Sebuah movie ber'genre' drama yang bagi aku best banget utk ditonton. Berasaskan sebuah kisah benar yang mana menceritakan mengenai ayah kepada Queen Elizabeth, Bertie yang gagap lakonan Colin Firth. Bile die nervous, die akan gagap. So, ia satu disadvantage bagi seorang yang bakal ditabalkan sebagai King of England.
Movie ini membuka tirai dengan penyampaian ucapan oleh Bertie dimana ucapan tersebut dari Ayahandanya yang merupakan raja England pada masa itu. Dalam ketika seluruh Stadium Wembley senyap menantikan beliau berucap, penyakit gagap Bartie bermula. Sepatah dua ayat je yang keluar sampaikan isterinya menitiskan airmata. Satu scene yang amat touching bagi aku dalam movie ni.
Selepas insiden tu, si isteri berikhtiar mencari doktor bagi merawat suaminya yang gagap lalu menjumpai Lionel, seorang doktor yang well established lakonan Geoffery Rush.
Nak dipendekkan cerite, si raja yakni ayahanda kepada Bertie pulak mangkat. Takhta diserahkan kepada adik kepada Bertie yang suka buat hal. Adik si Bertie ni pulak lepas takhta sebagai raja England sebab nak kahwen dengan seorang janda yang mana perlakuan beliau adalah dilarang dalam intitusi keluarga diraja England. Nak tak nak, takhta raja England terpaksa disandang oleh Bertie dalam keadaan gagapnya masih belum pulih.
Sebuah movie yang best walaupon takde gaduh-gaduh tembak-tembak pecah kepala. Ditambah lakonan Colin Firth sebagai seorang gagap yang sangat menjadi dan tak dibuat-buat.
Rating: 8.0/10
1 comment:
takde mood nk tgk movie skrg.. mood review pasal tsunami je..
Post a Comment