Friday, October 21, 2011

target!



Ape target kamu dalam hidop ni? Ha, kamu la! Ye, kamu yang tengah duduk depan laptop tu. Sengih pulak. Ok, ape target hidop kamu?

Kite flashback balik zaman sekolah rendah dulu. Bile ditanya cita-cita, skema jawapan yang wajib dijawab adalah: doktor, jurutera, polis, bomba, dan juga cikgu. Then, masuk sekolah menengah. Cita-cita menjadi advance seiring dengan masa dan pemikiran kite. Jurutera petroleum, doktor gigi, bisnessman, dsb. Well, takde salahnye untuk mempunyai cita-cita. Target. Cita-cita ni mendorong kita untuk berusaha keras. Dalam konteks student; belajar sekerasnya untuk mengejar cita-cita ni, skor dalam exam, masuk universiti/maktab dan menggenggam segulung degree/master/pHD.

Kite tengok pulak satu lagi level dimana cita-cita dah pon tercapai. Jurutera, doktor, cikgu, et cetera. So, ape target kalian sekarang ni?

Jawapan skema yang selalu kite dengar ialah: nak berjaya dalam hidup. Biasa. Tipikal. Do elaborate what kind of success that u wanna be? Ade rumah besar, bini cun, anak melambak, kereta besa bagak, dan duit yang melimpah ruah. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?

Atau..

Berjaya dalam kerjaya: menjadi manager, membangunkan company sampai ke peringkat tertinggi. Kalahkan company pesaing. Besarkan company. Bangunkan branch keseluruh dunia. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?

Atau..

Punyai hidup yang serba serbi lengkap. Cukup kadar makan minum. Punyai keluarga yang bahagia. Punya kebolehan membantu mak ayah adik beradik. Rumah yang selesa. Hidup yang tak berlebih lebih. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?


Well, kalau tanya aku, aku sendiri pon tak tahu. Pada pendapat aku, target itulah yang akan memimpin kite untuk berada on the right track. Hidup tanpa target hanya membawa kita ke satu mindset; "adoi, malasnye nak pi keje","arini ponteng keje sedap jugak", dan "bestnye hidop time study dulu". Yep, tak akan membawa kite ke mana-mana.

Back to the whole point, ape target hidup kite?

So,


Ape target hidup kamu??

2 comments:

me suya said...

setakat ni target guee..
mahu bahagiakan my beloved mom dulu.. :)

Anak Pak Muin said...

good one