Saturday, November 12, 2011

movie review: immortals





Aku telah menonton 300, Thor, Captain America, dan baru tadi, Immortals. Semuanya berkongsi satu impression yang sama, iaitu: mengarut tapi boleh la kalau nak layan. Kalau nak repeat tengok sekali lagi? Maybe not. Ia kalau nak mudah aku gambarkan macam makan Big Mac tapi takde sos, dan takde cheese. Rase best yang tak berapa nak best. Kemut kemut je rase best tu.

Alkisah Immortals: 

Masa dulu dulu, geng dewa dewi ni berperang dengan geng Titan. So, dalam klimaks peperangan tu, busur panah (Epirus Bow) yang teramatla power milik Zeus (kalau tak silap aku) jatuh ke bumi, dan geng geng Titan ni kalah dan dikurung dalam gunung.

Selepas berkurun masa berlalu, muncul pulak sorang raja yang bangang yang berniat untuk memiliki Epirus Bow dan membebaskan Titan yang terkurung. Matlamat beliau: destroying humanity. Aku masih tak dapat nak figure sebab ape la die ni beria sangat nak hapuskan humanity. Mengarut. Pfftt..

Nak dipendekkan cerita, ade la sorang mamat yang power dalam kalangan manusia ni. Zeus memang dah lame aim mamat ni. The choosen one la nak bagi senang cerita. Mamat ni name die Theseus. Die ni la yang ditakdirkan untuk menghentikan niat jahat si raja yang bangang tu.

Maka berlakulah pergelutan, peperangan, kematian dan bla bla bla, kemenangan. End of story.

Dari segi effect: latar tempat bagi Immortals adalah sangat obvious dijana menggunakan janaan CGI. Terlalu obvious. Dari segi pertarungan, tampak real (kalau nak compare dengan 300) dan tak over effect. Kecuali efek darah yang menyembur nyembur dan efek panah. 

Pada hemat aku, efek yang power tak menjamin sesebuah cerita itu untuk dikategorikan sebagai bagus. Pada awal cerita, surrounding effect yang suram dan gelap menyukarkan aku untuk mengenalpasti watak watak dalam cerita ni. Dari situ aku jadi sedikit 'lost' untuk follow flow cerita. 

Selain itu, aku dan penonton lain cuma didedahkan secara 'simple' watak hero dalam cerita ini. Seorang warga kelas bawahan yang punya ibu yang mempercayai tuhan. That's all. Maybe sebab itu la aku tak dapat nak ingat nama mamat hero ni sampai la ending cerita.

Overall: boleh la kalau nak layan. 



Rating: 6/10

No comments: