Wednesday, March 2, 2011

apendiks: antara mitos dan fakta




 

Aku merupakan pencinta makanan pedas. Tak tau la kalau disebabkan gene atau disebabkan environmental effect kat aku.  So, bile aku kuar makan ngan kawan-kawan, aku akan order add-on sambal belacan atau cili potong. Walaupon telinge berasap, tapi best. Akan ade suare-suare yang berbunyi;

"ko kene apendiks kang baru tau. makan cabai kuat sangat"

Betul ke cara pemakanan yang macam ni yang menyebabkan apendiks? Ha, menurut ruangan kesihatan Migguan Malaysia, Ahad 27 Februari 2011;



Mitos: Apendiks disebabkan makanan pedas, masam dan berbiji keras (jambu).
Jawapan Dr Nazri: Tak, cara makan macam ni takde kaitan pon dengan radang apendiks. Apendiks (vermiform appendix) merupakan satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada permulaan usus besar. Sehingga kini takde sape tahu function sebenar apendiks, dan kite boleh hidup tanpanya.

Radang apendiks dikenali sebagai apendisitis (orang-orang selalu panggil apendiks) dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada apendiks. Radang ni menyebabkan apendiks bernanah dan membengkak dimana pesakit akan mendapat demam serta sakit perut. Worse case scenario, bahagian usus yang terlibat boleh pecah dan melimpahkan najis ke sekelilingnya. Yucks~


Mitos:  Lelaki lebih mudah mendapat apendiks
Jawapan Dr Nazri: Pandai-pandai je korang buat kepale. Sampai sekarang takde sape tau bende tu betul ataupun tak. Memang berdasarkan kajian, lelaki lebih ramai mengidap penyakit ni


Apendiks adalah sakit biasa yang tak ancam nyawa
Jawapan Dr Nazri: Pale otak ngkau. Apendiks yang pecah dan tak dirawat dengan sewajarnya akan mengancam nyawa.


Corak pemakanan yang baik boleh mengelak apendiks
Jawapan Dr Nazri: Setakat ni takde cara mengelak penyakit ni dari berlaku.  Aku pon tak tau macam mane nak avoid bende ni. Cume, kita kene alert bila ade symptom macam demam dan sakit perut, cepat-cepat la check dengan doktor.



Jadi, kesimpulannya makan sambal atau pedas takde kene-mengene dengan penyakit ni. Yatta! Untuk maklumat lanjut,bacalah ruangan kesihatan Migguan Malaysia, 27 Feb 2011, muka surat ketiga..

3 comments:

En Jay said...

oit, setaw aku, appendix sebab ko makan biji cabai, or biji-biji yg lain, macam biji tembikai..

then biji tu kn xleyh tercerna oelh enzim, so dat possibility utk tersangkut kat usus appendix tu lebih tinggi..

so kesimpulan aku, lebih byk makan biji2, lebih tinggi possibility kena appendix.. bleh?

me suya said...

ahakz
igtkan apendix thesis td.. hehehe anyway i like pedas2^^

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

dulu masa sekolah ramai kawan kena appendiks ni. mak pak diorang kata, sebab lepas makan, diorang suke sangat berlari terkinja2. so tu yg kena appendix. wallahualam.