Saturday, July 9, 2011

demo BERSIH 2.0





Dah berminggu-minggu kot aku mendengar pasal perhimpunana BERSIH 2.0 ni tapi still tak tau ape yang bisingnye. So, aku pon terpanggil untuk search kat internet perihal BERSIH 2.0 ni. So, search punya search, aku pon jumpa la web page BERSIH (dah kene block da pon).

Ni merupakan lapan tuntutan yang BERSIH buat (credited to Brader Nami):

1.Bersihkan senarai nama pengundi
2.Undi pos biar jangan mengarut sangat
3.Gunakan dakwat kekal
4.Akses media yang adil
5.Tempoh berkempen 21 hari
6.Agensi kerajaan bebas dari parti politik
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor

So, secara dasarnya, takde pon geng-geng BERSIH tuntut Najib turun kuasa ke, Anwar naik kuasa ke, UMNO kene bubar ke ape ke. Cuma menuntut ketelusan dalam sistem pilihanraya. Tak timbul pon soal guling kerajaan sepertimana yang berlaku kat Mesir mahupon Lubnan. Mungkin kita dah terlalu sangat disuapkan dengan cerita-cerita buruk geng-geng pakatan dalam akhbar dan berita aliran nasional. Aku rasa tak salah untuk ambil tahu view dari kedua belah pihak (e.g. ko bace berita mingguan, bace jugak harakah), then judge sendiri.

Aku bukan seorang yang extream dalam berpolitik, cuma, selaku rakyat Malaysia, aku berhak dan sepatutnya perlu ambil tahu benda ni. Walaupon secara teknikalnya benda ni tak berlaku dekat dengan aku. But, still, kene tau gak. Tiga hari lepas aku ade terbaca entry dari Che Det berkenaan dengan demonstrasi BERSIH ni. Ade seorang viewer telah post comment yang sangat best:

By amin tanAuthor Profile Page on July 3, 2011 7:56 PM

Salam Tun,

Saya amat setuju dengan hujah Tun berkenaan dengan demonstrasi. Tetapi satu perkara Tun tertinggal iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demonstrasi jalanan zaman moden tidak lengkap jika tidak dimasukkan watak yang termasyhur (notorious), iaitu bekas timbalan Tun. 99.99% daripada demonstrasi jalanan yang pernah berlaku akan mencetuskan keganasan. ini disebabkan oleh mob psychology atau herd mentality. Apabila manusia lelaki tua dan muda berkumpul untuk buat demonstrasi dengan sendirinya bilangan yang begitu banyak akan menjadikan mereka berasa berani dan kebal, maka timbullah perasaan nakal di antara satu dua orang di kalangan peserta. Apabila seseorang yang memulakan ejekan kepada polis yang mengawal mereka, yang lain-lain akan masuk campur dan diberangsangkan oleh mereka yang mengejek polis. Polis juga manusia dengan penuh tanggungjawab dan semangat menjaga keamanan negara. Mereka dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang terhina seperti bodoh, anjing kerajaan, mossad, gila dan apa sahaja yang mereka boleh pikirkan untuk provokasi polis. Selagi polis tidak bertindak kasar, selagi itu mereka akan mengejek dengan suara yang semakin kuat. Mana ada demonstrasi jalanan yang aman? Adakah munasabah penganjur demonstrasi jalanan ini boleh mengawal pemuda-pemuda yang penuh tenaga dan yang mungkin sesetengah daripadanya bekas penjenayah? Adakah pengelola NGO demonstrasi ini menyemak latar belakang setiap individu berkenaan samada mereka pernah ditahan polis akibat meragut, mencuri, merompak dan merogol. Apa sahaja alasan yang diberi oleh pakatan rakyat untuk diadakan demonstrasi tidak harus dipertimbangkan oleh pihak berkuasa polis. Haramkan sahaja demonstrasi jalanan. Sebaik-baiknya barisan nasional buat undang-undang di parlimen mengharamkan perhimpunan jalanan seperti di waktu darurat. Di Malaysia, cetusan perbalahan kaum Mei 13 yang akibatnya ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa terkorban akibat permusuhan kaum. Rusuhan ini berpunca daripada demonstrasi jalanan disebabkan kemegahan menang pilihan raya oleh pihak pembangkang dan mereka mengarak ramai-ramai mengejek dan melaungkan kata-kata yang kesat dan provokasi terhadap pihak kerajaaan yang kalah. Maka, yang terhina mengeluarkan parang panjang dan mula menetak mereka yang mengejek, tercetuslah Mei 13.

