Aku sudah lame tak bersukan. Dah hampir sebulan aku rase. Futsal. Badminton. Joging. Tarak. So, plan untuk berhiking memang dah lame aku teringin untuk buat. Kebetulan pulak hari ni cuti sempena Maal Hijrah. Makanya, aku tak buang masa. Bukit Bendera, aku datang! hehh
Seawal jam 6:30pagi, aku bersama kawan aku bertolak menuju ke Kebun Bunga (salah satu trek menuju ke Penang Hill @ Bukit Bendera) menaiki AFD 154 660cc kesayangan aku. Singgah nasik kandar Pelita pekena roti canai kosong kuah banjir melimpah ditambah kuah daging pekat kehitaman. Peh! Pedas pedas berempah. Memang best.
Tiba di parking Kebun Bunga @ Botanical Garden dalam jam 7:50pagi. Kereta bersusun. Parking penuh. Full house.
So, jam tepat 8:00pagi, kami mula mendaki. Angkuh tak angkuhnye aku, start mendaki tanpa sebarang stretching. Ok, this is the best part. The first 1.7km track, kecuraman track aku jangka dalam range 35 degree ke 45 degree, dan, track mendaki tersebut non-stop. Dengan keadaan badan aku yang dah lama tak bersukan, ditambah pulak dengan roti canai kuah banjir nasik kandar Pelita, aku pancit! dan, perut memulas!! Agrhh, this is not even halfway!!! Ah, ni memang dugaan.
Setelah dua tiga kali pit-stop, jam menunjukkan 8:30pagi, aku tekad. Maraan ini mesti diteruskan. Perut yang memulas mulas tadi berjaya aku bendung. Human waste, obey me!! Badan pon dah rase ok. Maka, kami meneruskan dakian. Alhamdulillah, aku bersama kawan kawan aku berjaya sampai ke puncak tanpa sebarang pit-stop. Cuma mengambil masa 1 jam setengah untuk ke puncak (kalau takde pit-stop maybe boleh sampai dalam 1jam suku).
Track dari kilometer 2.0 sehingga puncak, average kecuraman ialah 30 degree dan sesetengahnya, landai
Track sejauh 5.0km untuk ke puncak
Jam 9:30pagi, kami tiba di puncak
View dari top of the hill. If you're lucky, you might see the second bridge, in making, from here. Fascinating isn't.
RM1 untuk teropong. Cis, teropong pon nak kapak orang! Puii!!
Pekena Mat Jus ice blended kiwi yang dibuat khas oleh awek Mat Jus untuk aku ^_^.
Ini merupakan perkhidmatan urutan dan carian kutu. Aku dengar depa ni bagus. Tengok muke pelanggan dah tau. Muke puas
Dalam perjalanan menuruni bukit, baru perasan ade kedai dekat tepi cerun. Gile misteri
Must snap picture!
Apapun, ini merupakan pembuka tirai aktiviti hiking aku untuk aktiviti aktiviti pencinta alam aku yang akan datang setelah lama menyepi..
10 comments:
Bestnya bleh hiking..M pun dah lama tak hiking camtu..dah kurang stamina rasanya..
Aku pun dah lama x hiking2 ni... Last hiking gunung tahan.. Tu pun dah 5 thn lepas..
bape hengget service cari kutu tu. hihi
wow!! naik ikot jalan tar ka? kat situ ada trek khas utuk hiking, hehe..
ps: kedai tu mmg wujud, sila jangan takot, haha :D
wah bestnyer kat sini!
congarttz berjaya tawan Bkt Bendera...:) hebat2
congarttz berjaya tawan Bkt Bendera...:) hebat2
congarttz berjaya tawan Bkt Bendera...:) hebat2
best jugak ye, aku naik situ mase umor tadika, lepas tu haram dh xpegi dh ke situ huhuhu
Kat station 84 tue bkn kedai lah. hik3.. itu tempat berehat... @ nak top-up air.. ader sorang apek stay kat situ.. sometime dier bancuh kopi @ chinese tea kat org yg singgah kat situ... (^_^).. he3..
Post a Comment