Sunday, March 3, 2013

electronic distributor ignitor



Sebulan dua ni aku selalu je runsing bile nak drive kancil 660 aku. Biar aku story siket. Dua bulan lepas, kereta aku menjadi semput semput yang sangat teruk. Naik semput aku dibuatnya. So, hantar workshop, pomen kate contact point dah habis. So, tukar baru. Kereta pon ok.

Tapi kegembiraan aku tak lama. Dua minggu lepas aku tukar contact point tu, semput semput tu datang balik. Terasa sangatla menjengkelkan bilamana aku nak drive. So, hantar semula ke workshop tu. Pomen tu kata lagi, 'ni contact cap ayam, tak bagos'. So, tukar pulak Toyota punya contact. Kereta pon ok. Dan yang lagi best ialah: service is free-of-charge. Best kan? betul betul betul...

Nak happy sangat pon tak gune lagi, dua tiga minggu lepas aku tukar contact, semput semput tu datang balik. Mak ai, memang bengang tak tau nak cakap la. Kes ni pulak, bile aku hantar ke workshop, pomen try bawak, takde masalah pulak. So, pomen kate ok je la. Takde masalah. Ah, ini memang total annoying.

Dalam otak aku terbayang punce punce yang berkemungkinan penyebab kepada masalah ini. Tapi at the same time, aku ade doubt.. Nak overhaul la, nak tukar spark plug la, nak tukar exhaust la.. Ya, macam macam idea yang keluar. Tapi macam aku cakap tadi, ade doubt dan second thought.

Tadi petang, aku search di internet - disebabkan hantar ke workshop pon takde gune - dan, guess what. Aku jumpe satu web page yang bincangkan betul betul pasal masalah aku ni Klik sini. Sebelum ni aku penah bukak page ni. Cume mungkin aku tak go through dengan ape yang nak disampaikan. 

So, antara solution yang die propose ialah: tukar contact point system tu kepada electronic distributor ignition. Dan.... Aku pon pegi la ke workshop untuk tukar bende tu. Ya, dan akhirnya, masalah aku selesai. Costing me over RM180, but, I'm happy.

Harap takde masalah lagi. Sekarang aku cume nak pasang alarm system yang baru dan sarung seat sebelum aku hand-over kereta tu kepada adik aku.

p/s: terima kasih kepada brader MrSiber dalam page ini

7 comments:

Chegu Anuar said...

Bro.. deme tuko keta lain.. Kancil tu simpan buat memori.. Ok.. Dulu teman pakai keta lama mcm2 mslh.. Ha, beli keta baru ni hati senang sikit bro.. Susah hati time nak bayaq ja la.. Hahaha

Anak Pak Muin said...

mmg nak beli yg baru da..tapi sebelum aku hand-over dekat adik aku, bg elok dulu r..ade sentimental value dekat kereta tu - 1st kereta family aku.syg kalau nak jual.huhu

Nick Nashram said...

bro, x berkenan ke ngan honda civic atau vios trd?..heheh..keta impian aku ni.tapi rege pun cantik jugak tgk.

the malay male said...

internet sgt bagus jika kita tahu caranya... banyak maklumat dan ilmu boleh dipelajari dan di kongsi beesama.

Anak Pak Muin said...

@nick: ikut hati mmg civic or city r..tapi rege pon semat jugok..haha

@the malay male: betol tu..

Hanif Idrus said...

Last2 surf internet juga....kikiki

miss azda said...

bukan nak FF ke ? :P hehe

betul3...kalau search kt tenet kadang2 byk jugak info yg membantu,kena betul cara penggunaan...