Saturday, October 15, 2011

dreamt wishlist against real live



Semua orang ade wishlist. Yup. Semua orang ade. Wishes yang di'list'kan. Nak kawen umur 24 taun la, nak beli Altis la, nak beli rumah la, nak beli motor besa la, nak beli DSLR la, nak beli gitar la, nak putar satu negara la. Well, it is not wrong to have a wish, a target. At least ade bende yang kite nak capai dalam hidup. 

Dulu, aku memang dah aim nak angkat DSLR dan juge gitar, walaupon main takde tahap power ala Man Kidal. Still, practice makes perfect. Bile nak powernye kalau gitar sendiri pon takde. Same goes to DSLR. Addictnye aku disebabkan oleh kualiti gambar yang cantik tahap best banget. Jauh meninggalkan kamera 3.2mp Sony Ericsson K770i aku. Yeahh, DSLR dan gitar. Target aku.

Tapi, tu dulu. Zaman jiwa mude berkobar-kobar. Semua bende pon aku nak. Haloba punye manusia. Disebabkan kebanyakan masa aku dikekang oleh masa kerja, wishes aku yang dua ni dah makin malap. Selain itu, isu-isu berbangkit macam priority penggunaan duit, releven atau tak, takde masa nak main tangkap-tangkap gamba, dan sebagainya mempengaruhi keputusan aku untuk give up pada bende ni. Tambahan teman main gitar dah takde. Lagi la membantutkan impian aku. Impian suci aku.

So, officially potong wishlists ni. Erm, tak potong la, tapi letak sebagai less less less priority berbanding wishes yang lain. Kot-kot nanti duit dah bersepah-sepah tak tau nak buat ape. Maybe aku hidupkan balik wishes aku ni. Yes, the day may come. I guess..


Ka-ching!




No comments: