Sunday, December 9, 2012

movie review: life of pi - kembara spiritual dan persahabatan




I was really hope that he will stop and look back at me...

Aku memasuki pawagam dengan expectation yang tinggi disebabkan IMDB rate ke atas filem ini yang agak tinggi iaitu sebanyak 8.4/10. Ternyata tidak mengecewakan..

The score was awesome..

The effect was astonishing..

The cast was brilliant..

Ah, aku tak merasakan langsung tempoh 2jam 7minit filem ini suatu tempoh yang lama. Kesemuanya hampir lengkap aku rasakan - score, visual effect dan casting - begitu indah disampaikan. Namun, kisah hidup Pi semasa kecil yang obses terhadap 3 agama - buddha, kristian, islam - mungkin akan mendatangkan negative impression pada sesetengah orang. Pi semasa kecil yang mahukan penjelasan, sifat ingin tahu, reasoning telah menyebabkan beliau menjadi begitu.

Kembara Pi diteruskan apabila dia bersama keluarganya terpaksa berhijrah dari India ke Kanada bagi memulakan hidup baru.  Penghijrahan mereka itu disertai dengan haiwan haiwan dari zoo milik bapa Pi. Namun, dugaan berlaku di pertengahan jalan - kapal yang dinaiki mereka karam dan yang terselamat hanyalah Pi bersama beberapa ekor haiwan - termasuk seekor harimau bengal bernama Richard Parker.

Bermula dari ketika itu, Life of Pi menghidangkan bagaimana survival Pi untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Kalau diimbas semula, filem ini seakan mirip Cast Away lakonan Tom Hank - seorang lelaki yang terdampar di pulau dan hanya ditemani sebiji bola tampar, survive untuk terus hidup - Akan tetapi, Life of Pi menawarkan kehebatan kesan visual yang begitu mengasyikkan - kehadiran ikan paus, obor obor, ikan lumba lumba, taburan bintang di angkasa - Ah, semuanya tampak indah. 

Lakonan Suraj Sharma sebagai Pi (muda) begitu cemerlang sekali. Begitu juga Irrfan Khan selaku Pi (tua) turut sama menghidupkan lagi filem ini. Persahabatan antara Pi dan Richard Parker benar benar berjaya menjentik perasaan aku. Begitu indah persahabatan tersebut hinggakan Pi menangis teresak esak tatkala berpisah dengan Richard Parker (spoiler!). Bertambah sedih lagi apabila Richard Parker terus meluru masuk ke dalam hutan - setelah tibanya mereka di pantai Mexico - tanpa menoleh (spoiler lagi!). Perkara yang sama berlaku dengan keluarga Pi yang lain - pergi sebelum sempat Pi mengucapkan selamat tinggal.

Ah, ini adalah filem yang sangat bagus..



Rating: 8/10

10 comments:

Anum said...

best

Nick Nashram said...

belom tgk lagi cite ni.
sume org duk promote suruh tgk.
bila tgk trailer kat utube..rasa cam best je.

Haris Khairuddin said...

8/10 eh? macam ada peluang masuk wayang lagi je.

van montaha said...

bro, lu memang spoiler, nasib gua dah tgk sebelum baca review engko.

btw, aku just nak tanya, ko rasa which story is true.

yang hidup dgn harimau, or yg binatang2 tu just perumpaan bagi manusia, which means org hutan itu mak dia.

Anak Pak Muin said...

@jai: ko try bce review yg ni

http://perangfilem1.blogspot.com/2012/12/bukan-harimau-malaya-tapi-bengal.html

hazwan hairy said...

td ingt nk tgk dh full plak...

Khai faiz said...

aku x g tgk lg... mcm best je baca kt sini

Mrs Velentine said...

tak tengok lagi

Mrs Velentine said...

tak tengok lagi

afifudinsohaini said...

nak kene tengok ni..