AMARAN: Entry ni panjang yop, yong.. kalau rajin, bace la..
Mak Wok memang dah lame sakit lutut. Bukan baru-baru ni aje, tapi dah lame dah. Sakit lutut Mak Wok semakin menjadi-jadi lepas jatuh di kebun semasa menoreh. Sakitnya bukan kepalang. Hanya tuhan je yang tahu beban yang Mak Wok hadapi. Mak Wok hanya mampu mengeluh bile tiba masa kesakitan lutut beliau datang.
Bukan tak ikhtiar, tapi dah macam-macam cara dah Mak Wok cuba. Urut, ubat klinik termasuklah terapi elektrik. Namun, hasilnya mengecewakan. Mak Wok dah naik fade up. Bulan Ramadhan dah tinggal beberapa hari sahaja lagi datang menjengah. Mak Wok sudah berkira-kira. Seperti tak mampu nak follow sembahyang Terawikh mahupun rewang moreh dek kerana sakit lutut.
*****************************************************************
“Kak Wok, ni Miah ade kenal sorang ni.” Sapa Makcik Miah pada Mak Wok semasa rewang kenduri Pak Mat Lalang.
“Sape?” Jawab Mak Wok ringkas.
“Die ni kire macam bomoh la. Miah kenal mase kakak Miah sakit dulu. Kene buatan orang.” Balas Makcik Miah.
“Ish, ko ni Miah! Taknak la akak jumpe bomoh-bomoh ni. Sakit lutut ni ade kaitan ke dengan hantu setan bagai ni.” Balas Mak Wok tanda tak setuju.
“Try la kak. Miah boleh bawak pegi jumpe orang tu. Miah tau rumah die mane. It’s worth trying.” Pujuk Makcik Miah lagi. Kali ni dalam dwibahasa.
“Kak tak sedap ati la Miah” Mak Wok tolak lagi.
“Jom la kak. I insist. Please.” Balas Makcik Miah.
“Ok la. Akak pegi.” Mak Wok turutkan sahaja pujukan Makcik Miah.
“Orite..” Jawab Makcik Miah.
***************************************************************
Malam tu seram sejuk. Langit nampak cerah. Tak mendung. Angin sepoi-sepoi menambah kesejukan malam itu. Jam manunjukkan pukul 7:50. Selesai Mak Wok solat Maghrib, Mak Wok bersiap-siap. Nak pegi jumpe bomoh tu.
‘Miah tggu akak kt umah jew r. Nt akak dtg ea. Kol8 kitew pegi. ‘ Sms Makcik Miah pada Mak Wok awal petang sebelum Asar tadi.
Anak bongsu Mak Wok, Saleha, pun dah bersiap sama nak menemani Mak Wok berjumpe bomoh. Cemas memang ade. Tipu la kalau jumpe bomoh pasal hal-hal kehantuan ni, takde rasa cemas.
Jam tepat menunjukkan pukul 8.
“Jom” Bingkas Mak Wok bangun apabila melihat jam tepat pukul 8.
“Jom” Balas Saleha.
Kelihatan beberapa orang asli dalam rumah tersebut. Seorang budak lelaki yang pada anggaran dalam umur belasan tahun duduk di tengah-tengah. Mak Wok, Makcik Miah bersama suami, dan juga Saleha duduk membentuk bulatan di tengah-tengah bersama budak lelaki tersebut.
“Budak ni la bomohnye” bisik Makcik Miah pada Mak Wok.
Budak tersebut nampak aneh. Tampak seperti orang tua gayanya.
“Dalam badan budak ni ade Jin. Tok Nik name die.” Lelaki disebelah budak lelaki tersebut bercakap perlahan pada Mak Wok dan yang lain-lain. Ayah beliau barangkali.
“Diam la kau!” Tiba-tiba budak lelaki tersebut sergah lelaki tersebut.
Tanpa bicara panjang, budak lelaki tersebut, Tok Nik, bingkas meminta Mak Wok menghulurkan kaki beliau yang sakit. Tok Nik picit-picit lutut Mak Wok. Raut wajah Tok Nik tiba-tiba berubah.
“Ni bukan sakit biasa ni” Tok Nik mula bicara.
“Ada..” Tok Nik sambung lagi.
“Ada ape Tok?” Tanya Mak Wok tanda bimbang. Belum pon sempat Tok Nik menghabiskan kata-katanya.
“Sabo le yong. Ate, manjang tak nyabo.” Tegur Tok Nik. Mak Wok tersipu-sipu.
“Ada hantu raya. 2 ekor. Dah bertaring dah ni. Lame sangat dah die dok dalam ni.” Tambah Tok Nik lagi.
Mak Wok tersentap. Air muke Mak Wok benar-benar menampakkan beliau kaget dengan berita tersebut. Begitu juga Saleha, Makcik Miah serta suaminya. Mak Wok benar-benar tak sangka apa yang beliau baru ketahui.
Tiba-tiba…..
4 comments:
ouchhh pagi2 da publish entry
ish3... ko ni suka guna nama mak wok yer`
ala, bersambung pulak. . .
bile nk smbung nie? - fan-
salam ziarah mingguan .. !!
jemput laa datang lepak selalu yer ..
jemput baca n komen entry luahan hati Ajeyy Rawk ni .. hehe :
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html
Post a Comment