Thursday, September 2, 2010

pulang



pagi ini,
aku perhatikan,
kawanku berlari-lari,
bersiap pulang ke kampung halaman,
aku berkata pada diri sendiri,
ah, biarkan mereka..

tengah hari ini,
kawanku satu demi satu,
menyusun jari,
memohon maaf,
meminta halal,
bertalu-talu,
menuju ke komputerku,
aku berkata pada diri sendiri,
ah, aku maafkan kalian..

petang ini,
tatkala roomateku,
turut pulang,
aku cemas,
tidak tenteram,
gelisah, 
aku berkata pada diri sendiri,
aku mahu pulang...

selamat hari raya
maaf zahir batin


3 comments:

d2z said...

selamat hari raya~ :|

Unknown said...

kewl~
puitis gk ko ni anak pak muin

Aieda Adnan said...

selamat hari raya..~