Rasuah dalam bahasa mudah merupakan sesuatu (duit/barang berharga) yang diberi dari seseorang kepada seseorang untuk tujuan tertentu (personal gain).
Jadi persoalan #1: contractor belanja makan - salah satu dari pemberian rasuah atau tidak?
Tuesday, December 11, 2018
Friday, December 7, 2018
Raikan Filem Cinta Tempatan
Baru-baru ni aku berkesempatan menonton Busker dan Pulang. Maaflah, aku bukannya xnak support filem Malaysia, tapi xberkesempatan nak tonton je.
: : Busker : :
Walaupun plot twistnya kurang masuk akal - Adil (Hafeez Mikael) melenting pada Vera (Dayyan Trisha) bila dapat tahu ayah Vera yang jadi ketua hakim competition busking - aku masih lagi menyukai Busker kerana filem ini segar (wajah baru, lagu yang sesuai), chemistry antara Adil dan Vera yang begitu bersahaja, begitu juga pelakon yang lain (Manbai pandai berlakon!), soundtrack yang tak merimaskan, dan the aftertaste yang aku rasa selepas selesai tontonan. The feeling cinta yang nak diluah tak terluah, nak pendam terasa pedih. The same feeling dari Love, Supermoon.
Aku baru terbaca yang kutipan Busker amatlah teruk (tak sampai 1juta) - mungkin disebabkan barisan pelakon yang menampilkan muka2 baru. Ahh, aku patut tonton Busker dipawagam dulu.. Maafin gue
Rating: 7/10
labels:
movie review
Thursday, March 1, 2018
2015 - 2018: Soal Pekerjaan Sampingan - Forever Living
Assalamualaikum
Aku rindukan zaman-zaman bujang aku dimana komitmen aku hanyalah utk kelangsungan hidup aku sahaja. Walaupun begitu, seingat aku, sampai hujung bulan je sama je dengan orang yang dah kawen, semua 'paras-paras hidung'. Kehkeh
Itu kalau citer masa aku bujang. Sekarang dah kawen, komitmen memang atas bawah depan belakang la. Anak pon dah nak masuk 2 tahun. Ditambah pulak dengan kos sara hidup yang makin meningkat. Dulu karipap sebijik 20sen, sekarang sebijik 50sen. Tapi saiz macam ikan masin.
Benda yang aku nak cerita ni bukan pasal nak komplen hal karipap yang mahal. Tapi nak perkenalkan bisnes yang tengah dijalankan oleh wifey, yakni bisnes Forever Living.
2015 - 2018: Soal Kerjaya
Assalammualaikum readers.
Saat aku taip title entry ni, otak xde fikir ape-ape pon pasal ape yang nak diceritekan. Sama je keje. Bak kate member, "Ape nak pulun, keje tak habis punye". Ahaa..
Keja company baru dah masuk setahun. Company construction. Previous company aku kerja sampai 5 tahun jugak. Ni baru setahun, tapi aku dah rase tak boleh blah dengan permasalahan yang aku hadapi. Ini lebih pada internal problems. Nampak 's' tu kan. Banyak la masaelahnye kalau nak diceritekan.
Contract & Commercial
Ini bukan bidang aku, tapi aku kena tahu serba sedikit untuk memudahkan kerja aku. So, masaelah dengan C&C company aku. Proses yang melibatkan claim, tender award, contract.. sangat-sangat slow. Tolong bagitau aku macam mana aku nak hadap kalau contractor punya claim xbebayar for months. Tapi keja nak jalan. "Nak kuda lari, tapi xmau bagi makan, lagi mau pijak sampai mati!". Kite bukan ade share pon dengan company contractor, cuma just be fair la. Keje dah buat, yang liat sangat nak bayar tu kenape. Kan aku jugak yang pening nak menjawab kalau contractor mengadu dekat aku yang claim die dah lame belum dapat. Apo den nak monjawab ha. Haihh.. Itu baru cerita pasal claim. Hal-hal commercial yang lain pon 2 x 5 je die punye speed.

Saturday, February 24, 2018
2015 - 2018
Assalamualaikum readers. Itupun kalau ade reader lagi la.. Aha
Ya aku tau dah 3 taun aku tinggalkan blog tanpa update ape2.
Aku baru-baru ni terpanggil utk create satu 'distraction' so that daily routine aku tak terasa sangat bosan dan terasa berulang-ulang. Ya, aku perlukan distraction ini. Hari-hari aku lalu Mex berulang dari cheras ke cyberjaya yang aku kira dah sampai 1 tahun. Balik kerja kadang-kala lewat. Sampai satu tahap, terasa bebal. Mujur aku dalam bidang 'construction', takde la aku terkongkong sangat rasa.
Banyak yang aku nak ceritakan hal-hal hidup aku, hal kerja aku, hal ape yang dah jadi, hal yang aku nak buat, selama 3 tahun 'void-entry' ni. Aha
Until next time. Assalam

Saturday, September 26, 2015
Budaya didikan anak
Baru baru ni aku balik kampung sebab ade kenduri tunang kakak aku. And of course la adik beradik aku balik bersama sama anak anak mereka. Seronok la sebab ramai yang ade dekat rumah. My mak hepi, my apak hepi, semua hepi la senang citer.
So, anak sedare aku yang sorang ni dah setaun lebih dan boleh bejalan belari bagai la. Dok seronok tengok die bejalan, tibe tibe jatuh tersembam. Aku tengok budak jatuh, aku nak angkat la. Kesian kan. And kakak ipar aku and abang aku relek je. Kakak ipar aku cakap kat anak die..
Ala sikit je tu, Sofiah kan kuat.. Bangun ye Sofiah
Budak tu nangis sekejap, then dia bangun sendiri dan berlari balik. Sendiri. Yes, sendiri.
labels:
didikan anak,
Keluarga,
smart phone
Tuesday, September 8, 2015
Wow. Malaysia masa kini
Aku masih lagi ingat zaman aku still dalam sekolah rendah. Duit belanja aku 70 sen je. 70 sen tu!! Tak tipu punye. 50 sen beli nasik lemak dan 20 sen beli air untuk masa rehat. Cukup ngam-ngam. Kalau yang dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan), memang boleh simpan duit belanja tu.
Kenape aku sembang pasal duit belanja aku zaman nasi lemak harge 70 sen? Walhal, zaman tu memang la murah. So, kisahnya..
Lunch tadi aku sembang-sembang dengan colleague dan bos aku pasal living cost masa sekarang yang tak masuk akal. Mana taknya. Kalau setakat RM100 tu, beli ikan, sayur, ikan bilis, bawang dekat pasar pon boleh habis. Belum masuk lagi minyak kereta, tol, parking fee, makan-makan dekat kedai, sewa rumah, hutang kereta, personal loan, dsb. Ya. Ini tak kelakar lagi jika income RM4k pon masih struggle untuk survive hidup.

Subscribe to:
Comments (Atom)