Wednesday, September 2, 2015

Tipical Malaysian



Aku jarang sekali membuka facebook, tapi bila bukak, benda yang mesti buat ialah tengok wall, tengok update status orang lain, tengok gamba orang baru kawen, tengok orang baru honeymoon, tengok anak orang, baca gosip, baca kisah politik yang tak habis-habis dan memualkan, dan macam-macam lagi. Then, baru start keje. Aku konfiden orang lain jugak macam tu. Sengih-sengih pa?! Korang pon same kan. Kehkeh.

Rutin ni tak salah pon. Selagi tak menjejaskan kerja harian dan tak menggugat hubungan sosial kita. Cuma, aku dapati sesetengah orang suka sebarkan cerita yang die sendiri tak konfiden betul atau salah.

Kadang-kadang berita atau gambar yang tersebar cuma sebahagian dari keseluruhan cerita, tapi komen sumpah seranah yang dibuat macam merekalah hakim yang menjatuhkan hukuman, merekalah yang betul, dan cerita yang mereka tengok dan sebarkan tu memang dah benar-benar sahih.


Kalau cerita/info yang disebarkan sampai dekat kita, at least kajilah, kalau benda tu perlukan pengetahuan, dan, kalau cerita tu takde kaitan dengan kita. Gosip misalnya... why bother? Hehh..

Pada aku, selagi kita tak tau cerita sebenarnya, kita tak ada right untuk judge syurga neraka seseorang itu. We might slander them by things they never do. Yup, kita pon tau yang slander is even worst than killing. Renung2kan dan selamat beramal. 

p/s: Sori entry malam ni boring. hihu 

3 comments:

nor azman said...

Btl2..sy sokong..hehehe

Bunda_nora said...

So pastikan berita itu sahih baru nak share ke apa ke...apa lagi berita tentang kematian....

Nick Nashram said...

facebook dah lama deactivated..bab berita main share je, betul salah x kira..asal dapat viral.