Monday, March 19, 2012

movie review: bunohan ~ si pembunuh, si tamak dan si peninju





Alkisah Bunohan,

Sekiranya kamu kamu peminat kipas-susah-mati Adnan Sempit 1 dan 2, Cinta Kure Kure, mahupon Karipap Karipap Cinta, tolong la jangan tengok cerita ni. Kalau tengok jugak, tolong jangan post komen dekat FB, "bapak bosan tengok bunohan", "bunohan equal zzzzzzz", "baik aku tengok cinta fotokopi dari tengok bunohan", dsb. Bunohan adalah filem berat yang requires kite untuk berfikir dan figure apa yang hendak disampaikan oleh si pengarah. Bukan seperti filem filem tahap junk seperti Cuti Cuti Cinta dan yang sewaktu dengannya. Arghh, aku malas nak kutuk filem Ahmad Idham. Tak berbaloi. Aku tak paham kenapa orang boleh berpusu pusu tengok Hantu Bonceng berbanding Songlap, mahupon Pisau Cukur. Ahh. Kalau aku berpeluang, aku mahu tonton Bunohan untuk kali kedua (nak bagi paham lagi).

Kalau nak disampaikan dalam bentuk yang senang, Bunohan mengisahkan tentang 3 beradik. Ilham (Faizal Hussein), si pembunuh upahan, Bakar (Pekin Ibrahim), si pemaju hartanah, dan Adil (Zahiril Adzim), si peninju tomoi. Adil terlibat dalam perlawanan tinju haram yang mempertaruhkan wang, nyawa dan maruah (aku suspek) tapi beliau hampir tewas dan terbunuh. Namun, Adil sempat melarikan diri bersama kawannya menuju ke Bunohan, perkampungan di Kelantan yang berhampiran dengan Thailand. Ilham diupah untuk membunuh Adil. Ilham tidak pernah mengenali adiknya.

Manakala, Bakar pula pulang ke kampung bertemu ayahnya, Pok Eng (Wan Hanafi) yang kian tenat. Tujuan sebenar Bakar adalah untuk memiliki tanah seluas 30 ekar di tepi pantai milik bapanya. Tetapi tanah tersebut adalah milik Adil. Maka bermulalah pergelutan memiliki tanah tersebut. 

Bunohan adalah filem yang ringkas sekiranya disampaikan secara direct kepada audience. Tetapi, tak semudah itu Dain Said selaku pengarahnya ingin menyampaikan Bunohan. Unsur mistikal, kekeluargaan, misteri, dan korupsi mengisi sepenuhnya dalam filem ini.

Aku amat kagum pada mutu visual filem ini. Sangat indah disampaikan oleh Dain. Selepas Puteri Gunung Ledang, inilah satu satunya filem Malaysia yang punyai mutu visual yang awesome. Efek yang tak over. Shot shot yang menunjukkan kesuraman, amat berkesan. 

Bunohan bukanlah filem junk, tetapi ia adalah karya masterpiece..


No comments: