Wednesday, June 13, 2012

Kawen? Da ready ke aku ni??



Mak ai, da kawen da member aku ni..

Honestly, bile aku tengok gamba kawan kawan aku yang dah kawen, aku, sebagai tindak balas terhadap ape yang aku tengok, sebagaimana hukum daya dan tindak balas, akan berasa nak kawen jugak. Tak salah kan. At least, I'm straight. Tapi, dah ready ke aku ni?

Aku masih cetek ilmu perkahwinan. Tapi aku tau yang kawen bukan setakat dapat bersame dengan orang yang jadi pilihan hati kite. Dapat halalkan yang haram. Dapat tido bersame. Dapat makan bersame. Yep, bukan setakat itu. Tapi, perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang beso. Nafkah zahir batin. Tanggungjawab membimbing isteri, mendidik anak anak.

Bagi yang belom kawen macam aku ni, aku selalu terbayang: 

Ai, nak kawen, kene kumpul duit. Duit hantaran. Duit kenduri lagi. Duit barang barang lagi. Duit tu, duit ni. Mampuih teman...

Tapi, kite selalu abaikan atau terlepas pandang, yang paling penting dalam perkahwinan ialah kehidupan lepas akad nikah, lepas kenduri pe sume tu. So, berhabisan untuk kenduri bukanla keputusan yang terbaik untuk dibuat.

Aku selalu terfikir, mampu ke aku nak pimpin family aku nanti. Bagi cukup makan minum, pendidikan, baju seluar, perlindungan pe sume. Hoi hoi, boleh serabai kalau pikir bende tu je. 

Sembang lebat la ngkau. Sembang macam dah seploh taun kawen. Blah la ngkau..

Aku sekadar nak share ape yang aku rase. Yang emo sangat ni pehal. Point aku ialah, bukan sedap sedap je nak kawen, tapi, persediaan yang sepenuhnye perlu dibuat. Bukan setakat wang ringgit, tapi persediaan dari segi mental juge penting. Cewah..

Kawen? Gile ngkau, mesti la nak....

Pada yang dah kawen, tahniah. Yang dah betunang. Cepat le kawen. Kalau nak buat kenduri, buat la hari ahad. Senang sikit nak gi..kehkeh



4 comments:

me suya said...

yep..buat ikut kemampuan dan paling penting plan lah elok2 untuk hidup lepas kahwin.. caya lah cik lan.. Aku kahwin ko datang eyhh

Anak Pak Muin said...

konfem2 la aku dtg..hehe

syafiqakarim said...

kne prepare betul2 ni

-apis- said...

mohon lan jadi pengapit nnt...