Monday, September 5, 2011

ini cerite seram (pt. 2)




Suasana menjadi seram sejuk. Bulu roma Mak Wok, Makcik Miah, Saleha dan yang lain-lain tiba-tiba meremang. Seperti ada sesuatu dalam ruangan rumah itu. Sesuatu yang hampir. Memerhatikan. Tok Nik sudah berkumat-kamit mulutnya. Entah apa yang dibacakan. Mak Wok dan yang lain-lain memang tak dapat faham butir kata Tok Nik.

Tok Nik dengan tiba-tiba meragut keras lutut Mak Wok. Kedengaran jeritan nyaring yang datang entah dari mana. Jeritan tersebut bukan datang dari sapa-sapa dalam rumah tersebut. Semua saling berpandangan. Jeritan tersebut masih kedengaran. Makin kuat Tok Nik memicit lutut Mak Wok, makin kuat jeritan tersebut. Makin nyaring.

Tok Nik seperti sedang menarik sesuatu dari lutut Mak Wok sambil mulutnya masih terkumat-kamit. Kuat tarikannya. Tarikan tersebut turut dirasai Mak Wok. Mak Wok mengerang perlahan. Jeritan tadi masih lagi kedengaran.

Tok Nik tiba-tiba menyentap tangannya dari lutut Mak Wok. Dengan pantas Tok Nik seperti memasukkan sesuatu ke dalam botol yang dah tersedia di sisinya. Setelah selesai, Tok Nik tutp cepat-cepat dengan gabus. Dengan tak semena-mena, jeritan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Kelihatan peluh jantan Tok Nik merenek keluar.

“Dah selesai.” Tok Nik memecah kesunyian.

“Aku dah masukkan hantu raya tu dalam botol ni. Dua-dua ekor sekali.” Sambung Tok Nik lagi.

“Kurang sikit rasa sakit lutut, Tok.” Bilang Mak Wok sambil urut-urut lututnya.

“Ini botol, aku bagi kamu. Buang dalam sungai.” Hulur Tok Nik pada Mak Wok.

“Terima kasih Tok.” Balas Mak Wok. Mak Wok menyambut botol tersebut.

“Panas.” Jawab Mak Wok ringkas tatkala memegang botol tersebut.

“Dah gemuk hantu tu dalam tu, memang la panas.” Tambah Tok Nik lagi.

“Bende tu mungkin saka nenek moyang atau makcik pakcik ngkau. Tuan die dah mati, tu yang die carik waris tu. Die jumpe ngkau, die tumpang kat lutut ngkau. Lame-lame die seronok. Tu yang lame die dalam tu. Penah ade nasik basi belendir-lendir tak?” Panjang lebar Tok Nik explain.

“……” Berkerut dahi Mak Wok nak refresh berkenaan nasik basi.

“Ada..” jawab Saleha penuh yakin.

“Tu die la tu makan.” Jawab Tok Nik selamba.

“……..” Bertambah kerut Mak Wok memikirkan perkara yang baru beliau ketahui.

***************************************************************************

Setelah selesai membuang botol tersebut ke sungai, Mak Wok serta Saleha pulang ke rumah. Malam itu Mak Wok dapat tidur dengan tenang dek kerana sakit lututnya sudah beransur pulih.

***************************************************************************

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saleha terjaga disebabkan bunyi kuat di atas bumbung. Mata Saleha melilau-lilau dalam kegelapan pagi itu mencari handphone.

‘Dup…Dup’ Kedengaran lagi bunyi di atas bumbung. Seperti berjalan gayanya. Menapak setapak demi setapak. Jantung Saleha berdegup kencang. Peluh merenek keluar.


Tiba-tiba…..

4 comments:

-apis- said...

rajin btol anak pak muin bercerita pepagi buta ni

Anak Pak Muin said...

hai apit

Amanie Ashraff said...

amboiihhh sejak bila tukar profesion type cite antu ni. panjang2 la sket. haha penat ah tunggu part part ni

Anak Pak Muin said...

haha..aku mls bce entry pnjng2..tu psl wat entry sket2,rjin r sket org nk bce :D