Sunday, November 20, 2011

tak keruan



Aku masih dalam pertimbanagan antara meneruskan kerjaya dalam food industry, Soon Soon, atau beralih kepada site job, UEM, yang pada pandangan aku: panas, adventure, kerja keras, muke hitam..

Prinsip aku senang: 

Sekiranya aku tolak UEM, makanya, aku nak stay dalam food industry sahaja. Dalam 2 3 tahun, aku dah expert dalam flour making, buat ape nak serabutkan kepala untuk tukar speciality.

In the other hand, kalau aku terima UEM, muke akan hitam kena panas terik, kena hujan. Tapi, it's weird that i prefer this kind of job more than other. Besides, peluang kerjaya selepas UEM adalah besar.

Bila aku tanya orang:

Ikut hang la nak keje mane mane..

Ikut la mane yang hang rase terbaek..

Mane mane la lan oi..

Ko keje pengalaman habuk pon takde..

Ko takyah keje r kalau pening sangat..




So, which one?


#Turn something random into something awesome~

Tuesday, November 15, 2011

mati kutu



Aku mati kutu..

Dari jam 1030 pm tadi aku dah ronda ronda blog orang lain konon nak carik ilham untuk buat entry. Haram, satu habok idea pon takde. 

Kepala kutu betol la...



Sekian, terima kasih..


Recently listening repeatedly to 'Emotions' by Aizat and 'Random Awesome'  by Yuna. Sedap jugak layan...

Sunday, November 13, 2011

movie review: the adventure of tintin



Housemate aku cakap 'tengok tajuk pon nak termuntah' bilamasa aku ajak beliau turutserta menonton The Adventure of Tintin ini. Ish ish ish..



Don't judge a book by it's cover, or, a book can't be judged by it's cover. Mane mane la. Ternyata movie ini memenuhi citarasa aku, at least terubat jugak la dek kerana movie Immortals yang aku tonton semalam yang partially disappointing. Dihasilkan berdasarkan komik popular Eropah yang telah dialih bahasa ke 80 jenis bahasa dan lebih 350 juta cetakan worlwide.

Alkisah the adventure of Tintin:

Tintin menemui replika kapal unicorn yang pada masa yang sama menyimpan rahsia berkenaan dengan kapal Unicorn yang sebenar yang telah karam puluhan atau ratusan tahun dahulu. Beliau menemui Kapten Haddock dalam pengembaraan beliau bersama Snowy (anjing). Tambah menarik lagi, moyang Haddock merupakan kapten kepada kapal tersebut. Sepertimana movie pancarian harta karun lain, akan ada pihak kedua atau villain yang turut mahukan harta ini. Maka, bermulalah perlumbaan pencarian harta karun ini.

Storyline yang simple dan mudah difahami. Penonton tak perlu tunggu lama mahupon memerah kepala untuk menyaksikan dan mengikuti jalan cerita movie ini. Resepinya cukup: aksi kejar mengejar, humour, misteri, dan janaan CGI yang marvellous. Pada sesetengah latar, aku merasakan seperti menyaksikan latar yang sebenar. Laut, bangunan, padang pasir. Seperti hampir flawless penyampaiannya.

Setiap watak dalam movie ini disampaikan peranannya semaksimum mungkin. Sebagai contoh, watak penyeluk saku yang hanya tampil dalam sebahagian kecil dari keseluruhan cerita. It's funny that i can still remember him until the end of the story. Lihat sahaja aksi lincah Snowy yang benar benar menarik perhatian.

Babak dimana Tintin, Snowy bersama Kapten Haddock menuju ke daratan menggunakan kapal terbang benar benar menarik dan membuat aku tak kelip mata. Aksi, cemas, humour. Semua dimuatkan sekaligus. Salute to the director..

Overall, it's a fun and entertaining movie. Definitely..


Rating: 7.8/10

Saturday, November 12, 2011

movie review: immortals





Aku telah menonton 300, Thor, Captain America, dan baru tadi, Immortals. Semuanya berkongsi satu impression yang sama, iaitu: mengarut tapi boleh la kalau nak layan. Kalau nak repeat tengok sekali lagi? Maybe not. Ia kalau nak mudah aku gambarkan macam makan Big Mac tapi takde sos, dan takde cheese. Rase best yang tak berapa nak best. Kemut kemut je rase best tu.

Alkisah Immortals: 

Masa dulu dulu, geng dewa dewi ni berperang dengan geng Titan. So, dalam klimaks peperangan tu, busur panah (Epirus Bow) yang teramatla power milik Zeus (kalau tak silap aku) jatuh ke bumi, dan geng geng Titan ni kalah dan dikurung dalam gunung.

Selepas berkurun masa berlalu, muncul pulak sorang raja yang bangang yang berniat untuk memiliki Epirus Bow dan membebaskan Titan yang terkurung. Matlamat beliau: destroying humanity. Aku masih tak dapat nak figure sebab ape la die ni beria sangat nak hapuskan humanity. Mengarut. Pfftt..

Nak dipendekkan cerita, ade la sorang mamat yang power dalam kalangan manusia ni. Zeus memang dah lame aim mamat ni. The choosen one la nak bagi senang cerita. Mamat ni name die Theseus. Die ni la yang ditakdirkan untuk menghentikan niat jahat si raja yang bangang tu.

Maka berlakulah pergelutan, peperangan, kematian dan bla bla bla, kemenangan. End of story.

Dari segi effect: latar tempat bagi Immortals adalah sangat obvious dijana menggunakan janaan CGI. Terlalu obvious. Dari segi pertarungan, tampak real (kalau nak compare dengan 300) dan tak over effect. Kecuali efek darah yang menyembur nyembur dan efek panah. 

Pada hemat aku, efek yang power tak menjamin sesebuah cerita itu untuk dikategorikan sebagai bagus. Pada awal cerita, surrounding effect yang suram dan gelap menyukarkan aku untuk mengenalpasti watak watak dalam cerita ni. Dari situ aku jadi sedikit 'lost' untuk follow flow cerita. 

Selain itu, aku dan penonton lain cuma didedahkan secara 'simple' watak hero dalam cerita ini. Seorang warga kelas bawahan yang punya ibu yang mempercayai tuhan. That's all. Maybe sebab itu la aku tak dapat nak ingat nama mamat hero ni sampai la ending cerita.

Overall: boleh la kalau nak layan. 



Rating: 6/10

Thursday, November 3, 2011

aku pencinta alam: bukit hijau



Sedang aku membelek2 gambar time di USM, aku terjumpe gambar aktiviti pencinta alam yang tidak dipost di blog. So, ini la die Bukit Hijau: perkelahan sempena minggu study week third year....




Dek kerana gambar2 lain adalah amat tidak proper untuk tontonan umum terutamanya anak anak kecil, makanya, nikmatilah pemandangan langit biru yang indah serta hijau alam flora fauna.

Tuesday, November 1, 2011

penangan cuti raye korban



Pagi ni, aku bangun dengan attitude yang teramatla malas untuk ke kerja. Terase berat satu badan nak bangun. Sungguh tak produktif aku pagi ni. Ape yang ade dalam otak aku hanyalah..

"ciss, hari ni rabu dah..lagi 2 hari nak balik kampung.."

Tapi aku kene fokus, so, aku kerahkan tulang empat kerat aku ni ke keje walau dengan semangat yang tak berape nak berkobar.

Drive ke tempat keje.

Scan jari.

Pakai safety helmet.

Tengok jam..


"baru 8.56 pg.."

"eh.."




"baru hari selase rupenye.."




"ciss..."




...................................................................................................


home sweet home. hari jumaat ni aku jumpe ngkau, wahai rumah..

mentaliti seorang pekerja



Sudah genap dua bulan aku bekerja dalam bidang food industry ni dan bermacam ragam lagak perangai yang aku lihat, perhati dan telan. Tugas sebagai jurutera bukan sekadar setelkan kerja yang dibagi bos dan pihak atasan, tapi turut bertanggungjawab meng'control' anak buah, orang bawahan.

"aku buat kerja tara gaji 600 je r. tu bukan keje aku.."

Satu mentaliti yang pada aku amat 'sakit' dan annoying. Aku paling anti kalau soal gaji dibangkitkan dalam penyelesaian keje. Bekerja untuk duit semata, bukan untuk maju ke level yang lebih tinggi, atau untuk merubah nasib bangsa, jauh sekali. 

Tak kisah pada pandangan orang. Tak kisah pada pandangan Ah Chong dan Raju. Tak kisah pada satu impression; takleh pakai punye melayu..

"aku taknak buat keje assistant miller, aku nak buat conditioning je.."

Aku pernah terfikir untuk propose keje secara giliran pada assistant miller dan condition-man. Ya, supaya both asst. miller dan condition-man boleh buat kedua dua keje.

Dan, bos terlebih dahulu membuat keputusan untuk laksanakan sistem ini sebelum sempat aku propose. Ternyata, memang mereka liat dan keras kepala. 

Pada hemat aku: mereka ni tak punya fikiran untuk berubah, atau malas untuk berubah. Terlalu selesa dan 'naik lemak'. 

Aku tahu aku masih mentah dan hingusan dalam bidang kerja ni. Ya, sape yang nak dengar cakap budak budak. 

"aku memang tak puas hati betol dengan bos ***** tu.."

Bile depan mata, 'ya bos', 'baek bos', 'setuju bos'

Time bersembang memang best, boleh jatuh langit kalau dengar die bersembang. Time suruh buat keje, macam macam la alasan die bagi.

...................................................................................................

Ya, memang susah dan mencabar untuk handle orang bawahan yang sebegini. Aku tahu mereka makan garam dulu dari aku dan aku masih cetek ilmu kerja berbanding mereka. Masih banyak lagi yang aku belum teroka dan belajar.

Dan sebab itu, aku selalu set minda aku,

"satu hari, aku nak ubah mentaliti depa ni.."