Saturday, March 12, 2011

movie review: the king's speech (2010)





Sebuah movie ber'genre' drama yang bagi aku best banget utk ditonton. Berasaskan sebuah kisah benar yang mana menceritakan mengenai ayah kepada Queen Elizabeth, Bertie yang gagap lakonan Colin Firth. Bile die nervous, die akan gagap. So, ia satu disadvantage bagi seorang yang bakal ditabalkan sebagai King of England.

Movie ini membuka tirai dengan penyampaian ucapan oleh Bertie dimana ucapan tersebut dari Ayahandanya yang merupakan raja England pada masa itu. Dalam ketika seluruh Stadium Wembley senyap menantikan beliau berucap, penyakit gagap Bartie bermula. Sepatah dua ayat je yang keluar sampaikan isterinya menitiskan airmata. Satu scene yang amat touching bagi aku dalam movie ni.

Selepas insiden tu, si isteri berikhtiar mencari doktor bagi merawat suaminya yang gagap lalu menjumpai Lionel, seorang doktor yang well established lakonan Geoffery Rush.

Nak dipendekkan cerite, si raja yakni ayahanda kepada Bertie pulak mangkat. Takhta diserahkan kepada adik kepada Bertie yang suka buat hal. Adik si Bertie ni pulak lepas takhta sebagai raja England sebab nak kahwen dengan seorang janda yang mana perlakuan beliau adalah dilarang dalam intitusi keluarga diraja England. Nak tak nak, takhta raja England terpaksa disandang oleh Bertie dalam keadaan gagapnya masih belum pulih.

Sebuah movie yang best walaupon takde gaduh-gaduh tembak-tembak pecah kepala. Ditambah lakonan Colin Firth sebagai seorang gagap yang sangat menjadi dan tak dibuat-buat.




Rating: 8.0/10


Thursday, March 10, 2011

the price of trust



Cerita pendek: 
Ada seorang mamat ni nama die Sam. Die memang seorang yang suke melancong dan mengembara, dan gemar memakai topi. Pada suatu hari, Sam pergi melancong ke Hawaii bersama dua orang member die yakni Cass dan Dean. Setibanya di airport, maka berlumba-lumbalah para 'ulat' yang datang dari ejen kereta sewa, ejen helikopter sewa mahupon ejen rumah penginapan, berlumba-lumba memancing mereka bertige.

Sam dengan memegang kuase autoriti membuat keputusan untuk menyewa helikopter dari Mike, brader 'ulat' berjambang budget bagus perut terburai. Dengan percayanya, Sam menyerahkan wang sewa sebanyak 50 USD bersama cagaran 1000 USD kepada Mike.

Setelah 3 hari 2 malam puas meneroka seluruh pelusuk Hawaii, maka 3 sekawan itu pun berasa puas hati dan sudah mahu pulang. Tiba masa bagi Sam, Dean dan Cass memulangkan kunci helikopter pada Mike, dan Mike pula sepatutnya memulangkan wang cagaran pada Sam sebanyak 1000 USD. Tapi Mike claim die takde duit time tu. So, die berjanji akan bank-in cash 1000 USD dalam Sam punya akaun maybank. 

Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu serta bulan berganti bulan, Mike masih belum bank-in wang tersebut. Sam amat susah hati. Telefon tidak diangkat, inikan lagi sms mahupun mms, aram satu pun Mike tak reply. Sampai jatuh sakit Sam dibuatnya. Orang keliling tak henti-henti menyatakan bahawa Sam dah ditipu.  Namun Sam hanya pekakkan telinga je. Sedihnya Sam hanya Tuhan je yang tahu. Sam kini hanya meniti hari-hari dengan penuh kesedihan memikirkan perbuatan keji Mike. 

Meanwhile, Mike hanya tersenyum sinis mengenangkan wang haram yang diperolehinya dari Sam. Bertambah buncit la perut Mike lepas memakan wang haram tersebut. Ish3...


