Friday, December 16, 2011

movie review: songlap




Takkan la aku nak kencing mamat hensem macam engkau ni Man..

Aku memang tunggu movie ni untuk keluar pawagam. Satu, sebab TONTON yang recommend. Dua, sebab pengarah die merupakan pengarah Kami The Movie, which is one of my favourite malay movie so far. Tiga, Saheizy Sam tak lagi bawak watak bodoh ala ala 'Kongsi'. Empat, bukan Ahmad Idham mahupon Razak Mohaideen yang mengarahkan filem ni. Tu aje..

Alkisah Songlap:

Songlap mengisahkan Am (Sam) dan Ad (Shafie) yang merupakan dua beradik terlibat dalam satu sindiket penyeludupan manusia iaitu: jual bayi anak luar nikah dan jual mak bayi jadi hookers (aku rase). Sindiket ini diuruskan oleh seorang wanita bergelar 'Mama'. 

Am merupakan kaki judi yang menggunakan wang hasil kerja mereka untuk berjudi. Manakala, Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik. Apabila Hawa (Sara), adik kepada Razak (kawan baik Ad yang mati sebab drug overdose), hamil anak luar nikah, Ad menjadi terdorong untuk menyelamatkan dirinya dan juga Hawa serta bayinya.

Namun, tindakan Ad menyebabkan nyawa beliau dan Am diancam bahaya. Berdepan dengan godaan dan pengkhiyanatan, dan dihambat samseng dijalanan, siapa yang terselamat dalam pergelutan ini? ...

Songlap secara jujur menggambarkan sisi hitam kota gah Kuala Lumpur dan warganya. Pelacuran, dadah,  perdagangan manusia, perjudian. Penonton tak dihidangkan dengan figura Kuala Lumpur yang biasa kita lihat dalam filem filem melayu yang lain: KLCC, Putrajaya, bangunan gah etc etc. Songlap juga turut menggambarkan survival untuk hidup dalam kota yang serba mencabar ini: orang yang struggle, orang yang tamak, orang yang makan atas orang, orang yang jadi kuli untuk hidup. Semua ini terkandung dalam Songlap.

Ya, isu yang diketengahkan memang isu berat. Tetapi penulis skrip bijak menyelitkan humor yang secara tak langsung mengekalkan momentum penontonan penonton. Pelakon pelakon senior seperti Fauzi Nawawi, Normah Damanhuri, Rashidi Ishak dan Hasnul Rahmat turut menguatkan lagi filem ini.

Dari segi lakonan. Kredibiliti Sam sebagai pelakon memang tak boleh nak disangkal lagi. Setiap emosi disalurkan kepada mimik wajah tanpa cacat cela. Salute to you. Pun begitu, Shafie dan Sara turut membuat persembahan yang amat baik. No wonder la aku tak lelap sepanjang movie ni ditayangkan.

Secara peribadi, aku puas hati dengan filem ini. Dan aku juga puas hati dengan bilangan penonton yang menonton bersama aku tadi. Aku paling tak puas hati kalau ade orang kate Hantu Bonceng lagi best dari filem ni. Jarang ade orang yang berani untuk terbitkan filem yang sebegini sebab takut rugi. Tu sebab keluar filem tahap junk macam: cuti cuti cinta, hantu bonceng, raya tak jadi, alamak toyol etc etc. Arghh..

This is a damn fine movie. You must watch it..


Rating: 7.6/10



No comments: