Tuesday, October 11, 2011

soalan cepumas



Ade sorang pakcik maintenance dekat kilang aku ni. Takde la pakcik sangat. Nak bagi dekatkan level sembang, aku panggil die 'abang'. Takde la awkward sangat nak sembang gelak-gelak bagai.

Biase la, budak baru macam aku ni kene la mendekat-dekatkan diri dengan geng-geng otai dekat kilang ni. So, nanti takde la susah nak mintak tolong depa nanti. Depa ni dah keje dekat kilang ni dari zaman firaun lagi. Memang selok-belok kilang ni memang depa expert tahap superb la.

So, me watching the maintenance gang repairing a machine. A conveyor to be precise. Changing the sprocket.

"Tukaq spoket ke bang?" Aku mula bicara. Dah tau tukar spoket tapi tanya lagi. Nub!

"Ha'a. Dah longgaq" balas pakcik maintenance tadi.

"Baru ka?" dia tanya aku pulak.

"Ha'a. Baru sebulan." aku jawab.

"Ooo.."

"Dah kawen ka?" dia tanya lagi.

"Belom!" ringkas aku jawab. 

Aku sengih-sengih 5 minit, pastu blah.




Pakcik, tolong la tanya soalan lain...

2 comments:

me suya said...

layak kawen dah kot cik lan :P

En Jay said...

bro, bila nak angkat gitar? kehkehkeh