Saturday, November 2, 2013

movie review: psiko pencuri hati & thor: the dark world




Filem: Psiko Pencuri Hati

Rating: 7/10

Review:

Mengisahkan tentang 3 watak utama: Osidi (Bront Palarae), penulis novel pembunuhan, Wani (Sharifah Amani) dan suaminya Dr Khai (Syed Hussein), yang punyai masalah dalam rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, berlaku pembunuhan bersiri yang mana kesemua mangsa adalah wanita, dan hati (liver) mereka dikeluarkan. So, siapa pemunuhnya? Filem ini berkenaan dengan obsessive dan kesempurnaan. How far you'll go to reach something. Nak hasilkan novel pembunuhan yang 'sold-out', adakah kamu harus menjadi pembunuh itu sendiri?

Pujian harus diberikan kepada Nam Ron kerana berjaya menghasilkan filem ini, sebuah filem psiko yang pada aku, lebih 'gelap' berbanding SAM arahan Syafiq Yusuf. Genre yang jarang jarang kita nampak dalam sinema Malaysia. Namun, terdapat beberapa kekurangan dari segi teknikal yang sangat obvious dalam tontonan aku.



Runut bunyi yang kadang kala serba tak kena dan 'potong stim', boleh aku katakan pada klimaks filem ini: aksi kejar mengejar antara Osidi dan Dr Khai (spoiler). Ah, apa yang nak di'spoiler'kan! Filem ini dah habis tayangan. Ya, ia seperti feel thriller itu tak sampai dek kerana runut bunyinya. Dari sudut ini, SAM tampil lebih baik berbanding PPH. Satu lagi, shot kamera yang kadang kadang tampak 'kelam kabut' (atau editing?). Ini juga berlaku pada scene yang sama dengan masalah runut bunyi tadi. 

Lakonan? Siapa yang tak tahu dengan kredibiliti Bront Palarae dan Syarifah Amani. Tak dilupakan juga Syed Hussein dan Amerul Affendi.

...................................................................................................................


Filem:  Thor The Dark World

Rating: 7.5/10

Review:

Apa lagi yang nak aku dikatakan dengan sequel filem Thor ini. Sebuah filem fiction yang kababomm dengan kesan khasnya, aksi tumbuk menumbuk bergaduh tahap dewa dewa, perut Chris Hemsworth yang berketul ketul yang membuatkan minah minah dalam wayang berdebar debar, Natalie Portman yang nampak sudah tua, senjata yang diwar-warkan sangat power (in the end, aku tak nampak pon sejauh mana ke'power'an senjata itu), bini Odin yang 'kick-ass!', sedikit humor dan juga sedikit cintan cintun. Nothing much. 

It is entertaining, no doubt. Tapi, aku kurang puas. Mungkin aku harapkan lebih lagi.

8 comments:

me suya said...

review Thor mcam tak bagus sgt so takyah tgk kat wyang. Tgu beli kat astro je la kalau ada. hahahaha

Aieda Adnan said...

eh jgn suya..haha..movie review ni subjektif kn..hehe

Hafiz Hafizol said...

kita tggu cd cetak rompak je kat pasar malam kot. muahaha.

Unknown said...

Saya biasanya kalau masuk panggung tengok citer mcm Thor The Dark World ni... pasti stengah jam pertama saya akan lelap.... hihihi, kurang minat

EH - Ekslamasi Holistik said...

Macam best je, macam syok je...
Salam maal hijrah Anak Pak Muin :)

Nick Nashram said...

wah, niche blog ni dah bertukar jadi movie review pulak..hehe.aku minggu depan baru plan nak p tgk thor tu.

iKhRam said...

hai.. td masa kedai cd td.. tertengok gak cd filem ni..

tp terpilih KIL...

layan

khaifaiz said...

aku x sempat tgk thor ag, wayang punya la penuh