Sunday, September 11, 2011

kisah medical checkup



Suatu petang, Julai, 2007

Petang tu hari agak terik. Panas. Sumpah panas. Tapi aku gagahkan gak jalan menuju Pusat Kesihatan USM. Hajat dihati nak buat medical checkup. Bukan tak boleh buat sendiri, tapi dah ade yang free, sebat je la. Buat ape nak membazir belanja makan 2 3 minggu kalau dah ade yang free.

Tengah hari tadi aku dah scan tulang selangka aku kat klinik panel. X ray bak kate omputih. Sume freashie kene wat. Name je klinik panel, budak-budak hingus ni pon depa nak cekik seploh ringgit sorang. Rugi rugi.

Berbalik pada kisah pengembaraan aku menuju Pusat Kesihatan tadi. 

Peluh dah merenek kuar. Ketiak dah basah. Rambut sikat tepi dah jadi serabai kene tiup angin. Akhirnya aku sampai pon ke destinasi. 

Macam pegi klinik biase, pegi kaunter bagi IC. Jangan 'peghak' sangat. Klinik je pon. Duduk kat sofa dulu. Memang best la sebab ade aircond. Sejuk je. Terase sejuk kat spot peluh banyak tadi. Nice.

"Muhamad Azlan". Kakak misi muke ketat panggil aku.

Aku pon pegi masuk bilik dengan muke sengih-sengih. Duduk kat kerusi. Tengok dinding. Tangan atas meja. Mata tengok-tengok sekeliling. Kalau misi cun memang tak tengok mane-mane dah.

"Mane X-Ray?" Kakak misi tu tanya.

"Eh, kene bawak ke kak? Tak tau pon" Aku jawab.

"Ye la cik adik oi" Kak misi punye muke dah betambah ketat. Kelat.

"Err..." Aku jawab tersedu-sedu.

"Ish kamu ni. kenapa tak bawak? kakak banyak keje lagi ni..bla..bla...bla...tak beretika...bla.. bla... macam mane la boleh masuk usm.....bla...bla...phuii....bla..bla...perangai macam taik...bla...bla.." Ade la dalam 15 minit aku kene ceramah. Telinga dah panas. Hati pon panas gak. Ketiak dah nk kering pon jadi basah balik.

"Ok kak, nanti saya bawak Xray tu" Ujar aku menutup sesi ceramah bersama cik muke ketat.

"Bagos sgt la tu. Sok datang bawak xray skali" jawab kak misi.

"Ok kak, i promise" Aku jawab simple.

Aku pon bergerak pulang ke hostel.



Last2 sampai grad aku tak datang balik.






ps: ni la punce kenapa aku tak penah buat medical checkup sampai la ke tragedi medical checkup di southern steel.

3 comments:

me suya said...

lorr.. yg usm dulu tu xpernah buat ke?ape la cik lan ni.. anyway bila nak sambung ceghita ni?

Aieda Adnan said...

tu la psl..so aku xtau irregular heartbeat tu strt bile. baru strt atau dah lame..cerite? nnti2 la..hehe

Amanie Khairunnisa said...

aku pun pernah kena macam ko la tapi takde la sampai 15 mins ceramah. belum sempat dia bebel lebar aku dah kate oke terima kasih nurse. blah terus dr tempat kejadian