Di pentas dunia pula, demonstrasi telah jatuhkan kerajaan Perancis disebabkan oleh pemberontakan Perancis (French Revolution) yang diketuai oleh Robespierre dan menjatuhkan Raja Louise ke-16. Baru-baru ini, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Presiden Hosni Mubarak, telah digulingkan dengan cara demonstrasi jalanan. Pada tahun 1917 di Rusia terdapat pemberontakan Rusia (Russian Revolution) yang diketuai oleh Lenin, pengerusi Parti Bolshivik. Lenin telah berpecah dari parti sosialis Rusia yang diketuai oleh Karanski yang memimpin parti sosialis yang lebih besar yang bernama Menshivik. Walaupun Bolshivik adalah parti yang lebih kecil, minoriti, tetapi ia lebih ganas dan apabila bertindak tidak ada belas kasihan. Parti ini telah menubuhkan kerajaan komunis pertama di Rusia dengan menubuhkan pasukan tentera merah (Red Army) seramai 10, 000 orang yang amat setia kepada Lenin dan tidak teragak-agak bertindak untuk membunuh. Dengan kekuatan 10, 000 orang Red Army ini di bulan Oktober 1917, rakyat Rusia yang berdemonstrasi yang menuju ke arah parlimen Rusia telah disekat oleh tentera merah ini dan ditembak tanpa amaran. Berpuluh-puluh ribu terkorban maka mulai pada hari itu, terbentuklah sebuah kerajaan komunis yang dipimpin oleh lenin. Kerajaan ini amatlah kuat dan menyebar ideologi ke seluruh dunia.

Di negeri Cina, demonstrasi di Peking oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Peking dan lain-lain universiti di Tienanman Square telah dihapuskan oleh kerajaan komunis Cina yang menggunakan kereta kebal dan peluru hidup untuk melanggar dan menembak pelajar-pelajar demonstrasi tersebut yang kononnya menuntut kebebasan berdemonstrasi. Sampai ke hari ini tidak ada lagi demonstrasi di negeri Cina. Negeri Cina telah aman damai dan dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara. Negara Cina telah dapat meningkat maju sehingga menjadi kilang dunia dan ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Di Malaysia, saya cuma mengesyorkan Polis menggunakan kayu pemukul dan menyembur dengan air busuk terhadap samseng demonstrasi dan tidak menggunakan peluru hidup.

Lee Kwan Yew pernah menjadi setiausaha agung parti sosialis Singapura yang dipimpin oleh Lim Chin Seong sebagai pengerusi. Lee Kwan Yew berpelajaran Inggeris sementara Lim Chin Seong berpendidikan Cina. Sebelum merdeka, Singapura diduduki penduduk-penduduk Cina yang tidak berpelajaran Inggeris. Lim Chin Seong adalah seorang pemimpin yang lebih bijak daripada Lee Kwan Yew. Beliau amat cekap berpidato dalam bahasa Hokien dan Mandarin. Lee Kwan Yew langsung tiada taraf berbanding Lim Chin Seong dalam mempengaruhi pengundi-pengundi Cina di Singapura. Tetapi dalam perebutan kuasa kemerdekaan Singapura/ Malaya, British telah memihak Lee Kwan Yew dan tangkap Lim Chin Seong dan dipenjara seumur hidup sampai ke hari ini. Yang terakhir, Lim Chin Seong telah dibuang daerah ke Amerika Syarikat dan tidak dibenarkan balik ke Singapura sama sekali walaupun kini beliau sudah tua.

Insaflah rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian dan keamanan. Janganlah demonstrasi. Carilah jalan pilihanraya dan bukan jalan demonstrasi untuk memerintah negara kita yang tersayang. Janganlah bergaduh.

amin tan
Sheffield, England.

Aku tidak memihak pada mana-mana pihak. Depend pada korang semua nak judge which one is right and which one is wrong. Korang semua da berjanggut, boleh pikir sendiri kot..

3 comments:

Myra Arshad said...

peeehh. salute kat amin tan :) comment diaaa macam buku sejarah. i like. hiho ^_^

Aieda Adnan said...

best kn komen die..very intelligent

iPai said...

harap semua dapat selesai dengan aman dan semua orang tidak terburu dalam membuat keputusan ..Malaysia makmur sejahtera