SMKA Sultan Azlan Shah yang juga lebih dikenali dengan SMKA Bota merupakan sebuah sekolah yang terletak di pinggir jalan raya menghala Bandaraya Ipoh dan ia dihuni oleh semua warga Kasasian termasuklah pelajar, guru, kerani, pengetua, makcik cleaner mahupun brader kantin. Ke'legend'nan skolah ini bukan shj diukur melalui result pmr dan spm yang sentiase je power, (ntah makan ape la budak-budak ni) ia juga dapat dilihat melalui guru-gurunya sendiri yang 'Legend'.
Istilah 'Legend' pada pandangan warga Kasasian adalah merujuk kepada ke'power'an seseorang guru tersebut meng'handle' student atau problem yang disebabkan oleh student. Yakni, melalui kata-kata hikmah ataupun sentuhan kecundang. Berdasarkan pengalaman, sentuhan kecundang merupakan method yang paling berkesan dalam cara penyampaiannya. Sebagai contoh; tamparan bertimbang balik (front hand dan back hand, silap haribulan boleh gugur 2 3 batang gigi), cubitan maut (selalunye kat dada...fuhh,memang perit~), libasan rotan legend, pukulan pembaris panjang, libasan paip getah, balingan pen marker, tempekan duster, dan segala jenis peralatan yang mampu dicapai. Method ni punyelah power sampaikan sesiapa yang terkena akan bertukar menjadi warak selama 7 hari 7 malam.
Melihat pada gambar-gambar masa muda remaja dulu, terkenang kembali pada para guru Legend yang telah banyak menabur bakti pada aku dan warga Kasasian yang lain. Antaranya; Allahyarham Ustaz Suhot, Allahyarham Cikgu Mad Itam, Cikgu Jumilah, Sir Rizal, Ustaz Zahari, Ustaz Mad, Ustaz Yazid, Cikgu Syed Noh, Ustazah Kamariah, Ustazah Uraidah, Ustaz Husin, Cikgu Bainah, Cikgu Zan, Ustaz Ghazali, Mrs Mah Yi Fun, Cikgu Khairi, Cikgu Johar, dan ramai lagi (tak teringat semua...)
5 Ibnu Khaldun, spm 2005
Taman cendawan di tepi padang kawad
Aku seorang Kasasian...~
[end of part 1]
No comments:
Post a Comment