Aku punyai officemate seorang India yang bertugas sebagai kerani. Katherine (paggil Kat) nama die. Die ni memang ramah. Aku selalu usik die. So, esok Deepavali. Kat pakai baju tradisional India (tak tau nama.hehe) yang bagi aku, anggun dan menawan.
"Amboi Kat, baju raya! haha"
"Ish mane ade la. baju biase biase je"
"Kat, apa... ni takde ke? Maruku ke Laddu ke?"
"Nak buat ape?"
"Nak makan la Kat. Sok kan Deepavali. Hehe"
"Ish, takde takde. Nanti lain kali saya bawak kasi sama you"
"Orite"
Aku perasan muke macam lain bile aku mention Deepavali. Em, takde ape kot.
2 hari selepas tu, aku datang kerja. Kat pon sama. So, semasa di bilik Pantry, ketika Kat dan makcik makcik pencuci sedang bersembang, aku tegur Kat lagi.
"Ai Kat, semalam raya harini takkan takde pape? Maruku ke laddu ke? Hehe"
"Ish awak ni"
Balas Kat sambil merenung tajam dekat aku. Aku jadi tak sedap hati. Aik, salah ke aku tanya. Aku takde kutuk kutuk balak die pon. Inikan lagi mak bapak die. Takkan la tanya maruku dengan laddu pon nak marah. Aku punye la berjiwa 1 Malaysia tegur die, die marah aku pulak.
Tibe tibe salah sorang makcik pencuci tegur aku.
"Ish ngkau ni Lan. Ni baru Kat punye"
Makcik tadi menunjukkan sesuatu kepada aku.
Tunjuk pada kalender........... Bulan Disember........ 25hb Disember!
Tunjuk pada kalender........... Bulan Disember........ 25hb Disember!
Alamak!
Kat bukan Hindu!....
Aiya! memang malu la aku!!!!!
Happy Diwali
7 comments:
hahaha, nama dia pon dh katherine (kristian) lain lah kalau nama dia krishnamalasari ka, baru la boleh mintak laddu, haha :D
cantik kuning keemasan..
haha. kat office saya ada sorang kakak ni. keturunan baba. tapi nama dia macam india. dia celebrate CNY. dulu masa dia mula2 kerja kompius gak. nasib tak serbu tembok. hehe
Haha.. Skali tu salahla plak..
@wani: btol gak tu..haah
@etuza: cantik
@lya colours: tula psal.. ni dah terserbu abes da ni..haha
@khaifaiz: adoi..haha
hahaha nak gelak plak aku...
hehehee, siap la dia claim hadiah krismas kt ekau nnti hehee
Post a Comment