Tuesday, November 23, 2010

kisah marzuki, mutalib dan . . .



Mesin basuh Mak Limah memang selalu busy. Tak kire pagi, petang, siang mahupun malam, sentiase aje ade malaun-malaun yang dambakan perkhidmatan mesin basuh Mak Limah. Mane taknye, senang lagi menyenangkan. Masuk duit syiling 2 3 kupang,  tekan-tekan, mesin jalan. Isap rokok 2 3 4 batang, baju da siap basuh. "As easy as A B C " bak kate Mak Limah sambil tersenyum girang melihat sambutan hangat mesin basuh beliau. 

.....................................................................

Pagi tu memang sejuk. Kabus tebal masih belum hilang. Matahari masih belum mahu menampakkan sinarnya. Tenang. Nyaman. Memang kombinasi yang sesuai untuk berselimut. Samar-samar kelihatan seorang pemuda berjalan sambil terbongkok-bongkok di koridor aras 1.Marzuki bin Muta'al nama diberi. Tangan kanan beliau memegang baldi yang sarat dengan muatan pakaian beliau. Tanpa menoleh ke kanan ke kiri, Marzuki terus menghayun langkah menuju ke mesin basuh Mak Limah yang terletak di bilik pantri aras bawah. Langkah beliau besar-besar dan laju-laju. Seperti dikejar hantu gayanya.

Selaku senior di hostel itu, Marzuki sudah masak benar dengan jadual penggunaan mesin basuh Mak Limah. Mak Limah tak penah bagi pun jadual kepada Marzuki, tetapi Marzuki memang bijak. Tatkala semua orang sedang nyenyak dibuai mimpi, beliau mengorak langkah seribu meng'conquer' mesin basuh Mak Limah. 

Dek kerana hendak sambung tidur, Marzuki bergegas menuju mesin basuh Mak Limah pada pagi itu. Setibanya di bilik pantri, kelihatan kedua-dua mesin basuh masih belum dirembat orang. Marzuki letak baldi beliau di atas lantai sambil membuka cover mesin basuh. Tanpa disedari Marzuki, Mutalib tiba membawa baldi bersama muatan beliau. Mutalib meletakkan baldi dan sabun basuh beliau disebelah baldi Marzuki.

........................................................................

Mutalib merupakan foreigner yang menetap di hostel sama dengan Marzuki. Beliau berasal dari tanah Iran dan telah 2 tahun menetap di Malaysia. Bermuka bengis, berjambang lebat, berbadan tinggi mencecah 2 meter,  berbau pungent, tidak suke mandi sebab mandi tu membazir air, dan suke makan bawang. Walaupun sudah 2 tahun menetap di Malaysia, Mutalib tidak petah berbahasa Melayu. Beliau cume petah mengucapkan "apa khabar", "air kosong" dan "malaysia boleh", selain dari tu, haram.

......................................................................

Berbalik dengan kisah Marzuki.
Setelah selesai memuatkan pakaian di dalam mesin basuh Mak Limah, Marzuki ambil sabun di atas lantai dan menuang sabun tersebut ke dalamnya. Agak banyak Marzuki tuang. Kemudian Marzuki letak sabun tersebut ke dalam baldi beliau dan mula bergerak pulang ke bilik untuk sambung tidur di katil yang empuk.

Selangkah demi selangkah Marzuki berjalan merentasi tandas. Tiba-tiba Marzuki terdengar seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Dia menoleh. "La, Mutalib rupenye. Ingatkn sape tadi" bisik Marzuki dalam hati tanda lega. Marzuki sambung berjalan semula. Berjalan dan berjalan. Mutalib masih dibelakang beliau. Seperti mengekori pergerakan beliau. Marzuki berjalan, Mutalib berjalan. Marzuki berlari, Mutalib berlari.Marzuki berhenti, Mutalib berhenti. Marzuki mulai rasa cemas. Tidak kelihatan kelibat sesiapa dikiri dan kanan, hanya mereka berdua ketika itu.  Tanpa sebarang bicara, Marzuki terus ambil langkah seribu. Lari bagai tak cukup tanah.

Macam-macam bermain difikiran Marzuki ketika itu dan yang paling kerap ialah  "Muka aku jambu sangat ke?". Setibanya dibilik, Marzuki cepat-cepat tutup pintu. Mutalib masih lagi kelihatan cuba mengejar beliau. Marzuki kunci pintu cepat-cepat. Mutalib ketuk-ketuk pintu sambil berkata-kata sesuatu. Cakap-cakapnye seperti bunyi inggeris berpelat arab. Butir-butir katanya tak dapat difahami Marzuki.

"Fuh lega" getus hati Marzuki setelah pintu dikunci kemas. "Lantak ngkaula pak arab oi" Perlahan-lahan Marzuki mula meletak kembali baldi dan sabun semula ke tempat asal. Tiba-tiba...

"Eh, sabun aku kat sini??"  Terkejut Marzuki bila mendapati sabun beliau masih berada ditempat asalnya.

"Dah tu, ni sabun sape???"

........................................................................

Bila Marzuki tenung semula kata-kata Mutalib tadi, baru die faham....

"have u already done using my Dinamo? I want it back!!".....

2 comments:

De'din said...

igtkan apa lah tdi !
rupanya salah ambik sabun ja

Unknown said...

cite benar ke???hehehhee