 akan datang, disamping dapat menunjukkan bakat yang terpendam, ia juga merupakan satu hiburan sihat sekeluarga...

*duel - pertarungan

No comments: