Ah Seng dan Ah Chong memang dah lame tak sebulu. Ade je yang tak sependapat. Ah Seng suke hijau, Ah Chong suke biru. Ah Seng suke tembikai, Ah Chong suke nangke. Ah Seng sokong MCA, Ah Chong sokong DAP. Pendek kate, memang tersangatla kontra dua mamat nih.
Bile ade pertandingan, memancing contohnya, mereka berdua mesti berhabis habisan bersaing untuk menjadi juara. Bukan setakat pertandingan, malah aset mereka turut diragakan untuk bersaing. Kereta. Rumah. Motor. Bini. Anjing. Pokok bunge kertas. Semua disaingkan...
Satu satunya persamaan yang mereka ade adalah....mereka merupakan, jiran aku :(
*****************************************
Di satu malam yang hening, sedang aku berehat rehat sambil menjamah biskut Hup Seng bersama Nescafe 'O' panas, tiba tiba..
Aku dikejutkan dengan letupan yang teramatla kuat. Begitu hampir aku rasa. Sangat hampir. Bertalu talu bunyi letupan tersebut. Seperti bunyi tembakan.
"Rusuhannnnn!!"
