Baru-baru ni aku berkesempatan menonton Busker dan Pulang. Maaflah, aku bukannya xnak support filem Malaysia, tapi xberkesempatan nak tonton je.
: : Busker : :
Walaupun plot twistnya kurang masuk akal - Adil (Hafeez Mikael) melenting pada Vera (Dayyan Trisha) bila dapat tahu ayah Vera yang jadi ketua hakim competition busking - aku masih lagi menyukai Busker kerana filem ini segar (wajah baru, lagu yang sesuai), chemistry antara Adil dan Vera yang begitu bersahaja, begitu juga pelakon yang lain (Manbai pandai berlakon!), soundtrack yang tak merimaskan, dan the aftertaste yang aku rasa selepas selesai tontonan. The feeling cinta yang nak diluah tak terluah, nak pendam terasa pedih. The same feeling dari Love, Supermoon.
Aku baru terbaca yang kutipan Busker amatlah teruk (tak sampai 1juta) - mungkin disebabkan barisan pelakon yang menampilkan muka2 baru. Ahh, aku patut tonton Busker dipawagam dulu.. Maafin gue
Rating: 7/10
: : Pulang : :
Pada pertengahan filem Pulang, aku sangat marah pada Othman (Remy Ishak) kerana x pulang2 ke pangkuan keluarganya di Serkam, Melaka. Ape kejadahnya ditinggalkan nya isteri dia sorang2 menjaga anak sampai bertahun2. Tak sayang ke? Aku sangat memahami rasa tanggungjawab seorang suami itu sebab aku sendiri pon dah bekeluarga, tapi, untuk meninggalkan anak isteri bertahun2, aku sangatlah tak tergamak.
Ya, Pulang merupakan kisah tentang kasih sayang, persahabatan dan janji - kisah Othman yang merajuk membawa dirinya sampai ke luar negara. Rajuk yang hanya terungkap di akhir filem. Begitu menyentuh perasaan... Aku nyaris2 menitiskan air mata disebabkan Pulang
Ya, Pulang merupakan kisah tentang kasih sayang, persahabatan dan janji - kisah Othman yang merajuk membawa dirinya sampai ke luar negara. Rajuk yang hanya terungkap di akhir filem. Begitu menyentuh perasaan... Aku nyaris2 menitiskan air mata disebabkan Pulang
Rating: 7.5/10
No comments:
Post a Comment