Monday, June 15, 2020

Kerjaya Engineering



Salam readers.

Viral dua tiga harini statement twitter berkenaan gaji engineer Rm2600 yg dikatakan underpaid. 


For the record, aku sudah bekerja as engineer selama hampir 10 tahun. Mula pada umur 23 tahun di kilang Sheet Metal Forming dengan gaji sebanyak Rm2000. Lepas 2 bulan, bertukar ke kilang pemprosesan tepung dengan gaji Rm2500. 3 bulan kemudian, aku terima tawaran kerja dalam construction dengan gaji Rm1800 serta elaun tapak Rm200. So aku maintain dalam bidang construction (sebab aku tak rasa terkongkong macam dalam kilang) smpai la sekarang (baru sahaja tukar bidang ke highway maintenance). So, since 2011 aku dah bekerja dalam 5 buah syarikat (termasuk yang paling terkini). Dengan perubahan gaji setiap kali tukar syarikat sebanyak 20-30% peningkatan.

So, adakah gaji fresh Rm2600 bersifat underpaid? It depends...

Sunday, June 14, 2020

FL entry 01: Perihal Usus



Assalam readers.

Entry kali ini aku nak berkongsi berkenaan produk Forever Living. Ya, produk yg dijual oleh wife. Kita mula dari asas produk ni. Produk ini mostly berasaskan dari lidah buaya (aloe vera), minyak ikan dan produk dari lebah.

Kita cerita pasal usus dulu..

Kalau Hari Raya Korban, aku pernah ditugaskan oleh bapak utk menyuci perut lembu. Perut lembu memangla sedap kalau buat masak lemak atau kerabu. Tapi.. nak menyucinya tu.. fuhh. Dengan berkeraknya, dengan hijau gelap2nye, dengan baunye. Nyums... Ok, tu baeu perut lembu. Pernah tak kita bayangkan perut kita macam mana. Kalau lembu yang makan rumput tu pon dah berkerak bagai, macam mana la agaknya rupe perut/usus kita ni. Xpayah cerita benda apa yg kita mkn. Macam2.. Kalau umur tu dah 32tahun, so 32 tahun la kite makan hari2. Mcm mna kita nk clearkan kerak2 ni, minum air? Lembu pon minum air jgk. Xbersih pon. Betul tak. 

Ok, kita simpan cerita ni..

Saturday, June 13, 2020

Tips Pilih Cat Rumah



Assalam readers.

Plan utk mengecat rumah ni dah lama kami suami istri pendam. Cuma, kekangan bajet & masa membantutkan plan tersebut. So, pkpb yang lepas at last tercapai juga plan mengecat.

Sini aku nak kongsikan kisah perjalanan pembelian cat aku yang penuh berliku.

Untuk capai persetujuan berkenaan warna sangatlah sukar. Walau warna pilihan dah ada, tapi utk mendapat seperti yg diidam pon satu masalah. Sebab apa yg kita nampak di katalog mungkin xsama dengan apa yang kita harapkan. Ya, ini yg jadi pada aku. 

Percaya atau tidak, aku dah habiskan 3 hari mengecat dinding yang sama dengan warna yg berbeza. Sighh..

Friday, June 12, 2020

Series review: Merlin




Ya aku tahu, ini cerita zaman aku belajar dulu. Ape ke gile baru nak layan sekarang. Yup, sebab PKP ni, aku secara kebetulan ternampak siri Merlin dalam external harddisk milik wife. So, itu sebab aku layan. Bosan & takda pilihan.

So, first time aku tgk Merlin, satu2 nya siri yang aku boleh kaitkan adalah Game of Thrones (GoT). Cuma dari segi storywise dan prop. Tapi janganlah dibandingkan visual effectnya. GoT punya skala besar yang sama taraf dengan budget utk filem mainstream. Manakala, Merlin punya visual effect & costume sangatlah tampak budget yang ciput. 

Thursday, June 11, 2020

2018-2020: Life Recap



Assalam readers.

Mengapa aku tidak konsisten sejak dari kali terakhir aku menulis? Mudah, kekangan kerja yang tiba2 menimbun. Mengapa sekarang mahu menulis balik? Lagi mudah, masa lapang yang banyak. Cuma idea menulis baru sahaja muncul baru2 ini. Aku tidak terfikir langsung untuk kembali pada blog ini semasa PKP bermula dulu. Haha

Family:
Ok since 2018, aku sudah punyai dua orang anak, sorang lelaki & sorang perempuan. Plan untuk no. 3? Belum.. masih dalam tempoh bertenang. 

