Sudah menjadi habit aku untuk check tahap best sesebuah movie di IMDB sebelum terjah kat pawagam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, maki hamun je yang dapat. Makan minyak, makan duit, makan masa, makan hati. So, it's better check than regret.
So, real steel. Even dah ade malaun-malaun yang share movie ni dekat internet dengan of course la visual yang low kualiti, aku still nak tengok dekat pawagam. Di ratedkan sebanyak 7.5/10 oleh viewer di IMDB which is quite good score membuatkan aku nak tengok jugak movie ni.
First impression aku sebelum menonton movie ni: filem robot gaduh-gaduh yang penuh dengan CGI efek, vicious and cold blooded robots fighting, yada yada yada. Tapi, yang sebenarnya, movie ni hanya ditunjang dengan kuat kisah hubungan anak dengan bapa, dan of course la robot fighting yang tak over effect dan bagi aku, best. Cth movie dengan over effect but pathetic is, Transformer. Pfftt.
Ok. Kisahnya. Charlie (Hugh Jackman) ialah seorang jackass yang suke berhabis duit dalam robot fighting. First thing first, latar movie: 2020, dimana virtual game di real-action kan dan tinju-tinju manusia dah takde. So, sukan tinju ni di replacekan kepada robot fighting.
Charlie ni juga dahulu seorang peninju yang boleh kata power la. Die juga ade seorang anakluar nikah bernama Max. Nak dipendekkan cerita, mak kepada Max mati dan hak penjagaan sepatutnya jatuh pada Charlie. Tapi Charlie taknak. In the mean time, Charlie dah sengkek disebabkan hutang keliling pinggang. So, makcik Max kawen dengan orang kaya dan sanggup nak jaga Max. So, Charlie 'jual' Max dengan USD100,000 kepada makcik Max. Tapi, makcik Max dan laki die nak honeymoon dekat oversea. So, Max kene dijaga oleh Charlie sementara nak tunggu depa ni balik honeymoon.
Mula-mula, si anak dan bapak memang takleh blah. Bapak rasa si anak annoying dan sebaliknya. After certain time, bibit-bibit kasih sayang mula terbit. Cliché. Apa yang mengikat antara Charlie dan anaknya ialah game fighting robot. Berkongsi minat yang sama.
Nak dipendekkan lagi cerite, Max jumpa robot yang dah sampai tahap junk dekat junk yard. But surprisingly, robot ni still function. Dipendekkan cerita lagi, Charlie dan Max masuk liga robot fighting. Max dengan selamba badaknya mencabar juara dunia robot fighting: robot bernama Zeus, robot besar bagak yang power nak mampos. So, berjayakah robot junk Charlie dan Max menewaskan Zeus? Macam mane dengan hubungan antara Charlie dengan Max. jeng jeng jeng
Rating: 7.8/10
7 comments:
donlod,gmbr kabur dan dah delete. haha. nyesal plak delete lpas baca ni...
baru tayang ma..tgk kt wayang r..haha
nk g tgk gak mlm ni.huhu
best la ko dpt tgk...ingat ade orang nk ajak aku...
aku tak sabar nak tunggu dvdrip .. kat sini takde wayang .. uhuuh
P/S: pasal gambar tuh tak dpt laa bro ... org arab sensitif terhadap kamera .. nanti diorg ingat kita spy US
cam xmo tgk...haha...
sgt suka movie ni. dua kali tengok~ thumbs up
Post a Comment