Assalam readers.
Mengapa aku tidak konsisten sejak dari kali terakhir aku menulis? Mudah, kekangan kerja yang tiba2 menimbun. Mengapa sekarang mahu menulis balik? Lagi mudah, masa lapang yang banyak. Cuma idea menulis baru sahaja muncul baru2 ini. Aku tidak terfikir langsung untuk kembali pada blog ini semasa PKP bermula dulu. Haha
Family:
Ok since 2018, aku sudah punyai dua orang anak, sorang lelaki & sorang perempuan. Plan untuk no. 3? Belum.. masih dalam tempoh bertenang.
Kerjaya:
Baru saja tinggalkan mrcb. Normal bagi pekerja swasta utk bertukar syarikat; untuk peluang yang lebih baik, peningkatan gaji, pengalaman baru, dan.. ya, kau dah muak dengan masalah2 internal syarikat yang membebankan, politik kerja, etc. Bukan aku nak katakan tempat baru tak ada masalah, cuma kita perlukan masalah baru.. mungkin. Haha. Baru ada warna.
Kerjaya sambilan:
Masih assist wife dengan bisnes Forever Living beliau. Aku boleh kira, banyak perkembangan bisnes beliau sejak dari kali terakhir aku tulis. Targetnya utk naik manager pada tahun ini. Tolong doakan
Filem:
Antara filem-filem yang kekal dalam ingatan aku sejak 2018 adalah antaranya Parasite, Ejen Ali, Wira, Endgame, Fly by Night, Pusaka.. yang lain ade lagi, tapi maybe yang ni top.
Riadah:
Aku tengah pertimbangkan beberapa aktiviti untuk pengisian hari sabtu. Ya, aku sudah tak kerja hari sabtu!! Wohoo!! I fell alive.. after 9years in constructions with 6working days. This is just great. Well, antara pengisiannya mungkin aku mahu aktif semula dlm aktiviti maraton dan mungkin.. cycling. Masih dalam kira2.
Kalau anda telah baca entry aku ini sampai habis, terima kasih. Aku akan menulis lagi untuk entry2 yang seterusnya.
Until then, wssalam.
3 comments:
komitmen kepada keluarga mmg membataskan ruang untuk menulis. saya juga begitu tetapi sejak pkp n work from home ni banyak pula masa dan idea menulis datang :-)
Betul. Wfh ni lg mmbuatkan rasa nk menulis balik 😆
Sama pulak, WFH buat saya kembali blog lepas sepi dari 2017. Rindu blogging sebenarnya, masa membataskan kan :)
Follow dan link di blog saya ;)
Post a Comment