Tuesday, July 3, 2012

luahan hati seorang driver yang kurang stabil



Aku merupakan pengguna tegar highway dari Penang ke Sungkai. Almaklumlah, keje Penang, kampung Sungkai. 

Gambar sekadar hiasan. Sikit pon takde kaitan dengan penceritaan aku ni.

Ahad lepas, aku macam biase, aku drive balik dari Sungkai. Macam biase, naik Kancil 660 aku. Macam biase, ade ole ole sikit mak aku bekalkan dari rumah. Cume yang tak biasenye, radio aku jahanam, langsung takde lagu lagu yang nak mengiringi perjalanan pulang aku. Yang tak biasenye, aku terlajak tidur time kat rumah sebelum bertolak. So, mental rase malas gile nak drive. Yang tak biasenye, bunyi squeaking dari dashboard aku makin menjadi jadi. Urgh!

Bile semua bende rase macam tak best, then, ade pulak mamat ni bawak vios, tapi bawak slow mengalahkan Kancil. So, natijahnye, beratur la kereta kat belakang die. Aku mule hilang sabar. Dan, takde banyak tanye, aku tekan full-pedal kasi potong semua kereta.

Baru je aku masuk lane memotong, aku usha dari cermin belakang, ade pulak sekor lagi mamat ni bagi high beam dari jauh. High beam ni pada tafsiran aku same la macam si driver memekik melolong menjerit nak bagitau:

"WOI LEMBAB! BLAH! BLAHHH!!! AKU NAK LALU!!!! KETE KO BUKAN LAJU PONNN!! BLAHHHH!!!!"

Barisan kereta tadi aku tak habes potong lagi. Bile angin naik kepala. Aku pon tengking balik dekat mamat yang belagak nak mampos bagi high beam dekat aku ni.

"WOI! AKU NAK PAKAI JUGAK JALAN NI!!!!" 

"AKU BAYAR TOL LA! APE, KO BAYAR LEBIH KE NAK SOUND SOUNG ORANG NI????" 

"PEGI MATI LA KALAU KETE KO LAJU KE APE!!!"

"KALAU KO TAK PUAS HATI, LANGGAR R KETE AKU KALAU BERANI!!" 

 "AHHHHHHHH!!!!!!"

Habes barisan kereta tadi aku potong. 

Aku bagi signal kiri. 

Aku masuk ke lane kiri slow slow.

Dengan berhemah aku masuk ke lane kiri.

Kereta belakang aku yang bagi high beam tadi terus je memecut.




"La, kancil je pon"

5 comments:

sweet pearl said...

hahaha, boleh pulak bg hibeam blakang, hebatnya kereta, hahaha

Anak Pak Muin said...

da btolkan..haha

me suya said...

malam lah ni?

Anak Pak Muin said...

petang..dlm kol 630

iPai said...

heee .. nak wat cam ne ..

kene redah jugalaa kalau hati dah geram .. heheeh

masa senja2 kan, mmg hati cepat membara .. cuba drive pagi2, mesti okeh jee