Saturday, September 26, 2015

Budaya didikan anak



Baru baru ni aku balik kampung sebab ade kenduri tunang kakak aku. And of course la adik beradik aku balik bersama sama anak anak mereka. Seronok la sebab ramai yang ade dekat rumah. My mak hepi, my apak hepi, semua hepi la senang citer.

So, anak sedare aku yang sorang ni dah setaun lebih dan boleh bejalan belari bagai la. Dok seronok tengok die bejalan, tibe tibe jatuh tersembam. Aku tengok budak jatuh, aku nak angkat la. Kesian kan. And kakak ipar aku and abang aku relek je. Kakak ipar aku cakap kat anak die..

Ala sikit je tu, Sofiah kan kuat.. Bangun ye Sofiah

Budak tu nangis sekejap, then dia bangun sendiri dan berlari balik. Sendiri. Yes, sendiri.

Yup, aku suke cara kak ipar n abang aku didik anak diorang. Macam mane budak budak tu secara fizikalnya kuat. Perkembangan diorang cepat. Dari meniarap, merangkak and berjalan. Langsung tak bagi gadget. Kitorang dok sua dekat budak budak tu pon diorang tak heran. 

Bukan ape, aku punyai officemate yang selalu mengadu pasal anak die yang dah overly attached to gadget. Mana tak nye, anak die je dah ade Samsung Note sendiri. Bila tak dapat gadget je, mengamuk bagai nak gile. Mak die tepakse la mengalah. Once mak die mengalah, anak die seronok la. Yea, anak die menang every time. Dan itu yang buat mak die merungut dan menyesal.

Ya aku tau mak bapak zaman sekarang ni suka menjadikan gadget sebagai.. Maaf kata.. Pengasuh anak diorang so that anak diorang behave dan berhenti buat parangai. Ia bukan sesuatu yang sihat jika anak tersebut mengadap bende tersebut 24/7. Bangun gadget, nak tido pon gadget. Very disturbing view menyaksikan anak seumur 3tahun sudah punyai smart phone sendiri.

Mungkin kita belum nampak sepenuhnya kesan overly-smart phone-exposure-syndrome terhadap anak anak tersebut bila dewasa. Ya, zaman smart phone itu sendiri baru saja bermula 4 5 tahun lepas. Baru je lagi. Tapi lihat saja perkembangannya. Sangat pantas sampaikan kita merasakan ia dah lama bertapak di muka bumi ini. Takkan kite nak tunggu dan lihat saja generasi gadget ini membesar dan menjadi apa yang mereka akan jadi. Jangan sampai menyesal dikemudian hari.

Yang kecik tu Sofiah. Yang besar tu Aisyah.


P/s: Wording kegemaran kawan office aku. Takkan nak berak baru nak carik lubang.. Hehh

P/s: Aku belum punyai pengalaman mendidik anak seperti yang aku katakan. Pandai cakap la Lan.. Kehkeh.. Hope aku tak cakap terkena batang hidung sendiri la..

2 comments:

Amanina Mads said...

betul lan.. tengok anak2 sedara selalu main tp kalau jumpa geng gadget kena tinggal. tengok juga cara parents didik anak2.

Hafiz Hafizol said...

cute je Sofiah nie..