Tuesday, September 21, 2010

alkisah seorang pemuda bernama . . .



alkisah seorang pemuda bernama Pusaran...

    Pusaran merupakan seorang tentera yang berwibawa, baik budi pekerti, patuh pesanan ibu bapa, disayangi ramai dan seorang yang peramah. Beliau memang terkenal dengan keramahannya dalam kalangan rakan-rakannya. Perangainya amat disenangi oleh rakan-rakannya kecuali satu perkara. Setiap kata-katanya diakhiri dengan...

     "Owriteee...."


     "nak ke mane Pusaran oi?"tegur Mak Limah pada Pusaran.
     "nak pegi ke surau Mak Limah..owriteee".jawab Pusaran dengan selamba sambil tersenyum.
     "amboi rajinnye gi surau,semayang Tahajud ke?"tanya Mak Limah lagi.
     "semayang maghrib Mak Limah oi.owriteee..dah maghrib da ni.owriteee..."balas Pusaran.
     "ate,Mak Limah xnak semayang maghrib ke?owriteee..."tambah Pusaran lagi.
     "....."


     "lu mau beli ape?"tanya tauke Ah Tak pada Pusaran.
     "perangkap lalat ada ka tauke?owriteee..."jawab Pusaran.
     "ada.lu mau kecik ke besa?"
     "wa mau besa bas tauke.owriteee..."balas Pusaran lagi.
     "lu main2 sama gua, nanti gua bakar rumah lu baru tau"balas tauke dengan muke panas.
     "ala, marah pulak tauke.begurau je la.owriteee.."
     "....."


     "ai smart cik abang.nak pegi mane?"tegur Peah pada pusaran sambil senyum2 manja.
     "nak pegi tak kembali.owriteee..."jawab Pusaran.
     "ish abang ni.main2 pulak.kitew owrunk tny betot2 lew"balas Peah buat2 malu.
     "abang nak masuk meminang Peah le.owriteee..."jawab Pusaran lagi.
     "ish, abang ni naughty lew."muke Peah merah padam tanda malu.
     "acah mat labu.owriteee..."balas Pusaran selamba.
     "ish abang ni.kalau nak kt kitew cakap je la.kitew nak jew kat abang"balas Peah tanpa segan silu.
     "taknak la abang kat Peah.owriteee..."balas Pusaran lagi.
     "....."


     Walaupun orang-orang kampung Pusaran sentiasa aje hangin bila bercakap dengan beliau, namun orang-orang kampung masih menerima beliau seadanya. Perangai pusaran tersebut semakin menjadi-jadi sehingga terbawa-bawa sekembalinya beliau ke kem tentera.

     Pada suatu petang di padang kawad,

     "saya mahu kamu semua turun awal esok pagi. kita akan adakan latihan seperti biasa. saya tak mahu tengok sape2 yang lambat esok. FAHAM??" bentak Komander Leman pada semua kadet termasuk Pusaran.
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "owriteee!!!"
     "....."

1 comment:

Anonymous said...

owriteee..haha