Tuesday, December 11, 2018

Belanja Makan = Rasuah atau tidak?



Rasuah dalam bahasa mudah merupakan sesuatu (duit/barang berharga) yang diberi dari seseorang kepada seseorang untuk tujuan tertentu (personal gain).

Jadi persoalan #1: contractor belanja makan - salah satu dari pemberian rasuah atau tidak?

Friday, December 7, 2018

Raikan Filem Cinta Tempatan



Baru-baru ni aku berkesempatan menonton Busker dan Pulang. Maaflah, aku bukannya xnak support filem Malaysia, tapi xberkesempatan nak tonton je.

: : Busker : :




Walaupun plot twistnya kurang masuk akal - Adil (Hafeez Mikael) melenting pada Vera (Dayyan Trisha) bila dapat tahu ayah Vera yang jadi ketua hakim competition busking - aku masih lagi menyukai Busker kerana filem ini segar (wajah baru, lagu yang sesuai),  chemistry antara Adil dan Vera yang begitu bersahaja, begitu juga pelakon yang lain (Manbai pandai berlakon!), soundtrack yang tak merimaskan, dan the aftertaste yang aku rasa selepas selesai tontonan. The feeling cinta yang nak diluah tak terluah, nak pendam terasa pedih. The same feeling dari Love, Supermoon.

Aku baru terbaca yang kutipan Busker amatlah teruk (tak sampai 1juta) - mungkin disebabkan barisan pelakon yang menampilkan muka2 baru. Ahh, aku patut tonton Busker dipawagam dulu.. Maafin gue

Rating: 7/10

Thursday, March 1, 2018

2015 - 2018: Soal Pekerjaan Sampingan - Forever Living



Assalamualaikum

Aku rindukan zaman-zaman bujang aku dimana komitmen aku hanyalah utk kelangsungan hidup aku sahaja. Walaupun begitu, seingat aku, sampai hujung bulan je sama je dengan orang yang dah kawen, semua 'paras-paras hidung'. Kehkeh

Itu kalau citer masa aku bujang. Sekarang dah kawen, komitmen memang atas bawah depan belakang la. Anak pon dah nak masuk 2 tahun. Ditambah pulak dengan kos sara hidup yang makin meningkat. Dulu karipap sebijik 20sen, sekarang sebijik 50sen. Tapi saiz macam ikan masin. 

Benda yang aku nak cerita ni bukan pasal nak komplen hal karipap yang mahal. Tapi nak perkenalkan bisnes yang tengah dijalankan oleh wifey, yakni bisnes Forever Living.

2015 - 2018: Soal Kerjaya



Assalammualaikum readers.

Saat aku taip title entry ni, otak xde fikir ape-ape pon pasal ape yang nak diceritekan. Sama je keje. Bak kate member, "Ape nak pulun, keje tak habis punye". Ahaa..

Keja company baru dah masuk setahun. Company construction. Previous company aku kerja sampai 5 tahun jugak. Ni baru setahun, tapi aku dah rase tak boleh blah dengan permasalahan yang aku hadapi. Ini lebih pada internal problems. Nampak 's' tu kan. Banyak la masaelahnye kalau nak diceritekan.

Contract & Commercial

Ini bukan bidang aku, tapi aku kena tahu serba sedikit untuk memudahkan kerja aku. So, masaelah dengan C&C company aku. Proses yang melibatkan claim, tender award, contract.. sangat-sangat slow. Tolong bagitau aku macam mana aku nak hadap kalau contractor punya claim xbebayar for months. Tapi keja nak jalan. "Nak kuda lari, tapi xmau bagi makan, lagi mau pijak sampai mati!". Kite bukan ade share pon dengan company contractor, cuma just be fair la. Keje dah buat, yang liat sangat nak bayar tu kenape. Kan aku jugak yang pening nak menjawab kalau contractor mengadu dekat aku yang claim die dah lame belum dapat. Apo den nak monjawab ha. Haihh.. Itu baru cerita pasal claim. Hal-hal commercial yang lain pon 2 x 5 je die punye speed.

Saturday, February 24, 2018

2015 - 2018



Assalamualaikum readers. Itupun kalau ade reader lagi la.. Aha

Ya aku tau dah 3 taun aku tinggalkan blog tanpa update ape2.

