Monday, March 28, 2011

addiction





I am now officially addicted to this tv series; 24. Still not sleeping rite now watching it. Never felt this kind of obsession since Prison Break and One Piece.


Adios~

Saturday, March 26, 2011

laporan majlis makan malam mekanik+manufact



For the 1st time ever, Dean of School of Mechanical Engineering had approved the organization of 'Majlis Makan Malam Mekanik 2011'. It is quite an experience because non of us had ever attend this kind of dinner since the past 3  years due to our Deans strictness in organizing event which is claimed to be non-academical  and non-beneficial event. Adohoi. 

Anyway, last night was such a wonderful night. Everybody dressed-up based on the theme suggested: "Red". The girls look lovely and the boys look happening. It is so wonderful. Hope that this event will be organized in the upcoming years and will never be stopped. Arigato to the organizer and sayonara USM...Cait~

Boys in Red with Prof Horizon..


Girls in Red


Bo#1 and Bo#2

Friday, March 25, 2011

mak pak aku selalu pesan...




Mak Pak aku selalu pesan,
"Belajar rajin2 Lan",
"Jangan banyak main",
Tapi..
Aku still banyak main,
Nak kate kecik, dah bejanggut dah,
Orang study, dia pi mandi sungai,
Orang study, dia pi kembara 'pencinta alam',
FYP yang simulation ni pon tak siap lagi,
Pe nak jadi?

Mak Pak aku selalu pesan,
"Bawak kete slow-slow Lan",
"Nanti accident",
Yang ni aku ikut,
Bawak 50 kmph je,
Tapi..
Still accident,
Pe nak jadi?

Mak Pak aku selalu pesan,
"Selalu-selalu la call rumah Lan",
Hmm..
Rase-rasenye,
Dah lebih 2 minggu aku tak call rumah,
Ko nak jadi anak derhake ke Lan?
Pe nak jadi?

Mak Pak aku selalu pesan,
"Duit tengah ade tu",
"Beringat-ingat",
Tapi..
Orang makan cafe Jaya,
Die nak makan Old Town,
Orang makan cafe Lembaran,
Die nak makan Seoul Garden,
Orang makan cafe PUMA,
Die nak makan Nasik Kandaq Salleh..
Pe nak jadi?

Tapi..
Mak Pak aku selalu pesan,
"Bab-bab makan ni jangan berkire Lan",
Yang ni aku suke,
Yang ni aku setuju,
Yang ni aku teruja,
Tapi..
Malam-malam makan maggie,
Pe nak jadi?

:
:
:
:
:
:

Amende la yang aku merepek ni??

Mak Pak aku yang aku sayang~

Monday, March 21, 2011

aku bangkang ayam penyet!!




Klik gambar untuk imejan yang lebih besar

Dalam banyak2 kedai makan yang penah kitorang pegi dan makan menu die, kedai ni r yang paling kitorang hesitate dan rase paling tak berbaloi untuk spend duit untuk makan.... serius! Bukan kitorang je, brader sebelah meja pon komplen... Next time bile ade kutu ajak aku;

"woi, jom pekena ayam penyet. nenek aku kate sedap.."

aku akan reply;


"ahhhhhh, aku bangkang ayam penyet!!"


Monday, March 14, 2011

mana kewarasan bila bencana jadi bahan jenaka










Tengok gamba n judge sendiri ape yang korang fikir pasal kewarasan paper negara ni dan mentaliti sesetengah rakyat negara kita.

tips pinjam kete member




 gambar sekadar tempelan

Pernah tak bile ngkau nak borrow kete member ngkau, 1st time die bagi, 2nd time die bagi lagi, 3rd time die buat alasan nak pakai padahal mengular je kat bilik, kete tak pegi mane pon, tesadai je kat parking. Kecuali ngkau adalah makhluk yang paling si tuan kete benci yang amat, ngkau mungkin dah melanggari pantang larang dalam peminjaman kete.

Pantang-larang#1
Ni kire pantang larang paling feymes. Bagi pinjam kete, minyak separuh, pulang balik kete, minyak menyala. Mau baran si tuan kete. Ni berdasarkan pengalaman tuan kete bersama rakan-rakan tuan kete yang lain. Bile ngkau pinjam kete member ngkau, tup2 minyak separuh. Ko jangan suke hati sangat. Ngkau kene pulangkan pada level yang same. Kalau kurang tapi tak nyala tu kire halal r, aku pon x kisah. Tapi kalau menyala, mau menyalak si tuan kete. Nak2 pulak si tuan kete baru je topup minyak.

Pantang-larang#2
Bile ngkau tengah pakai kete member ngkau, tetibe meletup enjin. Bile check, tu memang salah tuan kete. Ngkau jangan la lepas tangan je. Memang r dari segi teknikal serta mekanikalnya tu bukan salah ngkau, TAPI, kete tu rosak time ngkau pakai, show some responsibility r. Paling koman pon, teman tuan kete gi repair kete. Tu pon kalau ngkau da sengkek sangat r.

Pantang-larang#3
Bile pinjam kete member tu, jangan la bawak macam nak racing. Ni, kat jalan tanah merah pon nak tibai 120kmph. Siap men handbrake lagi buat drift. Ko gile ke ape? 

Pantang-larang#4
Ni pada aku kurang pantang siket, tapi mulut jalan jugak maki hamun. Bagi kete, bersih, pulang kete, tu diaa..plastik super Ring selit sane sini, tin air kat bawah seat, kertas tisu merata rata. Kamon r, buang la kat luar. Tong sampah punye la banyak.

Pantang-larang#5
With all due respect, kalau nak dating tu, jangan la ber'entot' dalam kete member ngkau. Pegi la buat kat semak samun luar sane. Banyak lagi semak samun yang belum kene tebas kat luar sane.

Fuhh.. penat menaip. Setakat ni, tu je pantang-larang yang aku leh fikir. Pada aku, xkesah pon kalau nak pakai, tapi jege skit r.. Renung renungkan dan selamat beramal~


Saturday, March 12, 2011

movie review: the king's speech (2010)





Sebuah movie ber'genre' drama yang bagi aku best banget utk ditonton. Berasaskan sebuah kisah benar yang mana menceritakan mengenai ayah kepada Queen Elizabeth, Bertie yang gagap lakonan Colin Firth. Bile die nervous, die akan gagap. So, ia satu disadvantage bagi seorang yang bakal ditabalkan sebagai King of England.

Movie ini membuka tirai dengan penyampaian ucapan oleh Bertie dimana ucapan tersebut dari Ayahandanya yang merupakan raja England pada masa itu. Dalam ketika seluruh Stadium Wembley senyap menantikan beliau berucap, penyakit gagap Bartie bermula. Sepatah dua ayat je yang keluar sampaikan isterinya menitiskan airmata. Satu scene yang amat touching bagi aku dalam movie ni.

Selepas insiden tu, si isteri berikhtiar mencari doktor bagi merawat suaminya yang gagap lalu menjumpai Lionel, seorang doktor yang well established lakonan Geoffery Rush.

Nak dipendekkan cerite, si raja yakni ayahanda kepada Bertie pulak mangkat. Takhta diserahkan kepada adik kepada Bertie yang suka buat hal. Adik si Bertie ni pulak lepas takhta sebagai raja England sebab nak kahwen dengan seorang janda yang mana perlakuan beliau adalah dilarang dalam intitusi keluarga diraja England. Nak tak nak, takhta raja England terpaksa disandang oleh Bertie dalam keadaan gagapnya masih belum pulih.

Sebuah movie yang best walaupon takde gaduh-gaduh tembak-tembak pecah kepala. Ditambah lakonan Colin Firth sebagai seorang gagap yang sangat menjadi dan tak dibuat-buat.




Rating: 8.0/10


Thursday, March 10, 2011

the price of trust



Cerita pendek: 
Ada seorang mamat ni nama die Sam. Die memang seorang yang suke melancong dan mengembara, dan gemar memakai topi. Pada suatu hari, Sam pergi melancong ke Hawaii bersama dua orang member die yakni Cass dan Dean. Setibanya di airport, maka berlumba-lumbalah para 'ulat' yang datang dari ejen kereta sewa, ejen helikopter sewa mahupon ejen rumah penginapan, berlumba-lumba memancing mereka bertige.

Sam dengan memegang kuase autoriti membuat keputusan untuk menyewa helikopter dari Mike, brader 'ulat' berjambang budget bagus perut terburai. Dengan percayanya, Sam menyerahkan wang sewa sebanyak 50 USD bersama cagaran 1000 USD kepada Mike.

Setelah 3 hari 2 malam puas meneroka seluruh pelusuk Hawaii, maka 3 sekawan itu pun berasa puas hati dan sudah mahu pulang. Tiba masa bagi Sam, Dean dan Cass memulangkan kunci helikopter pada Mike, dan Mike pula sepatutnya memulangkan wang cagaran pada Sam sebanyak 1000 USD. Tapi Mike claim die takde duit time tu. So, die berjanji akan bank-in cash 1000 USD dalam Sam punya akaun maybank. 

Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu serta bulan berganti bulan, Mike masih belum bank-in wang tersebut. Sam amat susah hati. Telefon tidak diangkat, inikan lagi sms mahupun mms, aram satu pun Mike tak reply. Sampai jatuh sakit Sam dibuatnya. Orang keliling tak henti-henti menyatakan bahawa Sam dah ditipu.  Namun Sam hanya pekakkan telinga je. Sedihnya Sam hanya Tuhan je yang tahu. Sam kini hanya meniti hari-hari dengan penuh kesedihan memikirkan perbuatan keji Mike. 

Meanwhile, Mike hanya tersenyum sinis mengenangkan wang haram yang diperolehinya dari Sam. Bertambah buncit la perut Mike lepas memakan wang haram tersebut. Ish3...


