Saturday, February 12, 2011

aku pencinta alam: hutan lipur sedim lagi..



Berdasarkan perancangan awal, geng pencinta alam sepatutnya ber'bbq' di Bukit Hijau, Kulim. Namun disebabkan keadaan port Bukit Hijau yang da tak semenggah dulu, air jadi surut sangat dan berbuih-buih, maka, kem bbq bertukar tempat ke Hutan Lipur Sedim...lagi.

Dengan rekod seramai 26 orang peserta, geng2 pencinta alam yang terdiri daripada geng mekanik, manufact, awam dan juga kimia, menuju Hutan Lipur Sedim seawal 9.00 pagi. Altis, Waja, Satria, Savvy, dan Kancil berkembar menjadi pengangkutan rasmi geng pencinta alam kali ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah permainan kad terup, gusti air, hentam mmber dalam air, menara air,  sesi pembelajaran berenang, sesi menyelamat mangsa kedaan, sesi buat-buat berenang dan yang paling penting, terjun gaya bebas.


Main terup pengisi masa lapang


 Gusti air

Wednesday, February 9, 2011

aku pencinta alam: hutan lipur sedim



Geng pencinta alam sekali lagi menunjukkan rasa kecintaan pada alam semulajadi dengan kembara siri pencinta alam selepas siri 1, siri 2, dan siri 3. Dengan persiapan yang ala kadar, Waja bersama 2 kembar Kancil menuju Hutan Lipur Sedim, salah satu taman rekreasi popular di Kedah.

Nak sembang banyak pon tak gune.Muke da panas-panas pedih-pedih akibat mandi sambil berjemur bawah matahari dari jam 11:00 pagi sampai 3:00++ petang.. Walaupon berenang ala-ala memerang dan hampir lemas, tapi best..aww~

Kancil berkembar


Lompat2 wink~~

Saturday, February 5, 2011

karya jiwa kartunis..



Disebabkan rumah aku sedang di'major renovate'kan, maka segala kerahan tenage tulang empat kerat ni diperlukan dalam mengangkat, mengalih, menyusun, dan segala macam kerja lagi bagi mempastikan rumah kelihatan nice dan teratur.

Dalam kesibukan aku mengemas, ini yang jumpa, karya jiwa kartunis time zaman ana-anta, pakai baju kemeja sekolah seluar putih dengan neck tie hijau serta bersongkok..hehh~

Hajat dihati nak hanta masuk majalah sekolah dengan harapan nanti majalah-majalah macam Ujang, Gempak, Utopia, ataupun mastika amek aku bekerja ngn majalah depa..haha.. Childish sungguh!



ape punye soalan da



Time cuti mid sem yang seminggu yang lalu, aku berkesempatan tengok rancangan MELODI. Agaknye kire dah lame jugak la tak tengok citer ni. Nak dipendekkan cerite, ade la sorang mamat reporter nih wat laporan pasal cinta tige segi si Fasha-Jejai-Nora. Ntah ape cite die aku pon tak tau. Macam ni la lebih kurang laporan die...

"Suatu ketika dulu si Fasha ni pegi ngurat Jejai, lakinye Nora. Akibatnye, Jejai dan Nora pon bercerai.Sedih si Nora tengah-tengah mengandung kene pulak laki jatuh talak sebab gelabah nak geli-geli dengan si Fasha"

Takde hati perut punye suami.

"si Fasha pon bercintan cintun la dengan si Jejai"
"Tup-tup, keluar pulak cerite Jejai dengan Fasha clash disebabkan orang ketige"
"Dengar-dengar kabar, orang ketige tu adalah si Nora"
"Jom kite tanye Nora.."

Maka, tergedik-gediklah si reporter ni carik si Nora. Jumpe aje si Nora, si reporter ni pon terus tembak soalan yang dah lame die simpan..

"Betul ke Nora penyebab hubungan Jejai dengan Fasha clash??"

Ape punye soalan da.. Kalau aku jadi si Nora tu,  takde banyak cakap aku genggam tangan padu-padu kasi tuju anak mate belah kanan biar kasi lebam. Bute pon takpe...

Ntah ape-ape.. 



Tengok berite lagi bagos dari tengok citer takde paedah ni..


Saturday, January 22, 2011

setinggi mana nilai integriti kita?






Ngkau seorang jurutera pembinaan yang bertanggungjawab mengenal pasti keadaan sesuatu binaan sama ada ia berada dalam kedaan baik atau buruk. Andai kata ngkau mendapati terdapat satu kecacatan pada bangunan tersebut yang pada masa terdekatnya tidak kelihatan namun pada jangkamasa panjang (long-term effect), ia memudaratkan dan boleh mengancam nyawa. 

Kemudian, datang la mamat kemeja tight-in dengan tali leher, berkaca mata hitam, berkot, berkasut kilat, bertopi putih, dan berkereta saiz bagak memberi sejumlah wang yang didakwa sebagai "hadiah" dengan balasan agar ngkau membutakan mata memekakkan telinga terhadap masalah tersebut. Kembali kepada prinsip "You see nothing!", ngkau bute-bute dapat duit dan mamat tadi tak payah susah-susah kuar duit nak repair. Everybody live happily ever after. End of story. Full-stop.

"RM5 juta ni ngkau punya, tapi kalau ngkau tutup mulut"

"Boxster spyder belakang ni ngkau yang punye kalau ngkau diam"

"Ngkau boeh amek awek aku ni kalau deal kite on"

If this happen to you, what would you do? Setinggi mana nilai integriti ngkau? Terima atau tolak? Mungkin ngkau akan kata dalam hati;

"ish, takdenye aku nak terjebak dalam bende-bende macam ni", 

"taubat aku taknak amek rasuah", 

"aku belia benci rasuah"

Dan macam-macam lagi. Tapi beb,tu mase sekarang. Boleh ke kite predict orang yang macam mane kite akan jadi 10 20 tahun akan datang? Jadi mat alim ke, jadi pemutar belit ke, jadi mat jenin ke, jadi mat karung guni ke, jadi artis muke jambu sore aram tak sedap pon. Kite tak tau semua tu. Misal kata bos ngkau kaki rasuah. Memang peel die suke merasuah; kat ofis rasuah, kat bank rasuah, kat kedai makan rasuah, kat tapak projek rasuah, kat tandas rasuah, kat rumah rasuah. Pendek kate semua orang la die rasuah, termasuklah ngkau. Apa yang ngkau akan buat? Tunduk, patuh, terima atau bangun membangkang?

Aku bukan nak kate diri aku ni berani membangkang, berani menegakkan kebenaran. No. Aku cume nak kite renung balik diri kite. Setinggi mana nilai integriti dan keimanan kite. Sanggup tak kite menggadaikan nilai diri demi mengaut keuntungan atau berpegang pada prinsip "kau hidup kau, aku hidup aku" atau hanya membenci dalam hati. Apa tindakan kite kalau berhadapan dengan situasi ni. Alam kerjaya jauh berbeza dengan alam sekolah, ada cikgu untuk bagi guidance. Dalam situasi ni, we are on our own. 

Setinggi mana nilai integriti kita?





Renung-renungkan dan selamat beramal....


Wednesday, January 19, 2011

aku pencinta alam: parit buntar - kelantan - cameron



Aku baru perasan yang punch card aku da cecah 10000 org.. haha..

Kembara siri pencinta alam aku kali ini selepas siri 1 dan siri 2 membawa aku ke negeri cik siti wan kembang a.k.a kelate.. Siri jelajah kali ni di'support' oleh Mr Kimi bersama keluarga.. Memang satu pengalaman yang syiok banget walaupon penat. 

Satu benda yang aku perasan di Kelate terutamanya di Kota Bharu (KB) ialah penggunaan ejaan jawi yang meluas sampaikan McDonald pon dieja dalam bahasa jawi.. Kalau kat Sungkai, haram nak jumpe tulisan jawi, tambah-tambah lagi Ipoh.. Tulisan Taufu Fa, tulisan Long Taufu je yang banyak.

Walaupon pada asal perancangan Mr Kimi hanya jalan-jalan di Kelate, namun, disebabkan rembesan adrenalin yang tak terkawal tambahan duit gaji jpa yang baru masuk, kembara pencinta alam diteruskan dengan penginapan satu malam di hotel Jasmine, tanah tinggi Cameron..

 Hentian pertama: Residensi Sapuan, Grik..

Tuesday, January 11, 2011

my blood type is O +ve



Selama lebih 22 tahun aku hidup kat muka bumi ni, baru la aku tau jenis darah aku  ialah  jenis O+ve. Terima kasih pada Hospital Pulau Pinang sebab datang USM ni menyedut darah student-student termasuklah aku yang 1st timer dalam dunia pendermaan darah.

Bak kate wikipedia, "Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif."

So, that's how it's works.. I am a universal donor..

So, pada warga USM Kejuruteraan yang masih belum mendermakan darah lagi, boleh la berbuat demikian di Foyer Lembaran, USM Kejuruteraan sementara masa masih ada. Bagi 1st timer, syabas! Bagi yang sembang lebat pom pom pom bagai nak jatuh langit tapi tak derma pon, lantak ngkau lah! Bagi yang banyak kali derma, keep it up! Bagi yang takot jarum, nurse tu tak pakai jarum besa peha la, nak takut ape..hehe