Saturday, June 9, 2012

sikap yang sangat hensem



2 3 4 hari lepas, rambut aku memang serabai. Punye la serabut aku tengok. So, aku pon pegi la kedai gunting rambut Raju (bukan nama sebenar). Tujuan: bagi tebas sikit rambut neh.

Situasi dalam kedai gunting:
Ade apek tua tengah digunting rambutnya oleh Raju depan cermin. Aku conclude die tua sebab rambut die beruban dan ade tongkat dekat tepi die. Yang kedua, Sorang India dengan dua anaknye yang super cute, tengah tunggu que. Aku suspek die nak Raju gunting rambut anak die sebab rambut die memang dah kene tebas licin. Dan yang ketiga, aku. Tengah duduk sambil tunggu giliran sambil jeling jeling dekat cermin tengok muke sendiri.

Lagu hindustan @ tamil masih berkumandang di tv. Kedengaran Raju mengikut rentak lagu tersebut sambil mulutnya terkumat kamit menyanyi bersama. Manakala, India dan dua anaknye tadi masih menanti dengan sabar. Kedua dua anaknya terkinja kinja sambil bergurau senda antara satu sama lain.

Setelah beberapa ketika, guntingan Raju terhadap apek tadi pon selesai. Apek tadi bangun sambil menyerahkan bayaran pada Raju. India dan dua anaknya tadi bangun dengan pantas sambil menolong apek tadi. Tolong mendapatkan tongkat, memimpinnya ke pintu, dan membuka pintu sambil tersenyum.

Uncle, ok uncle?

Apek tadi angguk angguk sambil tersenyum..

Selaku anak muda, aku segan jugak pada uncle india tu. Ya, tampak semangat 1Malaysia yang sebenar dalam diri die. Bukan sekadar tunjuk jari sambil menjerit sampai keluar anak tekak laungan '1Malaysia!!'. Bukan sekadar buat event masak masak dan masakan tersebut dibubuh 1Malaysia dihujungnya. Bubur 1Malaysia la, Capati 1Malaysia la, Kueh taik itik 1Malaysia la.. pigi daa!! Dan, bukan sekadar ngkau beli t-shirt yang ade logo 1Malaysia besar besar, salam PM, keluar tv sambil tunjuk 1 jari sambil menjerit '1Malaysia'. Tak bermakna ngkau bubuh logo 1Malaysia dekat kereta besar besar, tapi ngkau dengan jiran india ngkau tak penah tegur, tak bermakna ngkau ade jiwa 1Malaysia.


Slogan tu sendiri dah dieksploitasi secara melampau. Tengok la dekat kedai kedai, punye berlambak barang 1Malaysia. Tu belum masuk kueh kueh, makanan makanan dekat pasar pasar malam. Mesti ade punye la yang hujung die 1Malaysia. Aku sendiri, secara jujur, takde rasa pape bile nampak slogan 1Malaysia. Lain pulak dengan slogan 'Malaysia Boleh'. Time tu aku kecik lagi, tapi boleh terasa 'jiwa' dia. Ceh, poyo..

Pokok pangkalnye, kite tak payah nak tekinja kinja join event 1Malaysia kalau dalam diri kite sendiri takde semangat muhibbah macam uncle india tadi tu. Takde pulak india tu terjerit jerit '1Malaysia' lepas tolong apek tu. Takde pulak die tunjuk 1 jari dekat aku sambil laung 1Malaysia. Ya, pokok pangkalnya, sikap dalam diri tu yang penting. India tu punyai sikap yang sangat hensem. Ya, sangat hensem. Moga ade ramai lagi yang macam die.

2 comments:

sweet pearl said...

owh, sikap itu sangat hensem, Malaysia Boleh!!

Si Matatajam said...

Owh tu Kira hensem yek.. Hi hi...