Moral:
1. Don't trust people easily
2. Think before take action
3. Always prepare urself with plan B
3. Untuk Sam; Chill mate! Ni sume pengalaman ngkau. Kalau dah kene sekali, u will be more aware and careful next time. Ko jangan nak buat muke serabut mikirkan pasal 1000 USD tu. Learn your lesson! That makes u stronger. This is the price of trust that u must bare. Aku support ngkau dari belakang..hehe



* Based on true story

Wednesday, March 9, 2011

movie review: the count of monte cristo (2002)






Ini merupakan salah satu dari my all time favorite movie. Mengisahkan dua orang kelasi kapal yang bersahabat baik, Edmond dan Fernand. Si Edmond ni selalu mendapat perhatian kapten kapal dan mempunyai seorang awek yang ngetop banget. Manakala si  Fernand pula merupakan anak orang kaye yang lame dan takde awek serta sering dibayangi oleh member die.

Disebabkan kejelesan itu, Fernand telah berpakat dengan seorang Count utk jatuhkan tuduhan pada Edmond yang menuduh beliau sebagai pembelot negara. Maka, tanpa sebarang bicara, Edmond disumbat masuk ke dalam penjara di sebuah pulau seumur hidupnya.

Selama beberapa tahun si Edmond merinngkuk dalam penjara dan disana beliau bertemu dengan seorang tua. Dari situlah Edmond belajar banyak perkara dari orang tua tersebut termasuklah seni permainan pedang.

Nak dipendekkan cerite, die terlepas dari penjara tersebut dan mencari harta peninggalan orang tua tersebut. Harta tu memang wujud dan beliau menemuinya. Beliau menukar penampilan dan namanya kepada Count of Monte Cristo untuk melunaskan balik dendam terhadap si mangkak yang telah buat dajal kat dia satu masa dulu....

Aku recommend korang untuk tengok movie sebab movie ni memang best banget..




Rating: 8.1/10

Monday, March 7, 2011

aku pencinta alam: langkawi permata kedah



Bile aku imbas balik aktiviti aku dalam final year ni, agak banyak aktiviti pencinta alam yang aku join. Iaitu, Kuantan, Kelantan-Cameron, Sedim 1 dan Sedim 2. Ini tak termasuk aktiviti cinta alam time 1st year, 2nd year dan 3rd year yang tak di update kat sini.

Kali ni, Langkawi, plan yang pada awalnye hangat-hangat taik ayam, last-last jadi jugak dengan takde plan dan perancangan rapi. Anyway, experience yang jarang-jarang aku dapat: serbu tempat orang tanpa plan, tapi best~


Nek bas je. Kate destinasi budget..

Langkawi here we come!!

Jeti Kuala Kedah

Wednesday, March 2, 2011

apendiks: antara mitos dan fakta




 

Aku merupakan pencinta makanan pedas. Tak tau la kalau disebabkan gene atau disebabkan environmental effect kat aku.  So, bile aku kuar makan ngan kawan-kawan, aku akan order add-on sambal belacan atau cili potong. Walaupon telinge berasap, tapi best. Akan ade suare-suare yang berbunyi;

"ko kene apendiks kang baru tau. makan cabai kuat sangat"

Betul ke cara pemakanan yang macam ni yang menyebabkan apendiks? Ha, menurut ruangan kesihatan Migguan Malaysia, Ahad 27 Februari 2011;



Mitos: Apendiks disebabkan makanan pedas, masam dan berbiji keras (jambu).
Jawapan Dr Nazri: Tak, cara makan macam ni takde kaitan pon dengan radang apendiks. Apendiks (vermiform appendix) merupakan satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada permulaan usus besar. Sehingga kini takde sape tahu function sebenar apendiks, dan kite boleh hidup tanpanya.

Radang apendiks dikenali sebagai apendisitis (orang-orang selalu panggil apendiks) dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada apendiks. Radang ni menyebabkan apendiks bernanah dan membengkak dimana pesakit akan mendapat demam serta sakit perut. Worse case scenario, bahagian usus yang terlibat boleh pecah dan melimpahkan najis ke sekelilingnya. Yucks~


Mitos:  Lelaki lebih mudah mendapat apendiks
Jawapan Dr Nazri: Pandai-pandai je korang buat kepale. Sampai sekarang takde sape tau bende tu betul ataupun tak. Memang berdasarkan kajian, lelaki lebih ramai mengidap penyakit ni


Apendiks adalah sakit biasa yang tak ancam nyawa
Jawapan Dr Nazri: Pale otak ngkau. Apendiks yang pecah dan tak dirawat dengan sewajarnya akan mengancam nyawa.


