Monday, September 12, 2011

movie review: hantu bonceng





Dek kerana ade member aku ni post komen "hantu bonceng memang terbaekk!!" dekat fb, aku pon masuk la wayang untuk tengok movie ni. Tambahan lak takde movie lain yang menyinar disamping boleh meluangkan mase bersama member-member. Ye la, dah keje ni mase tak bape nak ade untuk bersosial.

Overall komen untuk movie ni: err, ok la. Kalau nak compare zizan dengan johan, aku lagi prefer lakonan johan dari zizan. Lagi nampak expression muke. 

Sinopsis: zizan menang lumbe haram and then hadiah die adalah sorang pempuan untuk di entot. Tiba-tiba, terlibat dalam excident yang meragut nyawa pempuan tersebut. Sejak itu zizan sentiasa diganggu hantu pempuan tersebut.

Humor: Suam-suam kuku. Kebanyakannye hanya lawak yang aku suspect direcycle dari movie-movie ahmad idham yang lain. Cth: scene nyanyian watak yang tengah hangat bercinta.  

Storyline:
1. Momentum storyline pada beginning cerite memang buat aku agak excited. And then, datang pulak kisah cinta yang meleret-leret. Aku faham ini adalah movie seram komedi, so back to basic la. Seram. Bukan kisah cinta yang takde kene mengena yang totally annoying. Yep, as expected dari ahmad idham. Contoh Hantu Kak Limah adalah contoh movie seram komedi terbaik yang penah aku tonton.
2. Kisah 'Hantu Bonceng' itu sendiri hanya mengisi tak sampai separuh dari overall story. Tujuan gangguan hantu tersebut hanya nak suruh mayatnya dikebumikan. That's it. Aku expect maybe ade story yang lebih besar yang hantu tu cube nak sampaikan. Clumsy and not interesting.

Effect: Aku paling benci pada effect slow motion dalam movie ni.  Pada aku, motion yang biasa je dah cantek. No need slow motion effect. Lain la kalau effect slow motion ngkau sama level dengan The Matrix. Tu cter lain.

Rating: 4.5/10




p/s: teringat Lagi-Lagi Senario, Buli, Buli Balik, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, contoh movie humor melayu yang best.

3 comments:

uNcLe DeeN said...

tue dia, rating rendah nyer.....nmpk sgt xbest....naseb bek x p tgk lg...hahaha....nk tggu johnny english.....

Anak Pak Muin said...

haha..bg aku r pak deen..lain org lain taste.lokman kate terbaekk, aku kate sikit pon tak terbaekk..haha

diana said...

lebih suka lawak johan jugak..
zizan macam kontrol2 lawak nya..
tak macam johan yang lebih giler lawak dia tu..
hehehhehe