Tuesday, September 8, 2015

Wow. Malaysia masa kini



Aku masih lagi ingat zaman aku still dalam sekolah rendah. Duit belanja aku 70 sen je. 70 sen tu!! Tak tipu punye. 50 sen beli nasik lemak dan 20 sen beli air untuk masa rehat. Cukup ngam-ngam. Kalau yang dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan), memang boleh simpan duit belanja tu.

Kenape aku sembang pasal duit belanja aku zaman nasi lemak harge 70 sen? Walhal, zaman tu memang la murah. So, kisahnya..

Lunch tadi aku sembang-sembang dengan colleague dan bos aku pasal living cost masa sekarang yang tak masuk akal. Mana taknya. Kalau setakat RM100 tu, beli ikan, sayur, ikan bilis, bawang dekat pasar pon boleh habis. Belum masuk lagi minyak kereta, tol, parking fee, makan-makan dekat kedai, sewa rumah, hutang kereta, personal loan, dsb. Ya. Ini tak kelakar lagi jika income RM4k pon masih struggle untuk survive hidup.

Sekurang-kurangnya keadaan yang aku katakan ini berlaku di Kuala Lumpur secara dasarnya. Kalau silap langkah dalam menguruskan kewangan, 'masak' laa.. Benar kata bos aku, generasi aku secara khususnya.. gemar berbelanja. Tak kira la pada gadget ke, pakaian ke, makanan ke, jalan jalan ke. Ya, aku mengaku itu.

Kita tak boleh ubah apa yang berlaku pada masa kini. Living cost memang akan meningkat tak kira macam mane kite go against it. Zaman berubah sangat pantas sampai kita sendiri pon tak sedar. Apa yang kita boleh buat ialah adjust cara hidup kita untuk menyesuaikan diri dalam zaman yang penuh mencabar ini.

p/s: Bila aku sedar yang aku selalu sesak hujung-hujug bulan, that's it. It's my wake up call...

3 comments:

Nick Nashram said...

gaji aku kalau hari ni masuk, esok lusa dah boleh kira dengan jari.habis untuk bayar hutang je..huhu

me suya said...

aku pun dpt wake up call ni..tp awal sikit dr ang lan.. hahahaha terus cut off budget, hidup jadi commoner je la bak kata laki aku.. Simpan setakat mana boleh, cuba hidup dengan satu gaji.. almaklumlah, dua-dua swasta dan tatau sampai bila dua-dua akan kerja.. Alhamdulillah, dah almost 1.5tahun terima wake up call ni. boleh je teruskan hidup dengan aman damai.. biasa-biasakan diri bersesak napas tahan nafsu membeli :)

-apis- said...

true story