Saturday, October 2, 2010

tragedi malam sabtu...



       11:31pm (approximate)
       Aku yang sedang lena dibuai mimpi tiba2 terjaga dikejutkan oleh panggilan dari Makyo setelah beberapa  kali beliau missed call. Dengan mamai aku menjawab panggilan tersebut setelah dijawab oleh Sapuang. "lan.....bal.....bla.....bla.....kereta....bla.....bla.....rosak....bla....bla.....highway..bla..bla. ..bla..datang tolong ........ beli minyak itam....bla....Yusof Tayoob..." sayup2 kedengaran suara Makyo. Walaupon tak berape paham ape yang cube disampaikan beliau, tapi  aku  assume die perlukan pertolongan. 
       Tanpa lengahkan mase, aku bersama Sapuang memecut AFDal 154 sepantas halilintar menuju highway. Tapi sebelum itu, berdasarkan permintaan Makyo, aku membeli minyak itam/enjin bernilai RM67 dimana RM40 (aku) + RM27 (sapuang) = RM2 (balance) yakni berdasarkan tarif Samivelu, tak cukup pon nak bayar tol Juru. WTH!!!


       12:00pm (appoximate)
       Kelihatan ADB 3753 sedang tersadai di tepi highway tanpa seurat benang pon.Kesian..~. Aku dengan tidak membuang masa memberi minyak itam/enjin tadi kepada Makyo. Berdasarkan keterangan mangsa yakni Shukran, Syukry dan Affi, ADB 3753 telah kehabisan minyak, tapi bukan minyak petrol, minyak HITAM a.k.a minyak enjin. Tak penah dibuat orang minyak hitam leh kering. 
       Malangnya, ADB 3753 masih tidak mahu hidup. Maka, Makyo datang dengan satu solusi, "kite perlukan jumper..."
       Maka, AFDal 154 menjadi wira sekali lagi bergerak dengan halaju cahaye menuju Shell Juru mencari jumper. Sudah jatuh ditimpa tangga, jumper tidak dijual di stesen tersebut. Dengan tekad, kami menuju ke Safira mencari jumper. Mane la tau kalau2 ade jumper teselit antara Abanja, WaRaK mahupun PJD.


       12:20am (appoximate)
       Nasib kami memang bertuah, jumper ditemui tersadai dalam Abanja milik Matrem. Nak dipendekkan cerita, kami teruskan perjalanan berpatah balik ke tempat kejadian. Disebabkan tiada U-turn di tol Batu Kawan, kami berU-turn di tol Jawi. Meter bahan bakar AFDal 154 kelihatan menyala kelip2 menunjukkan bahan bakarnye sedang kekurangan. Mengikut firasat pemilik AFDal 154 yakni, aku, kite jalan je, minyak abes, kite naik bas. Makyo dan Shukran angguk tanda setuju.


       1:05am (appoximate)
       Walaupon dengan bantuan jumper, ADB 3753 masih tidak dapat dihidupkan. Sedang kami asyik berbincang mengenai masalah dunia, hujan mulai turun dengan tiba2. Kami bertapa didalam AFDal 154 dan ADB 3753 selama beberapa ketika sehingga Rudi sampai bersama WaRaK beliau.


       2:04am (appoximate)
       Setelah cubaan menghidupkan ADB 3753 menemui jalan buntu, Makyo menghubungi beberapa kenalan beliau termasuklah Plus Careline, pihak insuran dan juga Samivelu. Tidak lama kemudian, Abanja tiba membawa bantuan makanan serta ubat-ubatan. Semua mangsa dirawat dan diberi makanan.


       3:00am (appoximate)
       Kelihatan trak tunda Plus datang dengan lampu disconya. Seperti hero lagaknya. Dengan tidak membuang masa, ADB 3753 ditunda menuju Plus Juru.AFDal 154, WaRaK, dan Abanja secara perlahan2 mengekori dari belakang.


       3:27pm (appoximate)
       Setelah selesai sesi menangkap gambar (photo-shoot) dan melepas hajat di Plus Juru, kami bergerak pulang meninggalkan ADB 3753 keseorangan di Plus Juru....




      
       4:00am (appoximate)
       Aku kembali tidur dikatil yang empuk dan selesa..... 


       11:50am 
       Sehingga ke pagi ini, nasib ADB 3753 masih belum dapat diketahui.....


3 comments:

Anonymous said...

Walaupun ekau bukan watak utama... tp ekau adalah hero bg mangsa2 yg kesusahan...

Aieda Adnan said...

itulah yang dinamakan heroo...~

juwe said...

hero2 yg dtg hanya mampu menceriakan rakan2 yg kesejukan...laen tarak...