Corak pemakanan yang baik boleh mengelak apendiks
Jawapan Dr Nazri: Setakat ni takde cara mengelak penyakit ni dari berlaku.  Aku pon tak tau macam mane nak avoid bende ni. Cume, kita kene alert bila ade symptom macam demam dan sakit perut, cepat-cepat la check dengan doktor.



Jadi, kesimpulannya makan sambal atau pedas takde kene-mengene dengan penyakit ni. Yatta! Untuk maklumat lanjut,bacalah ruangan kesihatan Migguan Malaysia, 27 Feb 2011, muka surat ketiga..

Friday, February 25, 2011

movie review: khurafat






Malam tadi selepas sesi tutorial gitar bersama En Jay, Em En O dan taiko Izhar, dalam jam 2 pagi aku gerak balik bilik. Sampai bilik je, roomate aku masing-masing dah nyenyak berdengkur. Mata tak ngantuk lagi, so, aku layan la movie khurafat ni..

Aku tertarik pada satu scene yang pada aku paling catchy dalam movie ni: time Anna tengah mabuk bejoget, dan pak imam tengah bagi ceramah, sound effect time ni memang masyuk dan buat aku kagum. Overall comment, movie ni up sket dari level 'movie tangkap muat'.

Bagi scene seram, bukan aku nak sembang beso, tapi gagal meremangkan bulu roma aku. Scene seram yang terlalu obvious bagi filem seram melayu. Hantu yang terlalu kerap keluar, sampai naik meluat tengok. Bagi storyline pulak, nice. Cume rase scene paling last tu yang paling mangkak sekali: mimpi mati, pastu terbangun, pastu mati balik. Adohoi...

Dari segi lakonan, shamsul dah tak sepoyo seperti dalam lakonan beliau dalam Evolusi KL Drift dan filem-filem sebelum ni yang pada aku agak best utk ditengok.

Nak summarize movie ni pon maybe ramai yang dah tengok. So, tak payah la aku taip banyak-banyak. Just enjoy this movie...




Rating: 6.7/10

Monday, February 21, 2011

movie review: gran torino + million dollar baby



Kali ni aku review dua movie sekali gus sebab director die same yakni Clint Eastwood, antara director favorite aku disamping Christopher Nolan, James Cameron, Danny Boyle dan Hayao Miyazaki.


Gran Torino mengisahkan seorang bapa (Walt) yang berfikiran skeptikal terhadap perubahan zaman yang berlaku disekelilingnya. Walt seorang yang memegang prinsip "kau hidup kau, aku hidup aku","aku tak kacau kau, ko jangan sibuk kacau aku". Beliau hidup berseorangan dan selalu saja tidak sebulu dengan dua orang anak lelakinya yang sering menganggapnya berfikiran kolot. 

Walt mempunyai sebijik kereta klasik 1972 Gran Torino yang menjadi kesayangannya. Penghuni di kawasan perumahan sekitar beliau dipenuhi oleh orang berbangsa Cina (Hmong) yang pada mulanya, Walt memang bengkek dengan geng-geng Hmong ni. Ade je yang tak kena.

Namun, selepas mengenali Sue, anak jiran sebelah rumah, beliau menemui keserasian dengan dirinya dengan geng-geng Hmong ni...


Rating: 8.0/10






Movie yang aku rasa terbaik dari Clint Eastwood, tambahan lakonan yang syiok banget dari Hillary Swank disamping Clint Eastwood sendiri dan Morgan Freeman yang stylo dalam lakonan mereka.

Anyway, movie ni mengisahkan seorang perempuan (Hillary Swank) yang lanjut usia (31 tahun) memasang impian untuk menjadi meninju disebabkan kesusahan hidup. Pada mulanya, jurulatih tinju (Clint Eastwood) tak mahu menerima beliau disebabkan usianya yang dah lanjut.

Namun, atas dasar terpaksa, jurulatih tersebut mengajar perempuan tersebut cara bertinju dengan betul dan akhirnya membawa perempuan tersebut ke perlawanan perebutan title. Menemukan beliau dengan The Blue Bear, awek peninju berbadan ketak muke macam jantan.

Nak tahu ending movie ni, tengoklah sendiri.


Rating: 8.6/10