Aku baru-baru ni terpanggil utk create satu 'distraction' so that daily routine aku tak terasa sangat bosan dan terasa berulang-ulang.  Ya, aku perlukan distraction ini. Hari-hari aku lalu Mex berulang dari cheras ke cyberjaya yang aku kira dah sampai 1 tahun. Balik kerja kadang-kala lewat. Sampai satu tahap, terasa bebal. Mujur aku dalam bidang 'construction', takde la aku terkongkong sangat rasa.

Banyak yang aku nak ceritakan hal-hal hidup aku, hal kerja aku, hal ape yang dah jadi, hal yang aku nak buat, selama 3 tahun 'void-entry' ni. Aha

Until next time. Assalam



Saturday, September 26, 2015

Budaya didikan anak



Baru baru ni aku balik kampung sebab ade kenduri tunang kakak aku. And of course la adik beradik aku balik bersama sama anak anak mereka. Seronok la sebab ramai yang ade dekat rumah. My mak hepi, my apak hepi, semua hepi la senang citer.

So, anak sedare aku yang sorang ni dah setaun lebih dan boleh bejalan belari bagai la. Dok seronok tengok die bejalan, tibe tibe jatuh tersembam. Aku tengok budak jatuh, aku nak angkat la. Kesian kan. And kakak ipar aku and abang aku relek je. Kakak ipar aku cakap kat anak die..

Ala sikit je tu, Sofiah kan kuat.. Bangun ye Sofiah

Budak tu nangis sekejap, then dia bangun sendiri dan berlari balik. Sendiri. Yes, sendiri.

Tuesday, September 8, 2015

Wow. Malaysia masa kini



Aku masih lagi ingat zaman aku still dalam sekolah rendah. Duit belanja aku 70 sen je. 70 sen tu!! Tak tipu punye. 50 sen beli nasik lemak dan 20 sen beli air untuk masa rehat. Cukup ngam-ngam. Kalau yang dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan), memang boleh simpan duit belanja tu.

Kenape aku sembang pasal duit belanja aku zaman nasi lemak harge 70 sen? Walhal, zaman tu memang la murah. So, kisahnya..

Lunch tadi aku sembang-sembang dengan colleague dan bos aku pasal living cost masa sekarang yang tak masuk akal. Mana taknya. Kalau setakat RM100 tu, beli ikan, sayur, ikan bilis, bawang dekat pasar pon boleh habis. Belum masuk lagi minyak kereta, tol, parking fee, makan-makan dekat kedai, sewa rumah, hutang kereta, personal loan, dsb. Ya. Ini tak kelakar lagi jika income RM4k pon masih struggle untuk survive hidup.

Sunday, September 6, 2015

Hashtag ShortTrip : Melaka



Last week, aku dan isteri ke Melaka. Have a great time semasa di Melaka. Ini kira kali ke-4 trip holiday kami. Yang lain-lain punya trip aku akan  share kemudian hihu ;) So, nah aku belanja gamba trip ni.

 Pantai Klebang

Friday, September 4, 2015

Hashtag Throwback : Kinabalu



Ow I missed this so much. Wishes to repeat this experience, and, Rinjani Mt. too.

Mt Kinabalu, April 2014

Wednesday, September 2, 2015

Tipical Malaysian



Aku jarang sekali membuka facebook, tapi bila bukak, benda yang mesti buat ialah tengok wall, tengok update status orang lain, tengok gamba orang baru kawen, tengok orang baru honeymoon, tengok anak orang, baca gosip, baca kisah politik yang tak habis-habis dan memualkan, dan macam-macam lagi. Then, baru start keje. Aku konfiden orang lain jugak macam tu. Sengih-sengih pa?! Korang pon same kan. Kehkeh.

Rutin ni tak salah pon. Selagi tak menjejaskan kerja harian dan tak menggugat hubungan sosial kita. Cuma, aku dapati sesetengah orang suka sebarkan cerita yang die sendiri tak konfiden betul atau salah.

Kadang-kadang berita atau gambar yang tersebar cuma sebahagian dari keseluruhan cerita, tapi komen sumpah seranah yang dibuat macam merekalah hakim yang menjatuhkan hukuman, merekalah yang betul, dan cerita yang mereka tengok dan sebarkan tu memang dah benar-benar sahih.


