Wednesday, March 2, 2011

apendiks: antara mitos dan fakta




 

Aku merupakan pencinta makanan pedas. Tak tau la kalau disebabkan gene atau disebabkan environmental effect kat aku.  So, bile aku kuar makan ngan kawan-kawan, aku akan order add-on sambal belacan atau cili potong. Walaupon telinge berasap, tapi best. Akan ade suare-suare yang berbunyi;

"ko kene apendiks kang baru tau. makan cabai kuat sangat"

Betul ke cara pemakanan yang macam ni yang menyebabkan apendiks? Ha, menurut ruangan kesihatan Migguan Malaysia, Ahad 27 Februari 2011;



Mitos: Apendiks disebabkan makanan pedas, masam dan berbiji keras (jambu).
Jawapan Dr Nazri: Tak, cara makan macam ni takde kaitan pon dengan radang apendiks. Apendiks (vermiform appendix) merupakan satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada permulaan usus besar. Sehingga kini takde sape tahu function sebenar apendiks, dan kite boleh hidup tanpanya.

Radang apendiks dikenali sebagai apendisitis (orang-orang selalu panggil apendiks) dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada apendiks. Radang ni menyebabkan apendiks bernanah dan membengkak dimana pesakit akan mendapat demam serta sakit perut. Worse case scenario, bahagian usus yang terlibat boleh pecah dan melimpahkan najis ke sekelilingnya. Yucks~


Mitos:  Lelaki lebih mudah mendapat apendiks
Jawapan Dr Nazri: Pandai-pandai je korang buat kepale. Sampai sekarang takde sape tau bende tu betul ataupun tak. Memang berdasarkan kajian, lelaki lebih ramai mengidap penyakit ni


Apendiks adalah sakit biasa yang tak ancam nyawa
Jawapan Dr Nazri: Pale otak ngkau. Apendiks yang pecah dan tak dirawat dengan sewajarnya akan mengancam nyawa.


Corak pemakanan yang baik boleh mengelak apendiks
Jawapan Dr Nazri: Setakat ni takde cara mengelak penyakit ni dari berlaku.  Aku pon tak tau macam mane nak avoid bende ni. Cume, kita kene alert bila ade symptom macam demam dan sakit perut, cepat-cepat la check dengan doktor.



Jadi, kesimpulannya makan sambal atau pedas takde kene-mengene dengan penyakit ni. Yatta! Untuk maklumat lanjut,bacalah ruangan kesihatan Migguan Malaysia, 27 Feb 2011, muka surat ketiga..

Friday, February 25, 2011

movie review: khurafat






Malam tadi selepas sesi tutorial gitar bersama En Jay, Em En O dan taiko Izhar, dalam jam 2 pagi aku gerak balik bilik. Sampai bilik je, roomate aku masing-masing dah nyenyak berdengkur. Mata tak ngantuk lagi, so, aku layan la movie khurafat ni..

Aku tertarik pada satu scene yang pada aku paling catchy dalam movie ni: time Anna tengah mabuk bejoget, dan pak imam tengah bagi ceramah, sound effect time ni memang masyuk dan buat aku kagum. Overall comment, movie ni up sket dari level 'movie tangkap muat'.

Bagi scene seram, bukan aku nak sembang beso, tapi gagal meremangkan bulu roma aku. Scene seram yang terlalu obvious bagi filem seram melayu. Hantu yang terlalu kerap keluar, sampai naik meluat tengok. Bagi storyline pulak, nice. Cume rase scene paling last tu yang paling mangkak sekali: mimpi mati, pastu terbangun, pastu mati balik. Adohoi...

Dari segi lakonan, shamsul dah tak sepoyo seperti dalam lakonan beliau dalam Evolusi KL Drift dan filem-filem sebelum ni yang pada aku agak best utk ditengok.

Nak summarize movie ni pon maybe ramai yang dah tengok. So, tak payah la aku taip banyak-banyak. Just enjoy this movie...




Rating: 6.7/10

Monday, February 21, 2011

movie review: gran torino + million dollar baby



Kali ni aku review dua movie sekali gus sebab director die same yakni Clint Eastwood, antara director favorite aku disamping Christopher Nolan, James Cameron, Danny Boyle dan Hayao Miyazaki.


Gran Torino mengisahkan seorang bapa (Walt) yang berfikiran skeptikal terhadap perubahan zaman yang berlaku disekelilingnya. Walt seorang yang memegang prinsip "kau hidup kau, aku hidup aku","aku tak kacau kau, ko jangan sibuk kacau aku". Beliau hidup berseorangan dan selalu saja tidak sebulu dengan dua orang anak lelakinya yang sering menganggapnya berfikiran kolot. 

Walt mempunyai sebijik kereta klasik 1972 Gran Torino yang menjadi kesayangannya. Penghuni di kawasan perumahan sekitar beliau dipenuhi oleh orang berbangsa Cina (Hmong) yang pada mulanya, Walt memang bengkek dengan geng-geng Hmong ni. Ade je yang tak kena.

Namun, selepas mengenali Sue, anak jiran sebelah rumah, beliau menemui keserasian dengan dirinya dengan geng-geng Hmong ni...


