Thursday, July 21, 2011

suatu cerita di pagi hari



Pagi ni agak berkabus, atau berjerebu. Aku pon tak pasti sama ada kabus atau jerebu. Seperti pagi-pagi biasa, aku bergerak menuju ke kereta kancil bernombor pendaftaran AFD 154. Panaskan enjin, kibas-kibas pelapik kaki, dan meihat keadaan sekeliling. Lengang. Mungkin ramai yang sudah bergerak menuju tempat kerja masing-masing. Atau mungkin masih dibuai mimpi. ‘Ah, not my concern’. Aku menarik nafas panjang. Menghirup udara pagi. ‘Isk, tak sesegar seperti di Sungkai’. Getus hatiku. ‘Kawasan perindustrian la katakan’.

Kelihatan pintu pagar jiran sebelah terbuka luas. Miss-hot-with-short-skirt dilihat keluar sambil memeluk seekor…. ‘Aw man, anjing ni dah kluar pulak dah!’ bisik hati aku. Bersaiz kecil, berbulu umpama karpet pakistan, berbaju vase dan bertaring tajam. Satu-satunya watak antagonis yang paling dibenci seisi rumah aku. Villain yang suke menyalak dan mengejar macam nak makan orang. Villain yang suke kencing merate-rate termasuklah dekat tayar kereta aku beserta rakan housemate yang lain. What a total badass!

Aku berdiri ditepi kereta. Kalau-kalau si anjing datang nak memancut, seriously aku sembelih buat sup bagi orang Myanmar makan. Kalau die menyalak, aku pijak muke die sampai jadi belacan. Kali ni aku serious. Tatkala Miss-hot-with-short-skirt lalu dihadapan aku, aku usha tajam si anjing. Die balas balik aku punye usha. ‘Grrr, ko ingat ko kuat, hah budak gemok?’ Agaknya ini yang  difikirkan si anjing terhadap aku. Kurang ajar nampaknya si anjing ni.

Aku angkat jari hantu kasi tunjuk sama ini anjing. Dengan tak semena-mena, si anjing melompat turun dari pangkuan Miss-hot-with-short-skirt berlari sambil menyalak sambil tarik muka ketat sambil menjelir lidah. What the heck! ‘Datang sini kalau ngkau anjing jantan!’ aku menjerit dalam hati. 

5 meter. 

4 meter. 

Nak pijak jadi belacan ke nak sembelih buat sup. 

3 meter. 

‘Bring it on wahai syaitan bertopengkan anjing!’ Aku menjerit lagi… Dalam hati. Miss-hot-with-short-skirt buat tidak tahu je dengan anjing beliau yang hilang kawalan ni. 

2 meter.  

 ‘Aisey, nampak ganas lak anjing ni’. Bisik hatiku. 

1 meter. 

Lutut dah mule menggeletar. Peluh dah mula menitik.

Alamak!!

Berdesup aku lari masuk dalam rumah. ‘Cilanat punye anjing’. Dari jauh aku tengok si anjing tengah tersengih-sengih sambil angkat sebelah kaki menghala tayar Goodyear AFD 154 aku. Dan… Bermandikan air kencing lagi kereta aku pagi ni. Aku tengok si anjing buat muka puas sambil tunjuk ‘thumbs down’ padaku. Kurang ajar betul. Serious.


‘Jaga ngkau makhluk kencing..’


‘Esok aku beli klorofom. Aku pengsankan ngkau..’


‘Aku kencing atas muke ngkau….’












**ini hanyalah rekaan semata-mata. takde kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati..

3 comments:

iPai said...

sangat dramatik r bro

Wani said...

huyyoh!!
bole tulis novel nih!
hebat hebat, cer trai buat panjang sikit, boleh buat cerpen dlu, pastu panjang lagi, jadi novel, pastu panjang panjang lagi, buat novel bersiri pulak, haha

mesuya said...

lorhhhh
cerita betul ke tak ni?
giler ah kalau betul..