Tuesday, September 1, 2015

Hai..



Wow.. Dah Bersawang blog ni. Last update aku rasenye 2013 yang lepas. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh ni. Nak cerita dalam entry ni sepanjang setahun lebih ni, memang tak dapek la. Ni pon dah cramp kepale otak nak rangka ayat.

Disebabkan masalah teknikal, semua gambar yang berada dalam entry post aku sejak awal, dah hilang. Yes, all of it.. Gone. Aku memang frustrated sebab benda tu jadi atas silap aku.

So, buat masa ni, hanya ni je yang aku nak katakan. Cerita pasal yang terjadi pada aku sepanjang tahun lepas mungkin aku akan ceritakan di kemudian hari, hashtag throwback. Hihu

Monday, November 11, 2013

aku pencinta alam: bukit tabur



"ni kalau jatuh, memang beterabur la..." aku

Ok, kalau nak tau. Bukit Tabur ni terletak dekat Taman Melawati, KL. Dan, semalam aku dan officemate aku bersama kawan kepada kawan dia, telah dengan jayanya mendaki bukit tersebut. Bagus kan aktiviti ni, dapat mengeratkan yang dah kenal dan dapat kenal dengan kawan baru. 

Review:

Ada beberapa puncak berketinggian lebih kurang sama yang perlu dilalui (sekiranya korang mahu melalui 'circle' ataupun sampai puncak dan patah balik) sebelum menempuh kebun untuk menuruni bukit tersebut. Kami mendaki lebih kurang 45 untuk ke puncak pertama. Overall masa yang diambil lebih kurang 3jam setengah (naik dan turun), dari 7am sehingga 1030am. 

Saturday, November 2, 2013

movie review: psiko pencuri hati & thor: the dark world




Filem: Psiko Pencuri Hati

Rating: 7/10

Review:

Mengisahkan tentang 3 watak utama: Osidi (Bront Palarae), penulis novel pembunuhan, Wani (Sharifah Amani) dan suaminya Dr Khai (Syed Hussein), yang punyai masalah dalam rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, berlaku pembunuhan bersiri yang mana kesemua mangsa adalah wanita, dan hati (liver) mereka dikeluarkan. So, siapa pemunuhnya? Filem ini berkenaan dengan obsessive dan kesempurnaan. How far you'll go to reach something. Nak hasilkan novel pembunuhan yang 'sold-out', adakah kamu harus menjadi pembunuh itu sendiri?

Pujian harus diberikan kepada Nam Ron kerana berjaya menghasilkan filem ini, sebuah filem psiko yang pada aku, lebih 'gelap' berbanding SAM arahan Syafiq Yusuf. Genre yang jarang jarang kita nampak dalam sinema Malaysia. Namun, terdapat beberapa kekurangan dari segi teknikal yang sangat obvious dalam tontonan aku.

Sunday, October 20, 2013

movie review: insidious chapter 2




Alkisah Insidious Chapter 2:

Ok, kalau korang dah tonton Insidious yang pertama, Insidious Chapter 2 merupakan kesinambungan daripada filem yang pertama itu. Di mana, si hantu @ roh jahat masih belum settle dengan keluarga Lambert. Roh jahat memasuki badan Josh (Patrick Wilson) manakala Josh yang sebenar masih terperangkap dalam dunia ghaib.

Review:

Insidious Chapter 2 punyai elemen seram dan suspen yang begitu baik disampaikan. Namun, aku berpendapat yang elemen seram yang disampaikan kadang kadang tampak terlalu kerap dan ada satu scene, ia seperti 'tak kena' pada waktunya: scene di mana renai Lambert diganggu oleh hantu perempuan di siang hari. Walaubagaimanapun, James Wan masih lagi sukses dalam filem ini. Aku tak senang duduk menonton filem ini, dan, aku menjerit pada satu scene. Oh itu memang terkejut aku cakap ngkau!

Saturday, October 19, 2013

keluangman dan sidekicknye, tiongman



Aku masih ingat zaman sekolah rendah aku. Zaman dimana aku begitu mengagumi produk animasi tempatan kite: Sang Wira, Usop Sontorian dan Keluangman. Hehh..



"Sejak abah membelikan patung aksi keluangman ini, berat badan saya berkurangan 2 kilogram!.."

"Cepat.. Cepat.. Sape cepat dia pandai!!"

Kahkahkah