Moral:
1. Don't trust people easily
2. Think before take action
3. Always prepare urself with plan B
3. Untuk Sam; Chill mate! Ni sume pengalaman ngkau. Kalau dah kene sekali, u will be more aware and careful next time. Ko jangan nak buat muke serabut mikirkan pasal 1000 USD tu. Learn your lesson! That makes u stronger. This is the price of trust that u must bare. Aku support ngkau dari belakang..hehe



* Based on true story

Wednesday, March 9, 2011

movie review: the count of monte cristo (2002)






Ini merupakan salah satu dari my all time favorite movie. Mengisahkan dua orang kelasi kapal yang bersahabat baik, Edmond dan Fernand. Si Edmond ni selalu mendapat perhatian kapten kapal dan mempunyai seorang awek yang ngetop banget. Manakala si  Fernand pula merupakan anak orang kaye yang lame dan takde awek serta sering dibayangi oleh member die.

Disebabkan kejelesan itu, Fernand telah berpakat dengan seorang Count utk jatuhkan tuduhan pada Edmond yang menuduh beliau sebagai pembelot negara. Maka, tanpa sebarang bicara, Edmond disumbat masuk ke dalam penjara di sebuah pulau seumur hidupnya.

Selama beberapa tahun si Edmond merinngkuk dalam penjara dan disana beliau bertemu dengan seorang tua. Dari situlah Edmond belajar banyak perkara dari orang tua tersebut termasuklah seni permainan pedang.

Nak dipendekkan cerite, die terlepas dari penjara tersebut dan mencari harta peninggalan orang tua tersebut. Harta tu memang wujud dan beliau menemuinya. Beliau menukar penampilan dan namanya kepada Count of Monte Cristo untuk melunaskan balik dendam terhadap si mangkak yang telah buat dajal kat dia satu masa dulu....

Aku recommend korang untuk tengok movie sebab movie ni memang best banget..




Rating: 8.1/10

Monday, March 7, 2011

aku pencinta alam: langkawi permata kedah



Bile aku imbas balik aktiviti aku dalam final year ni, agak banyak aktiviti pencinta alam yang aku join. Iaitu, Kuantan, Kelantan-Cameron, Sedim 1 dan Sedim 2. Ini tak termasuk aktiviti cinta alam time 1st year, 2nd year dan 3rd year yang tak di update kat sini.

Kali ni, Langkawi, plan yang pada awalnye hangat-hangat taik ayam, last-last jadi jugak dengan takde plan dan perancangan rapi. Anyway, experience yang jarang-jarang aku dapat: serbu tempat orang tanpa plan, tapi best~


Nek bas je. Kate destinasi budget..

Langkawi here we come!!

Jeti Kuala Kedah

Wednesday, March 2, 2011

apendiks: antara mitos dan fakta




 

Aku merupakan pencinta makanan pedas. Tak tau la kalau disebabkan gene atau disebabkan environmental effect kat aku.  So, bile aku kuar makan ngan kawan-kawan, aku akan order add-on sambal belacan atau cili potong. Walaupon telinge berasap, tapi best. Akan ade suare-suare yang berbunyi;

"ko kene apendiks kang baru tau. makan cabai kuat sangat"

Betul ke cara pemakanan yang macam ni yang menyebabkan apendiks? Ha, menurut ruangan kesihatan Migguan Malaysia, Ahad 27 Februari 2011;



Mitos: Apendiks disebabkan makanan pedas, masam dan berbiji keras (jambu).
Jawapan Dr Nazri: Tak, cara makan macam ni takde kaitan pon dengan radang apendiks. Apendiks (vermiform appendix) merupakan satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada permulaan usus besar. Sehingga kini takde sape tahu function sebenar apendiks, dan kite boleh hidup tanpanya.

Radang apendiks dikenali sebagai apendisitis (orang-orang selalu panggil apendiks) dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada apendiks. Radang ni menyebabkan apendiks bernanah dan membengkak dimana pesakit akan mendapat demam serta sakit perut. Worse case scenario, bahagian usus yang terlibat boleh pecah dan melimpahkan najis ke sekelilingnya. Yucks~


Mitos:  Lelaki lebih mudah mendapat apendiks
Jawapan Dr Nazri: Pandai-pandai je korang buat kepale. Sampai sekarang takde sape tau bende tu betul ataupun tak. Memang berdasarkan kajian, lelaki lebih ramai mengidap penyakit ni


Apendiks adalah sakit biasa yang tak ancam nyawa
Jawapan Dr Nazri: Pale otak ngkau. Apendiks yang pecah dan tak dirawat dengan sewajarnya akan mengancam nyawa.


Corak pemakanan yang baik boleh mengelak apendiks
Jawapan Dr Nazri: Setakat ni takde cara mengelak penyakit ni dari berlaku.  Aku pon tak tau macam mane nak avoid bende ni. Cume, kita kene alert bila ade symptom macam demam dan sakit perut, cepat-cepat la check dengan doktor.



Jadi, kesimpulannya makan sambal atau pedas takde kene-mengene dengan penyakit ni. Yatta! Untuk maklumat lanjut,bacalah ruangan kesihatan Migguan Malaysia, 27 Feb 2011, muka surat ketiga..