Rating: 8.0/10






Movie yang aku rasa terbaik dari Clint Eastwood, tambahan lakonan yang syiok banget dari Hillary Swank disamping Clint Eastwood sendiri dan Morgan Freeman yang stylo dalam lakonan mereka.

Anyway, movie ni mengisahkan seorang perempuan (Hillary Swank) yang lanjut usia (31 tahun) memasang impian untuk menjadi meninju disebabkan kesusahan hidup. Pada mulanya, jurulatih tinju (Clint Eastwood) tak mahu menerima beliau disebabkan usianya yang dah lanjut.

Namun, atas dasar terpaksa, jurulatih tersebut mengajar perempuan tersebut cara bertinju dengan betul dan akhirnya membawa perempuan tersebut ke perlawanan perebutan title. Menemukan beliau dengan The Blue Bear, awek peninju berbadan ketak muke macam jantan.

Nak tahu ending movie ni, tengoklah sendiri.


Rating: 8.6/10

Saturday, February 12, 2011

aku pencinta alam: hutan lipur sedim lagi..



Berdasarkan perancangan awal, geng pencinta alam sepatutnya ber'bbq' di Bukit Hijau, Kulim. Namun disebabkan keadaan port Bukit Hijau yang da tak semenggah dulu, air jadi surut sangat dan berbuih-buih, maka, kem bbq bertukar tempat ke Hutan Lipur Sedim...lagi.

Dengan rekod seramai 26 orang peserta, geng2 pencinta alam yang terdiri daripada geng mekanik, manufact, awam dan juga kimia, menuju Hutan Lipur Sedim seawal 9.00 pagi. Altis, Waja, Satria, Savvy, dan Kancil berkembar menjadi pengangkutan rasmi geng pencinta alam kali ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah permainan kad terup, gusti air, hentam mmber dalam air, menara air,  sesi pembelajaran berenang, sesi menyelamat mangsa kedaan, sesi buat-buat berenang dan yang paling penting, terjun gaya bebas.


Main terup pengisi masa lapang


 Gusti air

Wednesday, February 9, 2011

aku pencinta alam: hutan lipur sedim



Geng pencinta alam sekali lagi menunjukkan rasa kecintaan pada alam semulajadi dengan kembara siri pencinta alam selepas siri 1, siri 2, dan siri 3. Dengan persiapan yang ala kadar, Waja bersama 2 kembar Kancil menuju Hutan Lipur Sedim, salah satu taman rekreasi popular di Kedah.

Nak sembang banyak pon tak gune.Muke da panas-panas pedih-pedih akibat mandi sambil berjemur bawah matahari dari jam 11:00 pagi sampai 3:00++ petang.. Walaupon berenang ala-ala memerang dan hampir lemas, tapi best..aww~

Kancil berkembar


Lompat2 wink~~

Saturday, February 5, 2011

karya jiwa kartunis..



Disebabkan rumah aku sedang di'major renovate'kan, maka segala kerahan tenage tulang empat kerat ni diperlukan dalam mengangkat, mengalih, menyusun, dan segala macam kerja lagi bagi mempastikan rumah kelihatan nice dan teratur.

Dalam kesibukan aku mengemas, ini yang jumpa, karya jiwa kartunis time zaman ana-anta, pakai baju kemeja sekolah seluar putih dengan neck tie hijau serta bersongkok..hehh~

Hajat dihati nak hanta masuk majalah sekolah dengan harapan nanti majalah-majalah macam Ujang, Gempak, Utopia, ataupun mastika amek aku bekerja ngn majalah depa..haha.. Childish sungguh!



ape punye soalan da



Time cuti mid sem yang seminggu yang lalu, aku berkesempatan tengok rancangan MELODI. Agaknye kire dah lame jugak la tak tengok citer ni. Nak dipendekkan cerite, ade la sorang mamat reporter nih wat laporan pasal cinta tige segi si Fasha-Jejai-Nora. Ntah ape cite die aku pon tak tau. Macam ni la lebih kurang laporan die...

"Suatu ketika dulu si Fasha ni pegi ngurat Jejai, lakinye Nora. Akibatnye, Jejai dan Nora pon bercerai.Sedih si Nora tengah-tengah mengandung kene pulak laki jatuh talak sebab gelabah nak geli-geli dengan si Fasha"

Takde hati perut punye suami.

"si Fasha pon bercintan cintun la dengan si Jejai"
"Tup-tup, keluar pulak cerite Jejai dengan Fasha clash disebabkan orang ketige"
"Dengar-dengar kabar, orang ketige tu adalah si Nora"
"Jom kite tanye Nora.."

Maka, tergedik-gediklah si reporter ni carik si Nora. Jumpe aje si Nora, si reporter ni pon terus tembak soalan yang dah lame die simpan..

"Betul ke Nora penyebab hubungan Jejai dengan Fasha clash??"

Ape punye soalan da.. Kalau aku jadi si Nora tu,  takde banyak cakap aku genggam tangan padu-padu kasi tuju anak mate belah kanan biar kasi lebam. Bute pon takpe...

Ntah ape-ape.. 



Tengok berite lagi bagos dari tengok citer takde paedah ni..