Aku masih lagi ingat zaman aku still dalam sekolah rendah. Duit belanja aku 70 sen je. 70 sen tu!! Tak tipu punye. 50 sen beli nasik lemak dan 20 sen beli air untuk masa rehat. Cukup ngam-ngam. Kalau yang dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan), memang boleh simpan duit belanja tu.
Kenape aku sembang pasal duit belanja aku zaman nasi lemak harge 70 sen? Walhal, zaman tu memang la murah. So, kisahnya..
Lunch tadi aku sembang-sembang dengan colleague dan bos aku pasal living cost masa sekarang yang tak masuk akal. Mana taknya. Kalau setakat RM100 tu, beli ikan, sayur, ikan bilis, bawang dekat pasar pon boleh habis. Belum masuk lagi minyak kereta, tol, parking fee, makan-makan dekat kedai, sewa rumah, hutang kereta, personal loan, dsb. Ya. Ini tak kelakar lagi jika income RM4k pon masih struggle untuk survive hidup.
Tuesday, September 8, 2015
Sunday, September 6, 2015
Hashtag ShortTrip : Melaka
Last week, aku dan isteri ke Melaka. Have a great time semasa di Melaka. Ini kira kali ke-4 trip holiday kami. Yang lain-lain punya trip aku akan share kemudian hihu ;) So, nah aku belanja gamba trip ni.
Pantai Klebang
labels:
holiday,
melaka,
short trip,
trip
Friday, September 4, 2015
Hashtag Throwback : Kinabalu
Ow I missed this so much. Wishes to repeat this experience, and, Rinjani Mt. too.
Mt Kinabalu, April 2014
Wednesday, September 2, 2015
Tipical Malaysian
Aku jarang sekali membuka facebook, tapi bila bukak, benda yang mesti buat ialah tengok wall, tengok update status orang lain, tengok gamba orang baru kawen, tengok orang baru honeymoon, tengok anak orang, baca gosip, baca kisah politik yang tak habis-habis dan memualkan, dan macam-macam lagi. Then, baru start keje. Aku konfiden orang lain jugak macam tu. Sengih-sengih pa?! Korang pon same kan. Kehkeh.
Rutin ni tak salah pon. Selagi tak menjejaskan kerja harian dan tak menggugat hubungan sosial kita. Cuma, aku dapati sesetengah orang suka sebarkan cerita yang die sendiri tak konfiden betul atau salah.
Kadang-kadang berita atau gambar yang tersebar cuma sebahagian dari keseluruhan cerita, tapi komen sumpah seranah yang dibuat macam merekalah hakim yang menjatuhkan hukuman, merekalah yang betul, dan cerita yang mereka tengok dan sebarkan tu memang dah benar-benar sahih.
labels:
bosan,
fb,
typical malaysian
Tuesday, September 1, 2015
Hai..
Wow.. Dah Bersawang blog ni. Last update aku rasenye 2013 yang lepas. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh ni. Nak cerita dalam entry ni sepanjang setahun lebih ni, memang tak dapek la. Ni pon dah cramp kepale otak nak rangka ayat.
Disebabkan masalah teknikal, semua gambar yang berada dalam entry post aku sejak awal, dah hilang. Yes, all of it.. Gone. Aku memang frustrated sebab benda tu jadi atas silap aku.
So, buat masa ni, hanya ni je yang aku nak katakan. Cerita pasal yang terjadi pada aku sepanjang tahun lepas mungkin aku akan ceritakan di kemudian hari, hashtag throwback. Hihu
Disebabkan masalah teknikal, semua gambar yang berada dalam entry post aku sejak awal, dah hilang. Yes, all of it.. Gone. Aku memang frustrated sebab benda tu jadi atas silap aku.
So, buat masa ni, hanya ni je yang aku nak katakan. Cerita pasal yang terjadi pada aku sepanjang tahun lepas mungkin aku akan ceritakan di kemudian hari, hashtag throwback. Hihu
labels:
sedih,
suke-suke,
throwback,
zaman dulu
Monday, November 11, 2013
aku pencinta alam: bukit tabur
"ni kalau jatuh, memang beterabur la..." aku
Ok, kalau nak tau. Bukit Tabur ni terletak dekat Taman Melawati, KL. Dan, semalam aku dan officemate aku bersama kawan kepada kawan dia, telah dengan jayanya mendaki bukit tersebut. Bagus kan aktiviti ni, dapat mengeratkan yang dah kenal dan dapat kenal dengan kawan baru.
Review:
Ada beberapa puncak berketinggian lebih kurang sama yang perlu dilalui (sekiranya korang mahu melalui 'circle' ataupun sampai puncak dan patah balik) sebelum menempuh kebun untuk menuruni bukit tersebut. Kami mendaki lebih kurang 45 untuk ke puncak pertama. Overall masa yang diambil lebih kurang 3jam setengah (naik dan turun), dari 7am sehingga 1030am.
labels:
pencinta alam
Saturday, November 2, 2013
movie review: psiko pencuri hati & thor: the dark world
Filem: Psiko Pencuri Hati
Rating: 7/10
Review:
Mengisahkan tentang 3 watak utama: Osidi (Bront Palarae), penulis novel pembunuhan, Wani (Sharifah Amani) dan suaminya Dr Khai (Syed Hussein), yang punyai masalah dalam rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, berlaku pembunuhan bersiri yang mana kesemua mangsa adalah wanita, dan hati (liver) mereka dikeluarkan. So, siapa pemunuhnya? Filem ini berkenaan dengan obsessive dan kesempurnaan. How far you'll go to reach something. Nak hasilkan novel pembunuhan yang 'sold-out', adakah kamu harus menjadi pembunuh itu sendiri?
Pujian harus diberikan kepada Nam Ron kerana berjaya menghasilkan filem ini, sebuah filem psiko yang pada aku, lebih 'gelap' berbanding SAM arahan Syafiq Yusuf. Genre yang jarang jarang kita nampak dalam sinema Malaysia. Namun, terdapat beberapa kekurangan dari segi teknikal yang sangat obvious dalam tontonan aku.
labels:
movie review
Subscribe to:
Comments (Atom)
