Friday, November 25, 2011

budak budak U dibenar mengundi?



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.

"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya.

awek sebagai hiasan

Sumber: Kosmo online

Aku agak terkejut bile mendapat tahu mengenai isu ni. Suatu ketika dahulu, pelajar universiti berhabis habisan dikekang dari mengikuti mana mana aktiviti berbaur politik. Sampaikan ada yang kena usha line nak join kenduri anjuran PAS. Politik tetap politik. Even kau makan nasik free anjuran PAS sekalipon. Kau masuk politik, kau kena tendang U. Dengan jelas kite boleh nampak the level of 'strickness'. Well, except for BTN yang aku sudah maklum tersangatlah berbaur politik.

So, after all these time, kenapa sekarang akta ni dimansuhkan. Di saat pilihanraya makin hampir? 

Maybe pihak kerajaan nak memperbanyakkan chances untuk menang, well, dengan memperbanyakkan bilangan potential voters, of course. Atau, maybe untuk menunjukkan betapa keterbukaan dan open minded nye pihak kerajaan.

"AUKU dah dimansuhkan! Kami open minded meh! So, vote kami! Korang tak rugi mengundi kami yang open minded ni! Yeayy!!"

So, bagi pihak student itu sendiri. Aku pasti most of the student don't give a shit sape yang rule selagi mereka mendapat benefit dari pihak tersebut. In the mean time, akan ada student student yang berfikiran ekstream dalam perjuangan politik mereka. Ya, PM memang yakin dengan level kematangan student. Tapi, for the record, aku penah menyaksikan pilihanraya sebelum ini dan aku nampak betapa ekstream para penyokong sesuatu parti even yang join tu hanyalah pakcik pakcik dan makcik makcik, dan juga termasuk golongan profesional. Kata kata kesat, maki hamun, kutuk mengutuk. Apa yang kite boleh expect dari student student yang berdarah muda ini tatkala join pilihanraya.

"Kami geng BN, ngkau geng PAS, ngkau pegi mampos.."

Tak salah rasanya untuk mendedahkan kepada student rencah politik sebenar, selagi student tersebut masih waras menilai keterbatasan mereka. Tetapi bagaimana pula pada yang tak dapat menyeimbangkan antara politik dan pelajaran. Aku tak suke nak bangkitkan isu pelajaran since belajar itu sebenarnya depend pada diri student tu sendiri. Tak kire kau aktif mana, tapi kalau kau masih realize kau pelajar, maka kau akan belajar. Isunya disini ialah pada yang ekstream berpolitik: pulun memperjuangkan politik, pelajaran entah ke mana..

So, in the end, tindakan ini ada PRO dan KONTRA nya. Terserah pada semua untuk judge..


No comments: