Wednesday, January 25, 2012

rusuhan



Ah Seng dan Ah Chong memang dah lame tak sebulu. Ade je yang tak sependapat. Ah Seng suke hijau, Ah Chong suke biru. Ah Seng suke tembikai, Ah Chong suke nangke. Ah Seng sokong MCA, Ah Chong sokong DAP. Pendek kate, memang tersangatla kontra dua mamat nih.

Bile ade pertandingan, memancing contohnya, mereka berdua mesti berhabis habisan bersaing untuk menjadi juara. Bukan setakat pertandingan, malah aset mereka turut diragakan untuk bersaing. Kereta. Rumah. Motor. Bini. Anjing. Pokok bunge kertas. Semua disaingkan...

Satu satunya persamaan yang mereka ade adalah....mereka merupakan, jiran aku :(

*****************************************

Di satu malam yang hening, sedang aku berehat rehat sambil menjamah biskut Hup Seng bersama Nescafe 'O' panas, tiba tiba..

Aku dikejutkan dengan letupan yang teramatla kuat. Begitu hampir aku rasa. Sangat hampir. Bertalu talu bunyi letupan tersebut. Seperti bunyi tembakan. 

"Rusuhannnnn!!"

Aku cemas. Dalam minda aku memang sudah terbayang rusuhan yang berlaku. Takde orang lain dah, mesti rusuhan antara Ah Seng dengan Ah Chong ni.

"Kalau korang nak merusuh ke ape, jangan la libatkan aku...Aku tak kawenn lagiiii!!"

Sambil tertunduk tunduk aku berlindung mengelak dari terkena tembakan peluru sesat. Masih segar dalam fikiran aku, petang tadi, kelihatan Ah Seng dan Ah Chong berebut roti canai pisang di Restoran Mamak Riyas cawangan Bukit Tambun. Aku tak tahu pulak isu roti pisang boleh buat mereka berbalah sebegini rupe..Adoi

Bunyi letupan tembakan masih belum reda. Aku gagahkan diri untuk membuka pintu beranda. Aku mahu lihat keadaan rusuhan di luar. Aku pegang tombol pintu. Muke sudah berpeluh. Ketiak pon sama. Tapak tangan pon ade sikit sikit peluh. 

Dengan lafaz Bismillah...

Pintu dibuka, dan.....

:
:
:
:
:
:
:
:
:



memang betol betol ade rusuhan di taman aku..


Gong Xi Fa Chai