Resepi untuk sesebuah movie menempa sukses dalam kutipan tiket:
Pelakon:
Balak yang ade sixpack dan berwajah ala ala model. Awek yang hot tak hingat. Baju yang seksinya paling optimum yang mana mampu membuatkan kutu kutu dalam wayang berdebar debar bilamasa tengok awek tersebut. Memperkenalkan figura yang dah sedia dikenali, etc: Rihanna, walaupon lakonannye takde la superb sangat.
Efek:
Efek yang boom boom kababoomm... *nak explain ke? takyah r..
Aksi:
Aksi balak melompat berlari lari sambil membuat muke macho. Awek awek yang pakai seluar tahap boxer berlari lari menolong balaknye.
Review:
Memang diakui efek movie ni memang superb. Itu tarikan movie ini sendiri sebenarnya. Tapi, ternyata movie ini tampak sangat dibayangi movie movie ber'genre' yang sama. Predictable merupakan satu perkataan yang sesuai. Manusia terkejut tiba tiba alien datang dengan agendanya tersendiri. Manusia dan alien bergaduh bertumbuk bagai. Dan, of course la manusia menang. Tak guna la penerbit pakai balak dan awek yang seksi sebagai pelakon kalau manusia kalah dalam ending cerita.
Aku masih lagi mengagumi movie Inception dari segi originality.
Aku masih lagi mengagumi movie Inception dari segi originality.
Ya, memang movie ni boleh predict jalan ceritanya. Balak yang berbakat dan pada masa yang sama, seorang asshole yang selalu menyusahkan abang die. Then, balak ni jumpe awek hot. Semasa climax, balak ni menunjukkan bakatnya yang terpendam sekian lama dan menewaskan alien dngan jayanya. Ending cerita, balak ni dianugerahkan pingat jasa. Hmmm..
Ade certain perkembangan cerita yang bagi aku, terbantut: Kisah hubungan adik beradik antara balak hero dengan abangnye. Seolah watak abangnye hanya sekadar tempelan. Senang cerita, tak ade pon takpe. Selain itu, hubungan awek dengan si pesara tentera yang da hilang kedua dua kaki. Aku suspect si awek akan bagi semangat pada si pesara tentera. Yep, like motivator. Tetapi, ternyata meleset.
Selain tu, si alien punye tekmologi imbasan yang mampu mengimbas sesuatu peralatan atau figura yang mengancam atau tidak. Yang mengancam akan berwarna merah, dan yang tidak mengancam akan berwarna hijau. Ada scene dimana yang merah bertukar jadi hijau, dan sebaliknya. Persoalannya, macam mane pulak la boleh bertukar tukar..*Tak diexplain sampai la kehujung cerita. hmm
Spoiler:
Alien yang punye battleship yang mampu bergerak dengan halaju cahaya hanya mampu melancarkan peluru seperti catapult dan pelurunya...sangat lame. Aku suspek akan ada laser beam, sepertimana dalam War of The World. Tetapi tidak..
Si balak membuat keputusan untuk menggunakan kapal muzium sebagai alternatif terakhir. Persoalannye, mane pulak la die dapat peluru bagai. Banyak pulak tu. Muzium kot. Takkan nak letak peluru hidup dekat muzium..hmmm
Rating:
6/10 je.. Walaupon komen aku macam macam berkenaan movie ni, tapi, ia still movie yang boleh korang enjoy sambil makan pop corn di cinema..
3 comments:
kebaboommm
lagi bes tgk mirror2.. tacing kot..haha
Bunohan lg best
Post a Comment