Sunday, November 13, 2011

movie review: the adventure of tintin



Housemate aku cakap 'tengok tajuk pon nak termuntah' bilamasa aku ajak beliau turutserta menonton The Adventure of Tintin ini. Ish ish ish..



Don't judge a book by it's cover, or, a book can't be judged by it's cover. Mane mane la. Ternyata movie ini memenuhi citarasa aku, at least terubat jugak la dek kerana movie Immortals yang aku tonton semalam yang partially disappointing. Dihasilkan berdasarkan komik popular Eropah yang telah dialih bahasa ke 80 jenis bahasa dan lebih 350 juta cetakan worlwide.

Alkisah the adventure of Tintin:

Tintin menemui replika kapal unicorn yang pada masa yang sama menyimpan rahsia berkenaan dengan kapal Unicorn yang sebenar yang telah karam puluhan atau ratusan tahun dahulu. Beliau menemui Kapten Haddock dalam pengembaraan beliau bersama Snowy (anjing). Tambah menarik lagi, moyang Haddock merupakan kapten kepada kapal tersebut. Sepertimana movie pancarian harta karun lain, akan ada pihak kedua atau villain yang turut mahukan harta ini. Maka, bermulalah perlumbaan pencarian harta karun ini.

Storyline yang simple dan mudah difahami. Penonton tak perlu tunggu lama mahupon memerah kepala untuk menyaksikan dan mengikuti jalan cerita movie ini. Resepinya cukup: aksi kejar mengejar, humour, misteri, dan janaan CGI yang marvellous. Pada sesetengah latar, aku merasakan seperti menyaksikan latar yang sebenar. Laut, bangunan, padang pasir. Seperti hampir flawless penyampaiannya.

Setiap watak dalam movie ini disampaikan peranannya semaksimum mungkin. Sebagai contoh, watak penyeluk saku yang hanya tampil dalam sebahagian kecil dari keseluruhan cerita. It's funny that i can still remember him until the end of the story. Lihat sahaja aksi lincah Snowy yang benar benar menarik perhatian.

Babak dimana Tintin, Snowy bersama Kapten Haddock menuju ke daratan menggunakan kapal terbang benar benar menarik dan membuat aku tak kelip mata. Aksi, cemas, humour. Semua dimuatkan sekaligus. Salute to the director..

Overall, it's a fun and entertaining movie. Definitely..


Rating: 7.8/10

3 comments:

van montaha said...

bro, sane layan download dok?

feel free to review muvie lama?

hafizul fikrie said...

cite katun ke? errr...cite katun kucing pg2 kat ntv7 lg bes...errr

Anak Pak Muin said...

jay: nk review movie ape

fikrie: mcm tikus